Thursday, March 31, 2011

KENYATAAN BALAS EA!!!

Agak lama jugak cek xpost enteri dalam blog. Bukan apa, bz mcm2. Sat pi uruskan itu, sat pi uruskan ini, dok pi sana, dok pi sini,tapi pi mai pi mai tang tu la jgk cek dok buat.. Aduii penat cek aihh... Lagi2 internet kat tempat cek ni bak kata oghang2 Utara,  siput pun sempat makan2 minum2 rehat2 tiduq2 kalau di ajak berlumba, confim siput tu pun blh menang lagi no. Huhu tak pela cek nak abaikan bende2 yang remeh tu. Lagi dok pikiq lagi tu la cek rasa gundah gulana. Eh, pasaipa cek cakap loghat Utagha ni? Dah buang tebiat ka en EA ni. Hehe.. Cek dok saja2 nk guna loghat Utara. Besela tesis cek ni ada bahasa Utagha. Jadi tak pasai2 cek cakap loghat Utagha. Tapi cek masih belajaq lagi. Kalau salah tu jgnla marah cek. Cek ni bukan oghang Utagha sangat. Kalau hampa nak baca, baca dalam sebutan baku no.Bukan apa, oghang Utagha byk guna baku. Hehe..  Tapi bila cakap pasai loghat2 Utagha ni, cek adala terbaca belog kawan cek ni ha. Orang Kedah .Cik Nasrynn. Cakap macam ni jugak. Cek cek ni. Dia ada cakap pasai cek ni. Siap buat post khas utk cek. Bangga cek sekejap (takdakla cek bangga mana pun sebab dah biasa cek hadapinya). Hehe... Lagi satu kawan cek asai Johor. Cik Kelip-Kelip (teghigat cek kat pantun "kelip-kelip cek ku sangka api, Kalau api mana putungnya". Hehe..) Tapi tak cakap loghat2 Utara ni. Oghang Johor katanyer tak guna loghat2 ni. Tak guna cek2 ni. Dia guna kiteorang2 jerr. (tapi cek tgk Cik Kelip2 ni dah ada sleng2 Kelate sikit.).  Hehe.. Cik Kelip ni ada juga post pasai cek sampai tak boleh tidoq katanyer. Amboi2 popular cek no. Yela semua ni gara2 cek  ade post enteri kontroversi tajuk  KERATAN AKHBAR ari tu. Huhu...

Mai sini cek nak habaq sikit kat hampa. Cek bukannya marah pun kat hampa. Cek tau mesti hampa takut2 cek makan ati berulam jantung ka tapi cek tak pernah pun nak buat bende2 tu. Merajuk tak pasai2. Cek suka2 ja. Janganlah dok pikiaq serius sangat apa yang cek post tu. Cek tak merajuk tak apa la. Janganla hampa dok risau pulak. Lagipun bukan cek post tu untuk hampa aja tapi untuk semua oghang. Mana tau kalau cek keluaq dengan Datuk Siti ka pasni, ada mulut2 neghaka yang dok ngumpat cek nanti. Kalau dengan kawan2 biasa cek boleh la jawab2 lagi tapi kalau cek keluaq dengan Datuk Siti, cek nak jawab apa? Mati la cek nak jawab kat media+pminat2 Datuk Siti pasaipa cek keluaq dengan isteri oghang.Senang cerita cek habaq  kalau cek keluaq dengan mana-mana kawan pempuan, janganla anggap cek ada apa2 hubungan terlarang dengan depa semua. Penat cek nak jawab no. Cek ni bukanla artis popular mana. Takat suam2 kuku kaki tu bolehla. Hehe... Ha, ingat oghang2 kat luaq sana tu. Tak kirala oghang Utagha ka, Selatan ka, Timur ka, Barat ka, Barat Daya ka cek nak habaq betui2 ni jangan sesekali hampa ngumpat cek bukan2 no. Semua tu dusta belaka. Kalau nak ngumpat tu, hampa pandang2 tengok2la langit kat ataih tu sikit. Mana tau tengah2 sedap mulut tu ngumpat pasai cek tiba2 hampa kena panah petir. Cek tak tau. Kawan2 pempuan cek tu semua cek anggap macam kawan baik cek sendiri  lagi kawan2 dalam course cek. Lagi la cek anggap macam adik beradik cek(sesetengah mcm cek ckp ada yang cek anggap macam nenek+mak cik cek sendiri. Hehe..) . Kalau cek ada sapa2 yang istimewa cek khabaq la dalam belog ni. Insya Allah. Hampa jangan dok risau no. Hehe...



BUKTI: Hampa tengokla  kat ataih ni. Macam ni la apa yang berlaku kat Amerika pasai depa dok  selalu ngumpat2 pasai cek. Kan dah kena panah petir tu. Jaga2 la hampa pasni...hehe...


Apa-apa pun.....


PEACE!!!
( Jauhkan kontroversi, tingkatkan preestasi, jom mkn nasi. hehe..)

EA: Berdebaq2 jantung cek dok pikiaq pasai tesis ni. Dah hantar ari tu tapi tak taula cek apa cerita. Harap2 okla..Hehe..

Tuesday, March 29, 2011

U Can Do It Earell Arel!!!

APA LAGI YANG HENDAK DIPERKATAKAN???
KALAU BUKAN
TESIS! TESIS! TESIS!
ALHAMDULILAH
WALAUPUN BARU SUKU LEBIH AKU SIAPKAN DRAF (INGAT DRAF YER)
9 DATA DENGAN 28 MUKA SURAT
BANGGA JAP! HAHA!!!
WALAUPUN 27 DATA LAGI TAK SIAP
SEKURANG-KURANGNYA AKU DAPAT BUAT JUGA
POHON-POHON YANG AKU TAK TAHU
SUBUR ATAU TAK
DENGAN DAHANNYA
DENGAN RANTINGNYA
DENGAN AKARNYA
DENGAN DAUNNYA
DENGAN BUAHNYA
MACAM-MACAM!
HUHU
YANG PENTING AKU BUAT!!!
HAHA KEPADA ORANG LAIN YANG TAK TAHU TAJUK TESIS AKU
APATAH LAGI KAJIAN YANG AKU NAK BUAT NI
YANG BUKAN KOSMATE AKU
AKU NAK BAGITAU
YANG AKU KENA BUAT RAJAH POHON
NAK TAHU POHON MACAM MANA?
KORANG PEGI TENGOK POHON DURIAN KER, CENGAL KER, MERANTI KER
MACAM TULA TESIS AKU
TAPI KORANG COMBINE KAN DALAM BENTUK
PERKATAAN DAN AYAT
DAPAT BAYANGKAN???
HAHA HAHA HAHA!!!


EA: Makin ramai yg dah siap. Aku jer yang ketinggalan. Sigh! Huhu..

KENYATAAN AKHBAR EARELL AREL!!!

EARELL AREL
PELAJAR UKM TAHUN 3
KENYATAAN AKHBAR

Saya telah dipanggil untuk membuat sedikit kenyataan akhbar berkaitan isu-isu yang melibatkan hal peribadi yang telah dibangkitkan oleh sesetengah pihak sejak akhir-akhir ini.

Isu peribadi yang dimaksudkan bukanlah berkait dengan kontroversi klip video atau sebarang isu yang dianggap panas yang telah menjadi topik yang meluas dalam kalangan media. Isu yang telah dibangkitkan adalah berkaitan dengan tuduhan bahawa saya telah berscandal dengan pihak tertentu sehingga membawa kepada anggapan sesetengah pihak bahawa saya sedang mempunyai hubungan serius dengan pihak-pihak tersebut. Sesungguhnya isu-isu tersebut sedikit sebanyak telah mencemar nama baik saya kerana ia bukan sahaja menjadi bahan umpatan dan bualan malah menyebabkan kredibiliti saya sebagai insan yang bersih dari sebarang kontroversi menjadi tercemar.

Saya ingin menjelaskan sekeras-kerasnya bahawa saya tidak menjalinkan sedikit pun hubungan dengan siapa-siapa sama ada kawan baik, rakan sekelas, rakan dalam FB dan sesiapa sahaja orang yang saya kenali sama ada rapat atau pun tidak. Saya juga dengan tegas ingin mejelaskan bahawa saya masih single available walaupun mungkin kadang kala saya dilihat keluar dengan beberapa rakan wanita yang saya anggap sebagai sahabat baik saya sendiri. Walaupun sebenarnya saya tidak ambil serius isu ini kerana saya sudah lali berhadapan situasi ini sejak sekolah lagi tapi saya tetap ingin membuat kenyataan agar segala perlakuan saya tidak di salah tafsirkan.

