Dalam Facebook - CINTA
Dalam Blog - Cinta
Dalam mana-mana tempat kat dunia ni - cinta...cinta...cinta...
Bila aku buka FB jer mesti ada kawan pempuan (sama ada kenal@tak) yang post pasal CINTA. Dalam blog, tak payahla cakap. Dengan sajaknya, syairnya. Boleh dikatakan perempuan ni kalau tak cakap pasal CINTA memang tak sah. Sampai aku pun pelik. Tapi bila dah kawin takdela pulak nak cakap pasal CINTA sangat. Kenapa? Dah dapat terus senyap?? Opsss..Hehe...
Sepanjang pemerhatian aku, perempuan yang 'jiwang' sangat ni kalau bab2 CINTA, perempuan tula yang LAMBAT KAWIN. Tak pun tak dapat hubungan yang bertahan lama. Tak tahula sama ada ada bukti secara saintifik atau tak tapi itu sekadar pemerhatian aku. Aku tengok laki@bf korang tu bese2 jer. Macam aku, buat bese2 sudah. Jangan terlalu excited+teruja+obses dengan dunia perCINTAan korang. Insya Allah kalau ada jodoh tu adalah. Kalau takde mungkin Tuhan nak jodohkan kita dengan orang lain. Tuhan sendiri dah cakap manusia tu dilahirkan secara berpasang-pasangan. Memang tak dinafikan ada orang yang mati dan tak sempat kawin. Ada pulak yang andartu dan bujang terlajak/lapuk. Mungkin ada sebab mengapa Tuhan dah takdirkan macam tu. Kat dunia mungkin korang tak sempat dan tak berpeluang nak kawin tapi mungkin kat akhirat nanti Tuhan dah sediakan korang dengan sapa-sapa yang jauh lagi baik daripada manusia di dunia ni. Percayalah dengan kuasa / qada dan qadar Tuhan....
Lagi satu, korang nak emosional sangat ni kenapa? Aku phm kenapa sesetengah pempuan yang obses sangat dengan dunia perCINTAan. Yela mungkin kerana perempuan dilahirkan mempunyai sifat-sifat kelembutan+hati mudah terusik dsbgnya. Tapi yang aku tak paham ada jer pempuan yang dapat control perasaan diorang. Diorang berzina bercinta juga tp diorang tak tunjukkan perasaan diorang tu. Pempuan macam inila aku suka/ tabik. Aku suke pempuan yang berCINTA bercinta jugak tapi takdela dalam FB nak 24 jam nak post pasal CINTA jer sampai orang pun naik boring.
Iya korang boleh cakap, aku ni lelaki. Boleh la cakap mcm tu. Tak paham perasaan perempuan. Yup. Memang. Aku tak kisah kalau korang nak cakap macam tu. Aku tak paham sebab aku bukan pempuan. Kalau aku jadi pempuan mungkin aku paham kot. Tapi apa yang aku nak cakap bukan korang tak boleh lagsung cakap pasal CINTA. Boleh jer. Korang nak luahkan mcm mana sekali pun aku tak kisah tapi kalau dah sampai 24jam post pasal CINTA jer, dalam FB tulis pasal CINTA jer boleh naik muak jugak. Yang aku lagi tak paham, orang2 tula yang hubungan CINTAnya tak bertahan lama. Dalam FB, aku ada perhatikan. Memang betul. Pempuan yang post banyak2 pasal CINTA, luahkan perasaan CINTA dia terhadap kekasihnya dalm FB dengan harapan nak bgtau satu dunia, pempuan2 tula yang break dengan bf masing2. Nak tau sapa? Biar jela aku yang tau. FB aku. Bukannya kwn aku tu kwn korang pon. Kalau diorang kawan korang, agaknya korang tau la sapa.
So, moral of the story, tak payahla nak obses sangat pada CINTA. CINTA tetap CINTA tapi berCINTA la dengan bijak. Aku rasa mak bapak korang (termasuk mak bapak aku) takdela nak cakap pasal CINTA jer 24jam. Kenal2, jumpa2 usik2, dating2 dah terus kawin. Bahagia ttp bahagia. Bak kata orang kalau cerai pun cerai mati (klw cerai idup tu mungkin sudah takdir). Tapi yang penting diorang tetap kawin juga akhirnya. So, ambil la pengajaran. Kepada pempuan2 kat luar sana, janganla 24jam nak asyik berCINTA jer. Yela korang tak muak tapi orang yang melihat, mendengar dan membacanya yang muak. So, kena jaga juga kemuakkan org wlpn korang boleh cakap " Ada aku kesahh" Huhu..Yela korang memang tak kesah tapi korang akan menjadi 'kesah' dalam hati orang yang mendengar kesah2 cinta korang tuu lg bila korang 'break'(mohon dijauhkan..Hehe) jadi bahan umpatan pulak Macam mana?? Huhu...
wah!!hebat skrg..smakin terbuka dlm membri pandangan..tp..itulah sifat 'wanita'..suka meluah rase syg,..bukn nk menunjuk @ buat org lain muak..mungkin itu yg dinamakan 'indahnya percintaan..kot..'kalo nk tgu org llki ckp syg..ermm..berjanggutla..mybe sbb itu sifat 'lelaki'...syg mmg syg tp nk luah jauh skali..peace!
ReplyDelete(tertarik ngan pic yg ko ltak dlm post ni..gagaga..hakhak)
ala....biasa la...manusia ni kan xleh lari dari cinta,tulah satu2nya cara nak luahkan perasaan pun,kalau lelaki mesti dia wat cara lain,pompuan ni la cara dia,lelaki dan pompuan kan tak sama...ha kalau tgk dr kajian pun,pompuan ni lebih suka emosi,lebih suka kata2 manja2.laki pulak lebih suka cakap pasal fakta.
ReplyDeletekalau cakap kat fb aku tak bp nak sukalah nak sokong cara luahan tu sbb luahan pada public,tapi kat blog ni kan blog persendirian,hak tuan punya blog tu...hehe,ni pendapat aku la sbb aku pun da wat jugak coz aku kan PEREMPUAN. dalam hati ada taman..peace!!!
p/s:cara nak luahkan sayang tukan banyak cara,sayang ea!!!>___<
CIK KELIP- (dlm blog xblh tag nama plak.ker aku xtau.hehe)- hehe yela. aku xnafikan+xhalang pun kalau ada pempuan nak luahkan betapa cintanya die kat bf die tapi kadang2 aku tgk dlm FB terutamanya boleh kata xd post lain. asyik CINTA, CINTA, CINTA. last2 aku tgk diorg break jgk. tu yg aku xphm+pelik tu. pempuan yang bese2 jer bila cinta, pempuan tu plak yg last2 kwin dgn bf die...hehe..
ReplyDeleteCIK NASRYN- hehe tapi ko xdla 24jam sgt pun nk ckp pasal cinta. Yang aku pelik ada bbrpa org kwn FB aku. Baca post kat fb CINTA, dalam blog CINTA. pening aku. cer post bende lain sikit ker. yela fb+blog masing2 bolehla cakap. hak individu. tp diorg post nk bg org baca. kalau asyik bende yang sama jer CINTA CINTA CINTA mcm dah xd bende lain nk ckp. hehe..pepun aku doakan ko bahagia hingga ke liang lahad bersama MR KHAN ko tu.aminn...hehe...
ReplyDeletePerempuan sangat kaya dengan cinta :)
ReplyDelete