Varsiti Kita
Lihat Kampusku yang tenang
Damainya alam ciptaan tuhan
Paduan ilmu dan keimanan
Amal dan jerih digabungkan
Lautan ilmu kita harumkan
Sumber ilmuan berkembangan
Inilah Varsiti Kita
Ditengahkan hasrat rakyat kita
Dari mula untuk semua
Bagai tanda perjuangan kita
Bangun berbakti membela
Memupuk insan jiwa bertakwa
Memimpin manusia semua
Kenal akan adat unggulnya
Membina negara senantiasa
Maju berilmu dan bahagia
Lihat Kampusku yang tenang
Damainya alam ciptaan tuhan
Paduan ilmu dan keimanan
Amal dan jerih digabungkan
Lautan ilmu kita harumkan
Sumber ilmuan berkembangan
Inilah Varsiti Kita
Ditengahkan hasrat rakyat kita
Dari mula untuk semua
Bagai tanda perjuangan kita
Bangun berbakti membela
Memupuk insan jiwa bertakwa
Memimpin manusia semua
Kenal akan adat unggulnya
Membina negara senantiasa
Maju berilmu dan bahagia
Tinggal sebulan lagi aku berada di bumi UKM. Pasni aku dah boleh grad (i. Allah kalau siap tesis...hehe...) utk tamatkan degree aku. Sepatutnya aku post benda ni kalau betul2 dah habis tapi aku saje nak post awal2. Nanti dah habis nanti aku post benda lain pulak. Hehe.. Ha, lirik kat atas tu lirik lagu UKM. Aku pun xhafal lagu tu. Yela kalau kat sekolah lagu sekolah tu tiap2 pagi kita kena nyanyi tapi kat UKM xdla plak semua student kena beratur nanyi sebelum pergi kelas. So, jangan kata aku myb ramai lagi student UKM yang tak tau+tak ingat lirik lagu ni. Paling teruk pun kena nyanyi waktu nak mula2 masuk dulu tapi last2 xingat pun..Hehe...
Sepanjang aku berkecimpung dalam dunia pendidikan+pelajaran ini, yela dari TADIKA ISLAM, Sekolah Kebangsaan Raja Perempuan Muzwin, Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford dan Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM la tempat paling best skali. Mula2 nak masuk dulu punyala gabra. Macam2 pikiaq. Yela nak masuk U bukannya calang2 tempat. UKM pulak kan. Universiti NO. 2 kat MALAYSIA ni. Tapi bila dah masuk..Fuhh best giler. Kalah masuk sekolah dulu. Yela waktu minggu pertama tu macam sial sikit. Macam2 hal tapi lepas tu dah ok. Nak tau x sbb apa aku suka sangat UKM ni. Jom kita lihat--->
1. Jadual belajar tak padat - Bila masuk U, jadual kelas xsepadat waktu sekolah dulu. Kalau ada kelas, adala. Kalau xd xdla. Lain mcm sekolah. Pukul 7 dah kena pegi. Balik pulak pukul 2. Kadang2 sampai pukul 6. Tension aku. Even bizi dgn asgmentnya tapi itu bukannya mslh pun drpd aku balik kena buat kerja sekolah yang bertimbun2 tu. Itula bestnya duk U ni. Nasib baik aku dapat UKM...
2. Pemandangan kat UKM agak cantik - UKM memang tempat yang sesuai sgt nak belajar. Dikelilingi hutan2 dan jauh pulak daripada kesibukan bandar. Kalau nak compare dengan UM kat tengah2 bandar UKM lagi best. Yela suasana macam tu sesuai nak belajar. Walaupun banyak monyet tapi tak kisahla. Janji dapat menghirup udara yang segar kat hutan2 ni. Lagi satu nak kata hutan sangat mcm UUM tu xdla. Kat UUM nak pegi bandar Alor Setar tu pun berjam2 tapi kat UKM nak kata utan sangat tak jugak nak kata bandar sangat pun tak. Tengah2. Tu yang best tu. Bandar pun dekat. Kajang, Bangi+Putrajaya. Lagi satu aku ada kawan stdy kat UMS. UMS ni U paling cantek kat Asia Tenggara sbb menghadap laut tapi masalahnya kat Sabah. Mampoo nak ulang alik balik semenanjung??? Kalau org kaya takpe. Kawan aku tu dah dua tahun tak balik semenanjung. Sian die. Cantik2 UMS pun rasa takde maknanya juga kalau tak dapat balik kampung halaman lagi2 waktu raya. Sian. Hehe.. Nasib baik aku dapat UKM...