Saya juga meminta kepada semua pihak agar tidak membuat ulasan, kesimpulan mahupun tanggapan sendiri terhadap apa sahaja yang saya lakukan tanpa bukti yang sahih lagi benar. Saya ingin mejelaskan lagi bahawa tidak bermakna saya keluar dengan sahabat-sahabat wanita, saya mempunyai hubungan istimewa dengan mereka. Saya hanya mengganggap mereka sebagai kawan karib biasa dan tidak lebih daripada itu. Saya mengakui bahawa memang saya ada keluar pergi menonton wayang, shoping dan sebagainya tetapi bukan atas nama sebagai pasangan KEKASIH tetapi sebagai kawan baik. Ingin saya ulang sekali lagi, KAWAN BAIK.

Sebelum ini juga saya telah keluar bersama ramai lagi rakan wanita sama ada pelajar UKM mahupun tidak malah bukan setakat keluar di sekitar Bangi dan Putrajaya sahaja, Kuala Lumpur dan tempat-tempat lain juga saya pernah keluar dengan pelbagai rakan wanita yang saya kenali secara baik tetapi saya tidaklah menganggap mereka sebagai scandal apatah lagi kekasih. Jika mahu kan bukti, sila berjumpa saya. Saya akan bawa rakan-rakan wanita yang lain yang bukan daripada kursus pengajian yang sama bahawa saya pernah keluar bersama mereka.

Walau bagaimanapun saya tidak menyalahkan mana-mana pihak di atas tanggapan tersebut kerana masing-masing ada pandangan yang tersendiri. Saya mengakui bahawa saya memang sedang mencari dan menunggu wanita pujaan hati saya tetapi buat masa ini saya tidak mempunyai hubungan dengan mana-mana wanita apatah lagi wanita dalam kursus pengajian yang sama. Saya anggap semua wanita dalam kursus pengajian saya adalah adik beradik saya sendiri dan tidak lebih daripada itu. Mungkin sesetengahnya saya anggap seperti nenek dan mak cik sendiri tapi tidaklah sampai ke tahap kekasih. Oleh itu, saya harap kenyataan ini jelas. Saya juga berharap agar sesetengah pihak tidak terguris hati atau berasa tidak selesa sekiranya saya keluar dengan kawan-kawan wanita yang lain kerana saya tidak mampu nak menjaga hati semua pihak. Maka dengan rasa rendah diri saya memohon maaf sekiranya ada pihak yang terguris dan sebagainya. Apa yang penting adalah semoga ikatan ukhwah kita sentiasa kukuh buat selama-lamanya.

Sekian terima kasih.

Wasalam...

RM100 UNTUK SEBULAN : MAMPUKAH AKU??

Hmm...orang kata dah last2 sem ni la perkataan-perkataan seperti POKAI, KERING, KEMARAU dan macam2 lagi istilah yang sewaktu dengannya akan muncul. Kali entri aku bukan nak meminta simpati atau kasihan apatah lagi untuk meminta sedekah tapi saje2 nak meluahkan  kerunsingan di hati. Mungkin blog tempat paling sesuai sebab aku memang tak suka menzahirkan kesusahan aku kat orang. Memang sifat aku yang tak suke orang  melihat aku dalam kesusahan dsbgnya.  Di akhir2 sem ni, masalah2 macam ni memang selalu muncul. Yela masa mula2 sem tu nak kata aku tak ingat dunia, tak juga. Aku bukan pun enjoy sangat pun. Kalau kuar tengok wayang or shoping bukan aku keluar duit banyak sangat pun. Nak kata aku beli baju dan seluar semua tu xdla plak sem ni. Betulla orang cakap, duk kat KL ni memang susah. Makanan mahal, minyak motor lagi dan macam2 lagi yang memerlukan sumber kewangan yang tinggi. Macam orang lain tak pela lagi. Kalau dah habis, boleh minta mak atau bapak. Tak pun abang atau kakak. Aku pulak jenis tak suka nak meminta daripada mak bapak aku sebab aku tau diorang sendiri pun susah jugak. Jadi aku terpaksa mendiamkan diri. Kalau diorang tanya ada lagi tak duit, nak tak nak terpaksa aku cakap ada walapun...................... Benarlah apa yang kawan aku cakap, inilah susah jadi anak sulung ni. Banyak yang kena berkorban (Siti Nur Syahmira, 2011).

Sekarang ni, lagi tak de duit lagi itula segala2nya nak menggunakan duit. Duit untuk jamuan, duit untuk konvo dan macam2 lagi yang memerlukan duit. Makanan apatah lagi. Dengan hanya tinggal RM100 lebih sikit dalam akaun aku tiba2 aku rasa macam sesak nafas pulak. Bak kata Yuna " seperti bernafas dalam air". Huhu.. Kalau awal2 sem, maggie tu memang tak pandang langsung tapi sekarang maggie tu dah jadi kawan karib pulak. Tiap2 hari maggie, maggie, maggie.  Tapi aku tetap syukur sebab sekurang2 aku dapat makan. Mungkin ini satu ujian juga. Kadang2 ada masa kita senang kita hepi dan ada masa kita susah kita sedih. Orang kat Afrika tu makan satu biskut pun kongsi satu keluarga. Apa yg nak dikeluhkan. Hehe..  Semoga aku dapat bertahan! Aminnn....


EA: Alhamdulilah. Hari ni mak+bapak kepada seorang kawan baik aku belanja makan. Hanya Tuhan saja yang dapat membalas jasa kalian. Syukur....

Monday, March 28, 2011

MAIN NOMBOR-NOMBOR!

Hi! Hi! Hi!... Hari yang penat, letih, lesu, jerih, rimpuh, ringah, litak, ngalih dan banyak lagi yang sesinonim dengannya sampai xd masa nak update blog walapun banyak isu panas yang aku nak post.. Adui ari ni baru anta beberapa borang dan masih banyak lagi borang yang perlu di hantar. Yela nak grad ni macam2 borang kena settle kan . Sigh! Pepun tak pela. Bukan selalu pun kena buat mcm ni. Kalau sambung master mungkin kena buat lagi (borang master pun tak isi lagi. Sigh!) tapi kalau yang terus kerja mungkin tak merasai saat2 kesibukan untuk menyelesaikan semua borang-borang ni. Yela dulu masa nak masuk macam-macam borang kena isi. Nak habis pun kena isi macam-macam borang jugak. Pepun semua tu tak penting. Sekadar lauahan hati jer. Tapi ada lagi luahan hati yang nak diluahkan. Sebelum ni dalam FB ramai aku tengok budak2 main nombor2. Orang ni msg nombor (dalam beberapa angka cth 1111) pastu yang terima nombor tu post atau akan bagitau segala perasaan dan tanggapan peribadi dia terhadap sikap/perangai org yang mesej nombor tadi. Kiranya hanya mereka berdua sahaja je la yang tau. Orang yang terima nombor tu akan post apa sahaja berkaitan orang yang beri nombor tu. Kamu cantik. Kamu pendiam. Muka kamu garang (opss!) dan macam2 lagi apa yang kita rasakan mengenai seseorang itu. Tapi yang aku peliknya, kebanyakkannya adalah puji-pujian dan sifat yang baik jer. Kalau adapun sifat buruk takdela sampai tahap buruk sangat. Contohnya, muka garang (opss! sekali lg. huhu). Sifat buruk yang diperkatakan itu akan di'cover' balik dengan kata-kata manis. Contohnya, "ko ni muka garang tapi bila senyum muka sweet jer". Nape tak tulis, ko ni dahla muka garang, asyik nak meroyan jer 24 jam, tension aku. Haha..ni  xd kena mengena yang hidup atau mati yer sebab sebagai contoh jer. Tapi aku tak pertikaikan sgt sebab kita kena menjaga hati kwn2 disekeliling kita. Cakap buruk2 nanti, lain yg jadi. Ada adegan tarik2 rambut plak nnt. Hehe..

Jadi kesimpulannya bagi aku benda tu hanyalah sekadar nak suruh orang puji kita. Sebab tu aku tak pernah nak bagi nombor . Yela penat dengar org puji. Hehe..Aku plan nak buat macam tu utk kosmate2 aku jadi nanti aku akan buat guna kaedah aku sendiri. Tapi aku takkan bgtau apakah kaedah yang aku gunakan. Myb nombor2 tu akan akan ambil berdasarkan no matrik atau i/c atau apa2 saja lah. Sapa yang pandai teka dia tahulah. Huhu..Tunggu ler masa yang sesuai aku nak buat tapi i.Allah dalam masa terdekat aku akan buat. Mesti ada yang tak tak xsabar2 ni lagi2  Cik Nasrynn kita ni. Haha..Jadi tunggu dan lihat jela nanti i update dalam blog.  Hihi...


EA: Menanti sesuatu yang lebih gempak dan kontroversi...Huhu...

Pelik Tapi Benar : Kambing Lahirkan Anak Anjing!


ANAK anjing dan induk biri-biri yang melahirkan mamalia itu di wilayah Shaanxi, China.
ATAS: Anak anjing milik Naiying berbulu seperti biri-biri.


