Hey kawan, lawan dan sapa-sapa sahaja yang baca blog ini. Kali aku
terbuat sengaja nak membuat pendedahan rasmi mengenai sifat-sifat/kelakuan terburuk aku yang korang mungkin tahu dan tak tahu. Hehe kenapala aku berani post ini? Sebab aku cuba menilai diri aku. Kadang-kadang ada orang masih tak kenal dan buat2 tak kenal sapa kah mereka sebenarnya. Hantu ker pontianak ker
tuhan malaikat ker or sapa2la. Selain itu, aku sengaja nak post benda ni sbb nak
pecahkan rahsia orang sekeliling menerima aku seadanya. Baik itu datang dari
diri sendiri Tuhan, buruk itu datang dari
syaitan diri sendiri..
1. Suka datang lambat ke kelas/apa-apa temu janji - ini adalah antara sifat buruk yang aku suke sangat buat. Bukan apa, aku sebenarnya tak suka menunggu orang. Sebab itu aku nak orang menunggu saya.
Baik Jahat kan? Hehe..
2. Suka tido/bangun lambat- wow inilah sifat buruk yang paling aku suka. Tido! Tido! Tido! Kadang2 sampai tak ingat dunia. Disebabkan sifat burok inilah selalu ponteng kuliah..Hehe...Takpe yang penting puas!
3. Suka kumpul baju kotor banyak2 - Ini antara sifat buruk aku yang aku tak suka. Aku memang pemalas no. 1 yang basuh baju. So, aku kumpul banyak2 sampai tiga empat
kawah baldi baru aku basuh. Hehe..Tak pela sekurang-kurang aku basuh. Bukannya tak pernah basuh...Huhu..
4. Suka mengeleyor - Haha mesti ada yang tak tau perkataan mengeleyor tu apa. Kalau bahasa mudahnya suka merayau-rayau sampai tak ingat nak balik rumah. Mak+bapak aku selalu bising. Aku memang tak boleh nak duk rumah lama-lama. Boring giler kot. Apatah lagi sedang menikmati zaman muda-muda ni. Besela darah orang muda yang sentiasa
memancut-mancut membuak-buak ni..Hehe..
5. Suka memekik melalak kat rumah - Perkara yang paling mak aku tak suka ialah aku suka melalak memekik terlolong kat rumah atau bahasa simplenya menyanyi. Bak kata orang sebatu pun boleh dengar suara
karat emas aku ni. Hehe..Aku memang minat giler menyanyi sambil felling2 jadi artis. Cewahh..Yela suara takdela sedap mana pun tapi suka ti aku la. Dah hobi aku dari kecik nak buat macam mana. Janji ada rasa kepuasan aku melepaskan semua vokal-vokal aku yang power mower ni.. Kihkihkih.....
6. Mulut jahat giler- Haha ni kalau sapa-sapa yang kenal aku memang pernah la kena panahan kata-kata aku. Besela 'kata-kata keramat' katakan. Huhu memang aku akui sendiri. Mulut aku memang xblh blar. Aku sendiri pun takut dgn mulut aku. Mulut aku bukanlah becok mcm
betina2 pempuan2 kat luar sana tu. Diorg dhla celupar becok bahasa pun jahat mcm Rosnah Mat Aris,
Rosmah Mansur, Ifa Raziah semua tu. I'm different. Aku jenis pendiam jer tapi tula. Mungkin keinginan aku nak melawak kot sampai kadang2 ada bahasa yang menghiris paru-paru hati kawan2 aku. Tapi aku memang tabik r sapa2 yang memahami aku. Cik
Nasrynnadirah kita antara kekawan aku yang tahan dengan kejahatan mulut aku tahap neraka ni. Tabik
hormat spring r bro.. Hehe..
7. Pendendam - Huhu ini pun sifat2 buruk aku yang menakutkan jugak. Iya, aku seorang pendendam. Lagi-lagi orang tu pernah buat
cirit-birit taik kat aku. Sampai bila-bila pun aku akan ingat dan BERDENDAM. Aku memang jenis yang susah nak melupakan apa yang orang buat kat aku. Kalau boleh aku nak balas balik apa yang dia buat. Contohnya, ada kawan2 aku selalu buli aku time sekolah rendah dulu. Perit wei. Dulu badan aku kecik+rendah+lemah+
bantut+ketot. Memang selalu jer jadi mangsa buli. Sampai bapak aku marah kenapa tak melawan balik. Bukan aku taknak lawan. Diorang berkumpulan. Badan semua besar2 tinggi2. Aku pulak sebaliknya. But now, Tuhan tu memang adil. Even aku tak sebesar macam badan diorg sekarang (sebab aku sentiasa tampil slim...cewahh..hehe...) tapi aku jauh lagi tinggi dari diorg sekarang. Memang berbeza kot ketinggian aku dengan diorg. Padan muka korang! (Alhamdulilah juga). Walaupun aku tak berpeluang nak balas balik apa yang korang buat kat aku tapi aku akan tuntut kat akhirat sok. Macam-macam aku kena dulu. Kena pukul dengan cikgu la sebab cikgu ingat aku tak bawak buku padahal diorang sorokkan buku aku. Sampai akhirat aku berdendam dengan korangg...Tunggala...Huhu,.,,
8. Suka bertangguh kerja - Ini memang 'hobi' aku. Bab2 keje bertangguh bagila aku. Lagi-lagi kalau asigment tu lambat lagi nak anta. Tesis lagi la. Kalau nak buat tu mesti ada perkataan2 ni ---> kejap lagi la buat, malam nanti la, esokla, lama2 tak siap. Kadang parah juga dibuatnya..Hmm..
Setakat ini , itu sajalah kot. Mungkin
banyak ada lagi kot tapi saya senaraikan yang paling banyak saya buat antara sifat-sifat buruk saya. Hehe saya tak sempurna. Cuma yang buruk inilah kita cuba baikkan. Tapi kalau dah jadi tabiat susah jugak. Tapi apa yang pentingg..............
hah dah tahu dah(mata pandang atas,tangan kat bahu)...buat gurl2 yg nak kenal ng diri ea ni sila-sila lah yer...tp jaga2 mulut laser si diva ni...kalah makcik makcik tuh hahaha
ReplyDeletep/s:ea aku pun ad jugak sikit2 sikap buruk yg ko senaraikan nih, tapi ko lagi dahsyat r mmg xleh lwn huhu, peace!