3. Yuran boleh tahan - Kalau cakap pasal yuran memang kadang2 aku naik angin jugak.Tapi bila fikir balik kalau nak bandingkan dengan UM, yuran UKM jauh lagi murah. Kawan aku yang belajar kat UM tu cakap, yuran kolej sahaja dah RM1000 lebih. Belum masuk lagi yuran pengajian. Dengan duit PTPTN yang seciput tu aku rasa berbaloi kot. Kalau kat UM memang tak boleh hidup kalau bergantung duit PTPTN jer. Diorang mesti kena part time. Macam kat UKM even kadang2 tak cukup PTPTN aku ni tapi aku rasa boleh jer survive tanpa aku keje part time. Nasib baik aku dpt UKM...
4. Masalah duduk kolej tak timbul - Masalah duk dalam kolej tak timbul langsung bila kat UKM ni. Cuma masalah duk kolej mahal dan murah jer jadi isu. Kalau nak compare dengan UiTM, dahla susah nak duduk kolej, pastu kena aktif seaktif2 nya kalau nak duk kolej. Tu pun belum tentu lagi dapat duk kolej ke x. Murah memangla murah tapi bila dah duduk luar kena bayar mahal jugak. Tapi bende tu tak berlaku kat UKM. Walapun aku duk kolej yang PALING MAHAL kat UKM ni tapi aku bersyukur jugak sbb yurannya tak semahal UM. Lagi satu kalau kat UiTM, orang rebut2 nak duk kolej tapi kat UKM orang pulak rela hati nak duk luar sampai banyak kosong blok kat kolej aku. Mesti budak UITM+UM jeles kan. Nasib baik aku dapat UKM...
5. Kemudahan boleh tahan - Kemudahan intenet contohnya memang jadi masalah kat UKM tapi tu pun tak jadi hal. Walaupun lembap macam ceput tapi sekurang2nya sampai jugak kat bilik aku. Boleh buka macam2. FB, Youtube dll (silap hari bulan laman web ehem2 pun blh bukak..hehe..). Tapi bila aku tanya adik aku kat UITM dan kawan aku kat USM, dahla intenet xdpt (uitm) Youtube pulak kena sekat (USM). Aduii mesti tension. Dahla aku giler intenet. Lagi2 Youtube. Nasib baikla UKM tak mcm tu. Nak sekat tu nak sekat ni. Nasib baik aku dapat UKM...
Semua di atas tu aku compare kan dengan U lain sbb bak menunjukkan betapa bertuahnya duduk UKM. Tapi aku tak taula kalau duk U yang aku xsebut dan bandingkan macam UPM ker UTM ker mcm mn tapi aku rasa mesti xblh lawan UKM jgk. Hehe... Yela masing2 ada pendapat sendiri dengan U masing2 tapi aku post bende ni pun sbb aku tanya kawan2+adik aku yang stdy kat UM, USM, UITM, UUM. Mesti ada rasa ketidakpuasan hati diorg dengan U masing2. Aku pun buatla perbandingan dengan UKM dan hasilnya UKM tetap yang terbaik. Hehe.. So, kepada sapa2 yang teringin nak sambung degree ker bolehla apply UKM. Aku pun insya Allah nak sambung master kat UKM jugak...
EA: Bebudak U lain yang marah+jeles ek...Hehe...
Unimas kat sarawak sayang.bukan sabah
ReplyDelete*sory atas kesilapan. saya maksudkan UMS. segala kesilapan harap diampunkan..hehe..
ReplyDeleteAku duk UKM dan UITM... Yuran ukm sgt mahal....
ReplyDeleteEx student UKM... UKM memang best..
ReplyDeleteUKM best..
ReplyDelete