XIAN, China - Pakar-pakar veterinar menyatakan ia mustahil, tetapi seorang petani, Liu Naiying menganggap kelahiran anak anjingnya sebagai satu keajaiban, lapor sebuah akhbar semalam.
Naiying mendakwa, anak anjing itu dilahirkan oleh seekor biri-biri betina peliharaannya di ladangnya dekat sini, wilayah Shaanxi, tengah China.
Menurut petani tersebut, badan anak anjing itu dipenuhi bulu seperti seekor biri-biri tetapi mulut, hidung, mata, tapak kaki, dan ekornya menyerupai anjing, malah mamalia itu juga gemar bermain bersama anjing-anjing lain.
"Saya sedang menggembala biri-biri baru-baru ini apabila melihat seekor biri-biri menjilat anaknya yang baru lahir. Saya terkejut melihat anak biri-biri itu menyerupai seekor anjing," kata Naiying.
Kini, ladangnya dikunjungi oleh ramai penduduk setempat dan luar daerah yang mahu melihat sendiri anak anjing pelik itu.
Mengulas mengenai kes itu, seorang saintis di sebuah pusat penyelidikan haiwan tempatan, Yue Guozhang berkata, anjing dan biri-biri merupakan dua spesies berbeza.
"Mustahil biri-biri boleh bunting dengan anak anjing. Namun, ia seekor anak biri-biri yang ganjil," katanya. - Agensi.

Sumber: Kosmo, Ahad, 27 Mac 2011

EA: Macam2. Macam manala mak biri-biri tu mengawan dengan bapak anjing tu. Entah2 mak biri-biri tu dah buat perjanjian. Mana tau kalau2 dulu bapak anjing tu nak makan mak biri-biri tu, So, mak biri-biri sanggup menyerahkan segala2nya demi menyelamatkan nyawanya. Maka terhasillah benih anak anjing tu. Huhu...

Sunday, March 27, 2011

Virus Serang Laptop : Earell Arel Terima Tekanan Hebat Siapkan Tesis

Bangi: Earell Arel telah menghadapi tekanan yang hebat disebabkan segerombolan virus yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti Trojan, Trackware, Spyware dan lain-lain telah menyerang kubu pangkalan data dan pelbagai program dalam laptop peribadi milik pelajar Linguistik Tahun 3 UKM itu dekat sini. Beliau berkata, pada mulanya beliau mengalami kesukaran untuk membuka fail-fail yang disimpan dalam Local D dan tidak menjangkakan bahawa virus-virus tersebut menyerang pangkalan simpanan data tersebut.


" Mula-mula semasa saya hendak membuka fail tesis dan movie tiba-tiba berlaku gangguan yang mana fail-fail tersebut terus ditutup tanpa sempat saya membukanya".

Kehadiran bangsa-bangsa virus itu hanya disedari selepas beliau menggunakan perisian anti virus untuk mengenal pasti punca sebenar kesukaran untuk membuka data-data fail yang sememangnya begitu penting apatah lagi dalam saat-saat kesibukan beliau untuk menyiapkan tesis untuk dihantar pada bulan April ini telah menambahkan lagi tekanan yang dihadapi oleh beliau.

" Saya sedar bahawa saya terpaksa memerlukkan pertolongan pihak-pihak tertentu agar virus-virus ini dapat ditumpaskan namun dengan keadaan masa yang semakin suntuk ditambah lagi pelbagai asigment yang perlu dihantar dengan segera menyebabkan saya terpaksa menangguhkan hasrat untuk menghantar laptop saya untuk diformatkan."

Tambah beliau, kehadiran virus-virus itu adalah pertama kali sepanjang beliau menggunakan laptop berkenaan. Menurut beliau, sebelum ini memang terdapat sebilangan kecil virus tapi virus-virus itu dapat ditumpaskan walaupun dengan perisisan anti virus percuma yang dimuat turun daripada internet. Namun kali ini, virus-virus tersebut telah bertindak dengan lebih ganas dengan menyerang secara besar-besaran di saat Earell gigih menyiapkan tesisnya.

"Saya harap saya dapat menghantar tesis walaupun laptop saya mempunyai lebih tiga puluh virus yang mungkin akan menyebabkan kemusnahan yang besar ke atas seluruh pangkalan data saya" - AGENSI

Kenapa manusia suka membodek???

"Muka kau cantikla" (padahal mcm muka hantu)
"Smart r baju ko" (padahal baju kat bundle jer)
"Ko punya jam tu nice giler" (padahal dah berkarat jam tu)

Semua dialog2 di atas adalah secebis kata-kata dusta yang aku perhatikan kat mana-mana lagi2 FB. Tujuannya adalah satu NAK MEMBODEK! Mungkin diorang ada motif tertentu. Sebab tu kadang2 aku naik meluat. Even aku sendiri pun nak meluat kalau ada orang nak membodek aku. Aku memang tak suka kaki bodek ni. Aku tau mesti sesetengahnya ada tujuan. Nak tackle ker atau nak dapat sesuatu drpd orang yang dibodek tu tapi bodekla cara orang yang berpelajaran sikit. Apa yang aku tengok sesetengah orang bodek memang tak kena tempat. Macam dialog kat atas tu. Aku paling menyampah tahap gaban kalau ada orang bodek macam tu. Lagi satu kalau muka orang tu macam muka tak mandi setahun tapi diorang puji muka diala paling cantik. Sebabnya nak membodek orang tu supaya orang tu suka kat diorang (orang yang membodek). Kalau aku senang jer. Takde masa nak bodek2 ni. Kalau muka tak mandi setahun, aku cakap jer, apesal muka ko macam tak mandi sepuluh tahun? Yela kalau setakat nak main2 suke2 tu aku boleh terima lagi tapi kalau dah menyimpang sangat nampak sangat diorang ada motif tertentu. Oleh itu orang yang dibodek tu berjaga2la..Hoho...



Macam makan coklat. Punyala nak bodek..Haha...


Yang kat atas tu bodek tahap pertama. Bodek tahap kedua ni pun aku tak suka. Bodek2 jenis macam ni banyak dalam dunia politik. Bodek macam ni memang terang-terangan. Contohnya buat2 cium tangan, cium kaki, cium kasut semuala semata2 nak memBODEK. Oh! Inilah dunia. Benda2 macam ni la paling aku jijik skali. Lagi2 kalau orang2 politik ni. Memang nampak sangat diorang ada tujuan tertentu. Yela nak jadi calon untuk pilhan raya ker, nak pangkat ker, wang ker dan mcm2 lagila. Orang macam ni bagi aku, even ada taik kat kasut pun dia sanggup cium. Please r. Jangan nak merendahkan maruah semata2 harta duniawi yang sikit ni (cewahh). Bagi aku, boleh jer kalau nak bodek tapi janganla menampakkan dan meletakkan maruah kita tu kat bawah. Bak kata orang sedalam teras bumi bawahnyer. Huhu.. Setakat bersalaman tu bagi aku no hal la. Kalau salam tu kasi lembut sikit ker tak pun mesrakan sikit. Baru tak nampak sangat yang kita ni membodek. Tanya khabar pun xsalah kalau nak membodek cara org berpelajaran. Tak pun tiru macam binatang kat bawah ni.  


Kucing : Binatang paling kuat bodek tapi aku boleh terima lagi kebodekan kucing daripada manusia. Huhu..


Tahap paling aku tak suke ialah bodek tahap tiga iaitu bodek menggunakan WANG! Benda macam ni juga aku paling2 tak suke sebab aku sendiri pernah mengalaminya. Tapi aku takkan cerita sebab benda ni ada sangkut paut pasal hal peribadi aku pulak. Cuma apa yg aku nak sampaikan ialah orang yang guna duit semata2 nak memBODEK tu bagi aku lagi teruk daripada dua tahap tadi tu. Sebab tu kadang2 boleh sampai ke tahap menjadi RASUAH. Tapi kalau macam situasi aku (yela aku cite sikit2), orang tu belanja aku, bawak pergi jalan2 dan macam2la lagi. Dia bodek aku dengan kekayaan dia. Dengan menggunakan duit dia, dia ingat aku boleh terpengaruh untuk menyukai dia. Aku pun tak paham perangai perempuan tu. Aku senang jer, ko nak bodek aku guna duit ko, aku ambik tapi aku kalau tak suka, tak sukaler. Jangan paksa2 aku. Bodek la aku macam mana sekali pun tapi kalau aku tak nak, aku tetap kata tak nak! Ko nak kata aku laki paling hensem ker (ehem2..hehe), nak kata baju aku paling mahal ker, nak cium tapak kasut aku ker itu korang punya pasal. Yang pasti aku tetap aku. Hehe...


Tapi kalau bagi aku duit, aku terima jer. Anggapla sedekah kat aku. Kuang3...


EA: Nak bodek rumet aku ler belanja KFC. Haha...

Friday, March 25, 2011

Bicara hantu di UKM

Haha mesti ramai yang tertarik dengan tajuk di atas kan? Lagi-lagi  Cik Kelip-kelip dan Cik Nasrynnadirah. Mesti pembaca kat luar jugak nak tahu kan?? Kalau yang tak nak tahu tu xpela. Tak kisah pun..Huhu..Oraite bila bercakap tentang hantu mesti dalam benak hati kita timbul perasaan takut. Yela sapa tak takut kalau jumpa hantu lagi2 hantu tu berada dekat dengan sekeliling kita. Kalau korang nak tahu cerita tentang hantu di UKM ni bukan lagi asing sebenarnya. Bandar Baru Bangi sendiri dikatakan bandar makhluk halus. Kalau tak percaya tengokla keratan Harian Metro kat bawah ni ---->


sumber: Harian Metro (tarikh tak dapat dipastikan. cer korang google...hehe)


Jadi tak heranla kalau UKM pun kena tempiasnya juga. Berdasarkan pengalaman aku daripada cakap-cakap orang, dulu masa UKM nak buka (tak tahula dah buka atau tak), UKM panggil Haron Din untuk 'buang' hantu-hantu yang wujud kat UKM ni. Hantu2 itu sebenarnya ialah orang bunian yang memang menetap kat hutan2 di UKM ni. Tapi sekarang bukan bunia jer, macam2 hantu ada. Jin, pontianak dll. Seorang lectrer aku yang mengatakan bahawa masa Haron Din nak buang bunian2 tu, dia panggil dua tiga buah bas. Orang yang membawa bas yang diisi oleh hantu-hantu bunian tu sampai demam sebab bawak bas untuk menghantar makhluk-makhluk tersebut ke sungai atau laut tu aku tak pasti. Nak dijadikan cerita, dengan pelbagai wajah yang amat mengerikan, hantu-hantu menegur pemandu bas tu tanya nak bawa pergi kemana. Apalagi memang kecut perutla pemandu bas tu. Kalau kita sendiri tengok bas tu mungkin nampak kosong tapi di dalamnya penuh dengan hantu-hantu bunian tu. Dengar cerita juga Haron Din telah memagar beberapa kawasan agar tidak di masuki oleh hantu-hantu terbabit (dengar cerita lokasinya di Kolej Pendeta Zaba atau lagi tepat Blok Cdan sekitarnya). Tak tahula kesahihan cerita ni tapi tula yang aku dengar daripada cakap2 orang.

Lagi satu sejak kejadian pelajar mati jatuh bangunan di Kolej Pendeta Zaba pada dua tahun lepas, banyak cerita2 yang menakutkan berlaku lagi-lagi di Blok C Kolej Pendeta Zaba. Salah seorang kosmate (seorang India) kepada kawan baik aku sendiri pernah ternampak lembaga perempuan berpakaian serba putih, muka pucat di bilik ampaian baju sebab biliknya bertentengan dengan bilik ampaian baju tu. Kawan India tu cakap, perempuan tu sedang merenung jer kearah satu tempat tapi bila India tu tengok takdela pulak dia pandang seolah2 dia tak perasan. Terus India tu tutup tingkap (nsb baik tak demam).  Kejadian2 histeria yang berlaku menyebabkan suasana menjadi tidak tenteram lagi tetapi disenyapkan oleh pihak atasan agar tidak berlaku kebimbangan dalam kalangan pelajar. Suatu malam, seorang bomoh telah dipanggil untuk 'mengubat' blok C tersebut. Aku dapat tahu yang 'pagar' yang telah dibina oleh Haron Din semakin runtuh dan lemah. Sebab itulah banyak kejadian misteri berlaku. Lagi satu, menurut kawan aku yang tinggal di blok C tersebut, semasa bomoh tu meletakkan garam+lada hitam or watevala, hantu-hantu tersebut marah sebab berasa sakit bila terkena benda tu. Sebab tu hantu2 tu kacau budak2 Zaba. Hmm tapi aku tak tahu apa kesudahanya. Yang aku tahu adalah keadaan kembali terkawal setelah pelbagai usaha seperti panggil bomoh dan majlis bacaan yassin diadakan walaupun mula2 susah. Yela susah kot nak 'berdialog' dengan hantu tu suruh pergi jauh2..

Selain itu, bukan sahaja warga UKM sahaja yang berasa takut dengan hantu-hantu ni. Orang luar terutama pemandu teksi juga takut nak masuk dalam UKM lagi-lagi waktu pagi. Pernah dahulu aku temankan kawan aku ambik adiknya di Hentian Kajang sebab adik kwn aku ni baru sampai dari Kelantan. Perempuan. Adik kawan aku ni sampai dalam pukul 4 pagi. Kawan aku ni tepon la pemandu teksi ni suruh ambik aku dan kawan aku ni kat UKM untuk pergi ke Hentian Kajang tu sebab kami tak nak pemandu teksi ni bawak adik kawan aku ni masuk UKM tengah2 pagi. Bukan apa, nnt kena tahan pulak dengan pakcik guard lagi kantoi. Pemandu teksi tu berkeras nak bawak adik kawan aku ni masuk UKM. Tapi kami tetap berkeras tak benarkan pemandu teksi tu bawak adik kwn aku ni masuk UKM. Yela takut kena tahan pak cuk guard. Last2 pemandu tu bawakla kawan dia ambik kami kat kolej. Dia cakap dia nak berteman sebab nak pastikan kami betul2 ada dan bukannya panggilan palsu semata2. Kemudian dalam perjalanan dia ceritala yang banyak pemandu teksi terima panggilan dari kolej Zaba tetapi bila sampai takde orang. Nak kata budak2 UKM buat panggilan palsu agak tak lojikla. Yela pukul 3, 4 pagi nak buat panggilan palsu pulak. Baik tido. Dia cerita lagi yang blok C tu memang blok paling bahaya. Aku tanya apa yang bahaya nya tapi dia tak nak cerita. Myb dia tak nak kami takut kot. Lagi satu dia cite lagi pemandu teksi pernah terserempak dengan pocongla (berguling2 atas jalan nak naik Zaba tu), jumpa keluarga bunian kat bus stop (menuju FUU kat FTSM) dan macam2 lagi. Memang banyak cerita2 hantu ni kalau nak diceritakan lagi. Bukan pe tak larat tangan naik menaip denn. Huhu..

Lagi satu bukan kat kolej aku jer, kat kolej lain pun banyak jugak. Kolej Keris Mas, Kajai, Amin, kat fakulti kat DECTAR banyak cerita-cerita hantu yang aku dengar. Boleh kata satu UKM nila ada cerita hantu masing-masing. Kawan aku sendiri kat Kolej Rahim Kajai pernah kena tindih dengan jin warna hitam. Budak-budak kat Keris Mas selalu juga aku dengar kena kacau (dah byk kali aku dengar. Kwn aku siap nak kena langgar lagi masa nak masuk Keris Mas). Kat Fakulti Undang-Undang (FUU), pemandu bas jenuh terserempak dengan hantu-hantu perempuan yang kacau (olok2 kena langgar) sampai ada yang tak nak bawak bas pergi FUU tu. FSSK pulak lectrer2 memang tak bagi duk lama2+sorang2. Pernah dulu dengar cerita komputer terbuka sendiri kat makmal komputer. Tapi lectrer yang mmg sudah lama mengajar kat FSSK tahula ceritanya. Yela diorang kerja sampai lewat malam. Mestila benda2 tu kacau. Kat DECTAR (Dewan Tun Abdul Razak) pulak yang aku dengar, ada orang yang main alat muzik sendiri la (terutama piano) dan macam2 bunyi kat atas tu. Guard2 kat situ memang tak bagi budak2 masuk kalau dah tengah2 malam wlpn ada aktiviti dalam tu. Aku pun rasa semacam jer bila masuk DECTAR tu. Sebenarnya banyak lagi kisah hantu-hantu di UKM ni cuma cerita itu diceritakan atau ditutupkan.



Mungkin keadaannya macam ini kot di DECTAR. Tangga pun lebih kurang sama kan?


EA: Kat mana-mana pun ada hantu sebenarnya. Even dalam masjid pun, kat Makkah or kat mana-mana hantu mesti ada. Cuma kita kena berhati-hati sebab hantu ni adalah permainan dan sihir SYAITAN LAKNATULLAH. Aku mengakui memang aku takut tapi alhamdulilah setakat ni aku tak pernah lagi jumpa+nampak hantu depan2 sebab... Ada sebabnya yang aku tak perlu ceritakan krn berkaitan sejarah keluarga aku jugak. Cuma bayangan jer yang selalu kacau aku. Jadi jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri..Hehe..

Salahkah Cikgu Garang Demi Kejayaan Anak-Anak Muridnya???

Penat aku mencari duk belek2 intenet ni nak cari isu untuk ditulis dalam blog ni. Dah tak tahu isu apa yang nak ditulis. Last-last aku saje2 buka FB cikgu aku. Cikgu aku ni postla pasal isu-isu semasa mengenai fitnah dan mengaibkan orang lagi-lagi isu yang berkaitan video seks yang memang menjadi isu sekarang. Aku pun bacala komen di bawah tu. Tiba-tiba ada seorang mayat mamat (kawan cikgu aku tu kot )  komen dengan tiba-tiba (tak ada kene mengena pun dengan isu yang cikgu aku post tu) die komen bahawa "huh....cikgu lah yang paling kuat mengaibkan anak2 murid....mcm2 hukuman yang memalukan budak2 sekolah". Selain itu mamut tu pun terus komen dengan komen2 yang langsung bersifat kebudak-budakan dengan memepertikaikan hukuman ketuk ketampi, kena berdiri atas meja dan pasang penyepit baju atas telinga. Bila aku baca komen momot mamat tu jugak ada sedikit geram+sakit hati. Even aku bukan cikgu (cita-cita aku dulu) tapi aku jugak terasa dengan statment memet mamat tu yang menuduh cikgula yang paling kuat mengaibkan anak2 murid! WTH! Aku tak tau sejarah die dulu mcm mn. Myb sebab dia pernah kena denda atau something like that menyebabkan dia sangat sakit ati.

Come on la. Aku rasa bukan dia sorang pun kena macam tu. Aku yakin mesti kebanyakkan orang pernah kena denda jugak. Even aku sendiri pernah kena teruk-teruk dengan cikgu dari sekolah rendah sampai la sekolah menengah. Kena berdiri atas kerusi, kena penampar dengan cikgu dan macam2la aku pernah merasa. Yela dulu aku nakal giler. Pemalas buat kerja sekolah. Tapi aku tak rasa itu mengaibkan aku. Yela aku mengakui bila kena denda tu memangla malu giler. Sapa tak malu wei kena denda depan kawan2 kelas. Lagi2 bila kita dlm kelas yang pandai2. Memangla ada orang gelak, sindir semua tu. Tapi takdela orang2 tu gelak+sindir sampai sekarang. Seteruk2 aku dalam kelas dulu pun at least aku masuk jugak U. Aku teringat lagi waktu aku form 3. Aku dalam kelas kedua terpandaila dalam form 3 tu. Ada sorang cikgu matematik ni namanya Cik Sabariah. Aku pun tak paham apa masalah dia kat aku. Ada jer yang dia tak puas ati kat aku. Dia pernah rotan aku sebab tak siap kerja sekolah. Bukan aku jer, kawan2 aku yang lain pun kena jugak. Malu giler. Dahla kebanyakkan kawan dalam kelas aku tu pandai2. Kiranya aku yang paling terukla dalam kelas tu. Bila masuk form 4, cikgu tu ajar aku lagi. Kali ni ajar Kimia pulak. Aduhh aku pun tak tau nasib malang apa aku asyik2 die jer ajar sampaila aku form 5. Cikgu ni memang diakui antara cikgu yang bebudak sekolah ramai tak suka. Memang kena rotan, hempuk buku kat aku dan macam2la die buat. Last2 aku jadi berjaya juga. Dulu2 memang la sakit ati giler sampai plan nak pancitkan moto diala, nak anta surat layang kat dia la tapi last2 aku tak ambik pusing pun. Aku anggap tu memang perangai die macam tu.

Berbalik cite tadi. Apa yang aku nak sampaikan ialah mesti ada sebab cikgu bagi denda kat anak-anak murid die. Aku pernah terdengar cerita seorang tua (bekas guru agaknya) masa aku nak balik KL tahun ini juga bulan Feb. Dia sembang dengan sorang lagi pemuda ni. Dia cakap murid dia yang paling lembab dalam pelajaran, paling nakal, paling jahat dan paling banyak kena rotan tula yang datang kat dia balik dan ucap terima kasih kat dia daripada murid2 yang pandai dan yang paling tak banyak kena rotan. Murid dia tu dah berkerjaya sekarang. Jadi kat situ kita dah nampak, bahawa cikgu nak 'mengaibkan' kita waktu tu agar kita tak 'diaibkan' kmudia hari. Salah ker cikgu garang, rotan anak-anak muridnya dan bagi denda semata-mata nak tengok anak-anak murid berjaya??

Tapi bagi aku, cikgu sekarang dengan cikgu dulu, cikgu dulu lagi garang. Silap hari bule, senapang gajah pun ada kat tangan cikgu tapi mak bapak anak2 murid dulu tak kisah sebab diorang tahu semua tu demi kejayaan anak-anak diorang jugak. Berbeza dengan sekarang. Jentik tangan sikit dah masuk paper. Pelik dengan mentaliti masyarakat kita ni. Kalau korang tak nak anak-anak korang kena denda+ketuk ketampi semua tu baik anta jer pergi belajar kat hutan. Tak de sapa nak marah. Senang. So, kepada kita-kita ni yang bakal jadi mak bapak, jangan jadi macam memut mamat tu. Kalau aku jadi bapak senang jer. Aku suh jer cikgu tu ajar anak aku cukup2. Jangan kata rotan, buluh, nipah semua tu kalau boleh guna untuk rotan anak aku, rotan la janji anak aku berjaya. Hehe...





Ni la muka memey mamat tu (nama dirahsiakan). Rasa macam nak penampar pun ada kan? Haha...


EA : Tak lupa jasa-jasa guru yang banyak mengajar dulu..Juga lecturer2 aku...

Thursday, March 24, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa : Satu Analisis Peribadi

Huhh...Penat. Semalam aku bru saje tengok filem Hikayat Mereng Merong Mahawangsa kat Alamanda, Putrajaya dengan course mate aku - Che Ku dan Rosmaida. Aku sebenarnya tak berapa minat filem Melayu (kan aku dah cakap sebelum ni). Tapi tengokla jugak. Dah kwn2 nak tgk nak buat mcm mn. Jadi kami pun tengokla cite tu. Bagi aku okla cite ni. Tapi masih belum mencapai tahap kepuasan. Aku memang susah nak mecapai kepuasan klimaks maksimum kalau bab filem ni lagi-lagi filem Melayu. Entah la. setiap orang ada pandangan masing-masing. Bagi aku filem ini okla. Kata orang kalau 5 bintang tu aku boleh bagi 3.7 bintangla. Okla mari kita lihat apa analisis yang aku buat mengenai filem ni.

1- Tahap dan kesan bunyi sangat perfect. Mengingatkan aku kat cite Prince of Persia. So, bab2 bunyi ni aku bagi 5 bintang.

2. Pelakon-pelakon juga best. Tapi aku xberapa suka sangat Ummi Nazirah tu. Nampak dia macam tak sesuai untuk melakonkan watak dalam filem bergenre epik. Bak kata orang wajah dia tak berapa nak epik. Yang lain ok. Paling aku kagum putera Rom tu yang nama Marcus dan Lycius, Laksamana Rom antara mat salleh yang berlakon dalam filem ni. So, nampak la sikit kekualitian cite ni. So, dari segi pelakon aku bagi 4 bintang.

3. Bahasa 'rasmi' dalam filem ini adalah bahasa Inggeris sebab hampr 80% dialog dalam bahasa Inggeris. Tiba2 aku rasa yang bahasa Melayu pulak yang asing dalam filem ni walaupun filem ini filem Melayu. Tapi bagi aku tak penting pun. Ada juga bahasa Cina digunakan. Bagi aku Malaysia mula keluar dari kepompong. Bukan apa, Malaysia kalau bab2 mencampur aduk kan bahasa ni sensitif sikit. Lagu-lagu yang ada campuran bahasa pun nak digam. Memangla kita nak memartabatkan bahasa Melayu tapi takkan kita nak masih di takuk lama. Semua ni terpulang kat individu jugak. Kalau dia rasa sayang dengan bahasa Melayu dia gunalah bahasa Melayu dengan betul. Ini tidak asyik2 nak memartabatkan bahasa Melayu tapi bila dalam sms, FB+blog guna ayat berterabur+rojak+pasar malam. Takde pulak nak memartabat bahasa Melayu. Hehe mengomel pulak aku. Jadi dari segi bahasa aku bagi 3.8 bintang.

4. Kesan visual pulak bagi aku okla. Tak nampak murah.Tak banyak yang aku nak komen. Jadi aku bagi 4 bintang.

5. Jalan cerita bagi aku 'agak' ok. Tapi yang aku tak suka terlalu banyak dialog/percakapan terutama pada di awal ke pertengahan cerita. Orang pun bosan juga kalau banyak sangat dialog. Lagi-lagi cerita epik yang guna bahasa yang sangat epik. Jadi aku rasa kelemahan terbesar filem ini adalah penggunaan dialog yang terlalu banyak sehingga boleh menjejas keterujaan penonton. Bagi aku untuk filem epik perlu dilebihkan aksi sebab kebanyakkan cerita epik yang aku baca banyak menceritakan aksi2. Kerana aksi-aksi itulah menjadikan cerita itu sebagai epik. Lebih baik memperbanyakkan aksi daripada dialog. Jadi aku bagi 2.9 bintang.


Begitulah sedikit analisis yang aku buat. Untuk filem Melayu bagi aku hebatla. Boleh dipertingkatkan lagi. Sebenarnya aku ni memang pengkritik filem Melayu. Tapi aku bukan kritik saje2 macam orang lain sebab aku ada juga bagi cadangan yang boleh digunakan untuk mempertingkatkan filem2 Melayu ni. Okla kalau korang nak tengok tengokla. Kalau aku, tak rugi kot kalau korang tengok..Hehe..



EA : bangga sekejap dapat tahu yang manuskrip lengkap Hikayat Merong Mahawangsa ada kat UKM..hehe...

Wednesday, March 23, 2011

Nasib baik aku dapat UKM...


Varsiti Kita

Lihat Kampusku yang tenang
Damainya alam ciptaan tuhan
Paduan ilmu dan keimanan
Amal dan jerih digabungkan
Lautan ilmu kita harumkan
Sumber ilmuan berkembangan

Inilah Varsiti Kita
Ditengahkan hasrat rakyat kita
Dari mula untuk semua
Bagai tanda perjuangan kita

Bangun berbakti membela
Memupuk insan jiwa bertakwa
Memimpin manusia semua
Kenal akan adat unggulnya
Membina negara senantiasa
Maju berilmu dan bahagia




Tinggal sebulan lagi aku berada di bumi UKM. Pasni aku dah boleh grad (i. Allah kalau siap tesis...hehe...) utk tamatkan degree aku. Sepatutnya aku post benda ni kalau betul2 dah habis tapi aku saje nak post awal2. Nanti dah habis nanti aku post benda lain pulak. Hehe.. Ha, lirik kat atas tu lirik lagu UKM. Aku pun xhafal lagu tu. Yela kalau kat sekolah lagu sekolah tu tiap2 pagi kita kena nyanyi tapi kat UKM xdla plak semua student kena beratur nanyi sebelum pergi kelas. So, jangan kata aku myb ramai lagi student UKM yang tak tau+tak ingat lirik lagu ni. Paling teruk pun kena nyanyi waktu nak mula2 masuk dulu tapi last2 xingat pun..Hehe...

Sepanjang aku berkecimpung dalam dunia pendidikan+pelajaran ini, yela dari TADIKA ISLAM, Sekolah Kebangsaan Raja Perempuan Muzwin, Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford dan Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM la tempat paling best skali. Mula2 nak masuk dulu punyala gabra. Macam2 pikiaq. Yela nak masuk U bukannya calang2 tempat. UKM pulak kan. Universiti NO. 2 kat MALAYSIA ni. Tapi bila dah masuk..Fuhh best giler. Kalah masuk sekolah dulu. Yela waktu minggu pertama tu macam sial sikit. Macam2 hal tapi lepas tu dah ok.  Nak tau x sbb apa aku suka sangat UKM ni. Jom kita lihat--->

1. Jadual belajar tak padat - Bila masuk U, jadual kelas xsepadat waktu sekolah dulu. Kalau ada kelas, adala. Kalau xd xdla. Lain mcm sekolah. Pukul 7 dah kena pegi. Balik pulak pukul 2. Kadang2 sampai pukul 6. Tension aku. Even bizi dgn asgmentnya tapi itu bukannya mslh pun drpd aku balik kena buat kerja sekolah yang bertimbun2 tu. Itula bestnya duk U ni. Nasib baik aku dapat UKM...

2. Pemandangan kat UKM agak cantik - UKM memang tempat yang sesuai sgt nak belajar. Dikelilingi hutan2 dan jauh pulak daripada kesibukan bandar. Kalau nak compare dengan UM kat tengah2 bandar UKM lagi best. Yela suasana macam tu sesuai nak belajar. Walaupun banyak monyet tapi tak kisahla. Janji dapat menghirup udara yang segar kat hutan2 ni. Lagi satu nak kata hutan sangat mcm UUM tu xdla. Kat UUM nak pegi bandar Alor Setar tu pun berjam2 tapi kat UKM nak kata utan sangat tak jugak nak kata bandar sangat pun tak. Tengah2. Tu yang best tu. Bandar pun dekat. Kajang, Bangi+Putrajaya. Lagi satu aku ada kawan stdy kat UMS. UMS ni U paling cantek kat Asia Tenggara sbb menghadap laut tapi masalahnya kat Sabah. Mampoo nak ulang alik balik semenanjung??? Kalau org kaya takpe. Kawan aku tu dah dua tahun tak balik semenanjung. Sian die. Cantik2 UMS pun rasa takde maknanya juga kalau tak dapat balik kampung halaman lagi2 waktu raya. Sian. Hehe.. Nasib baik aku dapat UKM...

3. Yuran boleh tahan - Kalau cakap pasal yuran memang kadang2 aku naik angin jugak.Tapi bila fikir balik kalau nak bandingkan dengan UM, yuran UKM jauh lagi murah. Kawan aku yang belajar kat UM tu cakap, yuran kolej sahaja dah RM1000 lebih. Belum masuk lagi yuran pengajian. Dengan duit PTPTN yang seciput tu aku rasa berbaloi kot. Kalau kat UM memang tak boleh hidup kalau bergantung duit PTPTN jer. Diorang mesti kena part time. Macam kat UKM even kadang2 tak cukup PTPTN aku ni tapi aku rasa boleh jer survive tanpa aku keje part time. Nasib baik aku dpt UKM...

4. Masalah duduk kolej tak timbul - Masalah duk dalam kolej tak timbul langsung bila kat UKM ni. Cuma masalah duk kolej mahal dan  murah jer jadi isu. Kalau nak compare dengan UiTM, dahla susah nak duduk kolej, pastu kena aktif seaktif2 nya kalau nak duk kolej. Tu pun belum tentu lagi dapat duk kolej ke x. Murah memangla murah tapi bila dah duduk luar kena bayar mahal jugak. Tapi bende tu tak berlaku kat UKM. Walapun aku duk kolej yang PALING MAHAL kat UKM ni tapi aku bersyukur jugak sbb yurannya tak semahal UM. Lagi satu kalau kat UiTM, orang rebut2 nak duk kolej tapi kat UKM orang pulak rela hati nak duk luar sampai banyak kosong blok kat kolej aku. Mesti budak UITM+UM jeles kan. Nasib baik aku dapat UKM...

5. Kemudahan boleh tahan - Kemudahan intenet contohnya memang jadi masalah kat UKM tapi tu pun tak jadi hal. Walaupun lembap macam ceput tapi sekurang2nya sampai jugak kat bilik aku. Boleh buka macam2. FB, Youtube dll (silap hari bulan laman web ehem2 pun blh bukak..hehe..). Tapi bila aku tanya adik aku kat UITM dan kawan aku kat USM, dahla intenet xdpt (uitm) Youtube pulak kena sekat (USM). Aduii mesti tension. Dahla aku giler intenet. Lagi2 Youtube. Nasib baikla UKM tak mcm tu. Nak sekat tu nak sekat ni. Nasib baik aku dapat UKM...

Semua di atas tu aku compare kan dengan U lain sbb bak menunjukkan betapa bertuahnya duduk UKM. Tapi aku tak taula kalau duk U yang aku xsebut dan bandingkan macam UPM ker UTM ker mcm mn tapi aku rasa mesti xblh lawan UKM jgk. Hehe... Yela masing2 ada pendapat sendiri dengan U masing2 tapi aku post bende ni pun sbb aku tanya kawan2+adik aku yang stdy kat UM, USM, UITM, UUM. Mesti ada rasa ketidakpuasan hati diorg dengan U masing2. Aku pun buatla perbandingan dengan UKM dan hasilnya UKM tetap yang terbaik. Hehe.. So, kepada sapa2 yang teringin nak sambung degree ker bolehla apply UKM. Aku pun insya Allah nak sambung master kat UKM jugak...


EA: Bebudak U lain yang marah+jeles ek...Hehe...

CINTA : Sikap Perempuan Yang Aku Tak Paham

Dalam Facebook - CINTA
Dalam Blog - Cinta
Dalam mana-mana tempat kat dunia ni - cinta...cinta...cinta...

Bila aku buka FB jer mesti ada kawan pempuan (sama ada kenal@tak) yang post pasal CINTA. Dalam blog, tak payahla cakap. Dengan sajaknya, syairnya. Boleh dikatakan perempuan ni kalau tak cakap pasal CINTA memang tak sah. Sampai aku pun pelik. Tapi bila dah kawin takdela pulak nak cakap pasal CINTA sangat. Kenapa? Dah dapat terus senyap?? Opsss..Hehe...

Sepanjang pemerhatian aku, perempuan yang 'jiwang' sangat ni kalau bab2 CINTA, perempuan tula yang LAMBAT KAWIN. Tak pun tak dapat hubungan yang bertahan lama. Tak tahula sama ada ada bukti secara saintifik atau tak tapi itu sekadar pemerhatian aku. Aku tengok laki@bf korang tu bese2 jer. Macam aku, buat bese2 sudah. Jangan terlalu excited+teruja+obses dengan dunia perCINTAan korang. Insya Allah kalau ada jodoh tu adalah. Kalau takde mungkin Tuhan nak jodohkan kita dengan orang lain. Tuhan sendiri dah cakap manusia tu dilahirkan secara berpasang-pasangan. Memang tak dinafikan ada orang yang mati dan tak sempat kawin. Ada pulak yang andartu dan bujang terlajak/lapuk. Mungkin ada sebab mengapa Tuhan dah takdirkan macam tu. Kat dunia mungkin korang tak sempat dan tak berpeluang nak kawin tapi mungkin kat akhirat nanti Tuhan dah sediakan korang dengan sapa-sapa yang jauh lagi baik daripada manusia di dunia ni. Percayalah dengan kuasa / qada dan qadar Tuhan....



Lagi satu, korang nak emosional sangat ni kenapa? Aku phm kenapa sesetengah pempuan yang obses sangat dengan dunia perCINTAan. Yela mungkin kerana perempuan dilahirkan mempunyai sifat-sifat kelembutan+hati mudah terusik dsbgnya. Tapi yang aku tak paham ada jer pempuan yang dapat control perasaan diorang. Diorang berzina bercinta juga tp diorang tak tunjukkan perasaan diorang tu. Pempuan macam inila aku suka/ tabik. Aku suke pempuan yang berCINTA bercinta jugak tapi takdela dalam FB nak 24 jam nak post pasal CINTA jer sampai orang pun naik boring. 

Iya korang boleh cakap, aku ni lelaki. Boleh la cakap mcm tu. Tak paham perasaan perempuan. Yup. Memang. Aku tak kisah kalau korang nak cakap macam tu. Aku tak paham sebab aku bukan pempuan. Kalau aku jadi pempuan mungkin aku paham kot. Tapi apa yang aku nak cakap bukan korang tak boleh lagsung cakap pasal CINTA. Boleh jer. Korang nak luahkan mcm mana sekali pun aku tak kisah tapi kalau dah sampai  24jam post pasal CINTA jer, dalam FB tulis pasal CINTA jer boleh naik muak jugak. Yang aku lagi tak paham, orang2 tula yang hubungan CINTAnya tak bertahan lama. Dalam FB, aku ada perhatikan. Memang betul. Pempuan yang post banyak2 pasal CINTA, luahkan perasaan CINTA dia terhadap kekasihnya dalm FB dengan harapan nak bgtau satu dunia, pempuan2 tula yang break dengan bf masing2. Nak tau sapa? Biar jela aku yang tau. FB aku. Bukannya kwn aku tu kwn korang pon. Kalau diorang kawan korang, agaknya korang tau la sapa.

So, moral of the story, tak payahla nak obses sangat pada CINTA. CINTA tetap CINTA tapi berCINTA la dengan bijak. Aku rasa mak bapak korang (termasuk mak bapak aku) takdela nak cakap pasal CINTA jer 24jam. Kenal2, jumpa2 usik2, dating2 dah terus kawin. Bahagia ttp bahagia. Bak kata orang kalau cerai pun cerai mati (klw cerai idup tu mungkin sudah takdir). Tapi yang penting diorang tetap kawin juga akhirnya. So, ambil la pengajaran. Kepada pempuan2 kat luar sana, janganla 24jam nak asyik berCINTA jer. Yela korang tak muak tapi orang yang melihat, mendengar dan membacanya yang muak. So, kena jaga juga kemuakkan org wlpn korang boleh cakap " Ada aku kesahh" Huhu..Yela korang memang tak kesah tapi korang akan menjadi 'kesah' dalam hati orang yang mendengar kesah2 cinta korang tuu lg bila korang 'break'(mohon dijauhkan..Hehe) jadi bahan umpatan pulak Macam mana?? Huhu...




jangan jadi seperti ini....



jadilah seperti ini...

Tuesday, March 22, 2011

Eksklusif - Sifat-sifat buruk saya yang anda tak tahu!!

Hey kawan, lawan dan sapa-sapa sahaja yang baca blog ini. Kali aku terbuat sengaja nak membuat pendedahan rasmi mengenai sifat-sifat/kelakuan terburuk aku yang korang mungkin tahu dan tak tahu. Hehe kenapala aku berani post ini? Sebab aku cuba menilai diri aku. Kadang-kadang ada orang masih tak kenal dan buat2 tak kenal sapa kah  mereka sebenarnya. Hantu ker pontianak ker tuhan malaikat ker or sapa2la. Selain itu, aku sengaja nak post benda ni sbb nak pecahkan rahsia orang sekeliling menerima aku seadanya. Baik itu datang dari diri sendiri Tuhan, buruk itu datang dari syaitan diri sendiri..

1. Suka datang lambat ke kelas/apa-apa temu janji - ini adalah antara sifat buruk yang aku suke sangat buat. Bukan apa, aku sebenarnya tak suka menunggu orang. Sebab itu aku nak orang menunggu saya. Baik Jahat kan? Hehe..

2. Suka tido/bangun lambat- wow inilah sifat buruk yang paling aku suka. Tido! Tido! Tido! Kadang2 sampai tak ingat dunia. Disebabkan sifat burok inilah selalu ponteng kuliah..Hehe...Takpe yang penting puas!

3. Suka kumpul baju kotor banyak2 - Ini antara sifat buruk aku yang aku tak suka. Aku memang pemalas no. 1 yang basuh baju. So, aku kumpul banyak2 sampai tiga empat kawah baldi baru aku basuh. Hehe..Tak pela sekurang-kurang aku basuh. Bukannya tak pernah basuh...Huhu..

4. Suka mengeleyor - Haha mesti ada yang tak tau perkataan mengeleyor tu apa. Kalau bahasa mudahnya suka merayau-rayau sampai tak ingat nak balik rumah. Mak+bapak aku selalu bising. Aku memang tak boleh nak duk rumah lama-lama. Boring giler kot. Apatah lagi sedang menikmati zaman muda-muda ni. Besela darah orang muda yang sentiasa memancut-mancut membuak-buak ni..Hehe..

5. Suka memekik melalak kat rumah - Perkara yang paling mak aku tak suka ialah aku suka melalak memekik terlolong kat rumah atau bahasa simplenya menyanyi. Bak kata orang sebatu pun boleh dengar suara karat emas aku ni. Hehe..Aku memang minat giler menyanyi sambil felling2 jadi artis. Cewahh..Yela suara takdela sedap mana pun tapi suka ti aku la. Dah hobi aku dari kecik nak buat macam mana. Janji ada rasa kepuasan aku melepaskan semua vokal-vokal aku yang power mower ni.. Kihkihkih.....

6. Mulut jahat giler- Haha ni kalau sapa-sapa yang kenal aku memang pernah la kena panahan kata-kata aku. Besela 'kata-kata keramat' katakan. Huhu memang aku akui sendiri. Mulut aku memang xblh blar. Aku sendiri pun takut dgn mulut aku. Mulut aku bukanlah becok mcm  betina2 pempuan2 kat luar sana tu. Diorg dhla celupar becok bahasa pun jahat mcm Rosnah Mat Aris, Rosmah Mansur, Ifa Raziah semua tu. I'm different. Aku jenis pendiam jer tapi tula. Mungkin keinginan aku nak melawak kot sampai kadang2 ada bahasa yang menghiris paru-paru hati kawan2 aku. Tapi aku memang tabik r sapa2 yang memahami aku. Cik Nasrynnadirah kita antara kekawan aku yang tahan dengan kejahatan mulut aku tahap neraka ni. Tabik hormat spring r bro.. Hehe..

7. Pendendam - Huhu ini pun sifat2 buruk aku yang menakutkan jugak. Iya, aku seorang pendendam. Lagi-lagi orang tu pernah buat cirit-birit taik kat aku. Sampai bila-bila pun aku akan ingat dan BERDENDAM. Aku memang jenis yang susah nak melupakan apa yang orang buat kat aku. Kalau boleh aku nak balas balik apa yang dia buat. Contohnya, ada kawan2 aku selalu buli aku time sekolah rendah dulu. Perit wei. Dulu badan aku kecik+rendah+lemah+bantut+ketot. Memang selalu jer jadi mangsa buli. Sampai bapak aku marah kenapa tak melawan balik. Bukan aku taknak lawan. Diorang berkumpulan. Badan semua besar2 tinggi2. Aku pulak sebaliknya. But now, Tuhan tu memang adil. Even aku tak sebesar macam badan diorg sekarang (sebab aku sentiasa tampil slim...cewahh..hehe...) tapi aku jauh lagi tinggi dari diorg sekarang. Memang berbeza kot ketinggian aku dengan diorg. Padan muka korang! (Alhamdulilah juga). Walaupun aku tak berpeluang nak balas balik apa yang korang buat kat aku tapi aku akan tuntut kat akhirat sok. Macam-macam aku kena dulu. Kena pukul dengan cikgu la sebab cikgu ingat aku tak bawak buku padahal diorang sorokkan buku aku. Sampai akhirat aku berdendam dengan korangg...Tunggala...Huhu,.,,

8. Suka bertangguh kerja - Ini memang 'hobi' aku. Bab2 keje bertangguh bagila aku. Lagi-lagi kalau asigment tu lambat lagi nak anta. Tesis lagi la. Kalau nak buat tu mesti ada perkataan2 ni ---> kejap lagi la buat, malam nanti la, esokla, lama2 tak siap. Kadang parah juga dibuatnya..Hmm..




Setakat ini , itu sajalah kot. Mungkin banyak ada lagi kot tapi saya senaraikan yang paling banyak saya buat antara sifat-sifat buruk saya. Hehe saya tak sempurna. Cuma yang buruk inilah kita cuba baikkan. Tapi kalau dah jadi tabiat susah jugak. Tapi apa yang pentingg..............



Monday, March 21, 2011

Hantu Kak Limah dan Kuala Kangsar

enjit-enjit semut….. sape sakit naik atas..
  enjit-enjit semut.. sape sakit naik atas.."

" kita bakor jer...kita bakor...kita bakor...."

"cer citer..cer citer...."


Itulah antara dialog2 yg menjadi fenomena di mana2 sahaja  skg. Baik di blog, FB tak pun percakapan kita seharian. Semua tu gara2 penangan cer cer cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah. Xtly saya tak berapa sgt cite2 Melayu ni. Tapi saya tertarik dengan cite seram komedi mcm Hantu Kak Limah ni. Lagi2 pengambarannya kat tempat asal saya ---> Kuale Kangsor...hehe..

Lagi2 tgk tempat tu tempat lepak2 time sekolah menengah dulu. Nak tergelak pun ada. Tengah semak samun+berhutan+tempat berhantu+tempat maksiat+tempat main amazing race dulu..Hehe..Pandai diorg ubah tmpt tu jd kedai. Pasal rumah Kak Limah semua tu aku tak sure kat mana tp  kawasan2 tu jgk kot..Hukhuk..

Kampung dalam cite tu Kampung Pisang. Kampung Pisang ni sbnrnya mmg wujud kat tmpt aku dulu. Dulu kampung ni duk kat tepi sungai Perak. Kampung Pisang ni kalau ikut sejarahnya memang terkenal dengan kampung yang penuh dengan kemaksiatan  dan pelacoran (awok org kuale, awok tau ler). Tapi kampung tu dah takde dah sekarang. Dah jadi stadium bola dah. Hehe..

So, sapa2 yg blum tgk lagi, tgkla. Even aku tak tgk kat wayang pun , tgk kat laptop sudehh.. Agak puas hati. Kalau lima bintang aku bagi 3.5 bintang..Hehe... Jom kita tgk pic2 kat bawah ni...



poster filem ni...



pelakon-pelakon utama. nak tau sapa? cer tengok jer cite ni...hehe...




usop..siall..lawak giler kot...




alamak!!! ni antu sesat mana plak ni?? larikkk.............

Saturday, March 19, 2011

CIRI -CIRI GURLZ YG I LIKE

Hai semua. Apa kabar? Harap semua sakit2 sihat2 dan ceria2 selalu..Hehe..Okla kali ni saya nak bg suprise sikit. Huhu disebabkan semua dah tengok tajuk kat atas tu, suprise tu dah bukan suprise dah la..Kuang3..

Huhu saya sengaja nk buat post ini. Saya memang jarang cakap pasal pempuan ni apatah lagi kalau bab2 kapel ni. Memang diakui saya ada ramai kawan pempuan (scandal pun ada kot..ops! hehe..). Tapi nak kata saya betul2 tertarik tu xdla. Tapi pempuan yang paling saya nak kapel (kalau boleh kawin kot) ialah pempuan yang ada ciri-ciri macam MY MUM. Bagi saya emak saya ialah pempuan yg paling saya sayang+cinta sekali. Luv u mama!!Hehe.. Ok skg saya nak bgtau rahsia pempuan yg saya suka :~

a) 1st sudah tentu pempuan tu mesti ada rupa. Yela sapa tak nak pempuan cantik bro. Saya suke pempuan cantik dan jaga penampilan diri. Memetik drpd kata2 my mama, "kalau blh mesti cantik drpd mak. jangan mak yang menang pulak". Hehe ok mama. Saya akan ingat kata2 tu. So, sapa2 nak jadi bini saya kena kalahkan kecantikan my mama. Tapi tula. Cantik ni universal. Sesetengah org ckp pempuan tu cantik tp ada yg kata tak cantik. Hmm xpela. Janji cantik di mata saya+my mum dh la.Tapi tak nak yang high maintenence sangat. Abih duit aku dia kerjakan nnt buat pegi shoping..Huhu...

b) Kedua, pempuan tu mestilah pendiam+pemalu mcm saya jgk. (pemalu ker aku. pemalu kot..hehe..). Saya suke pempuan yang pendiam+pemalu mcm mama saya. Bagi saya pempuan yang pendiam+pemalu ni pempuan yang ada ciri-ciri kesopanan/ketimuran/kemelayuan yang tinggi. Lgpun senang sikit nak penampar control die..Hihi...

c) Ketiga, mesti bertudung. Hehe saya tak kisah sbnrnya die bertudung ke x tapi kalau nak jd kan bini, die mesti bertudung. Bukan pe, jagala aurat sikit. Tak pasal2 nnt aku kena soal kat NERAKA. "Apasal ko tak suruh bini ko pakai tudung? Tau x sehelai rambut tu berapa ribu tahun kat neraka?" - suara bayangan.. Aiyoo..takut cek.. Baik cari pempuan yang bertudung. Tapi xnk yang tudung labuh a.k.a ala2 islamic. Takut aku kena ngaji tiap2 hari. Boleh terbakar dibuatnya..Haha..

d) Berpelajaran. Ciri keempat ni pun penting jugak. Saya nak pempuan yang berpelajaran. Paling tinggi pun degreela. Paling rendah pun STPM/Matrik @ seumpama dengannya. Bukan tak nak pempuan yang takat SPM tu, tapi demi masa depan jugak. Nnt kalau ada anak2, die blh ajarkan. Pempuan yang berpelajaran+tak berpelajaran mmg ada perbezaannya dari segi pemikiran. Pempuan yang berpelajaran ni kadang2 lebih matang+berfikiran luas drpd yang tak berpelajaran. Rasa kasar sgt ker bhs aku ni??Hehe..Maksud saya pempuan yang tak berpelajaran tu adalah pempuan yang tak dapat peluang sambung belajar peringkat lbh tinggi tapi xbermakna die tak bijak..Sory yer kalau terkasar bahasa..

e) suka pempuan yang tinggi. kalau boleh saya nak pempuan yang tinggi. Tapi xdla smp lebih tinggi drpd aku. Kalau aku 175cm, aku nak pempuan tu paling tinggi 170cm. Tak pun paling rendah 165+cm. Hehe bkn pe. Tak nak dapat anak rendah pulak nnt. Cewahh fikir jauhh aku..Hehe..

f) Pempuan tu mesti satu negeri@bkn org yg kampung2 sgt. Saya asl Perak. So, secara lgsg pempuan tu pun mesti asal Perak juga+bkn duk kampung ceruk2. My mama tak suke pempuan yang ceruk2+kampung2 sgt. Saya pun tak suke. Ish2 tingginya taste aku+my mama ni. Bukan pe, saya tak berapa suka sgt pempuan yang duk kampung2 ni sbb....adala sbbnya..huhu..Kalau pasal negeri, mmg kalau blh nk dalam Perak jer. Senang. duk dekat2. Nnt xdla gaduh nak balik kampung mana kalau raya ker cuti ker. Kalau dalam negeri senang sikit. Dalam sehari tu dua2 rumah leh pegi..Hehe..

Sebenarnya banyak lagi nak senaraikan tapi xpela. Buat masa ni, saya senaraikan la yang mana paling utama dulu seperti yang tertera di atas. Tapi bak kata orang kalau jodoh tu memang di tangan Tuhan. Kalau Tuhan nak bagi yang bertentangan dengan semua di atas tu, nak buat mcm mn . Terima jela. Tapi saya berdoa agar Allah beri wanita seperti yang saya nak di atas. Aminn...

Tuesday, March 15, 2011

Takziah Jepun

Salam Takziah buat rakyat Jepun
Kerana menghadapi tiga bencana alam secara serentak
Gempa bumi, Tsunami dan Gunung berapi