Friday, November 18, 2011

Tudung Oh Tudung!

Kali ni enteri AM nak membincangkan pasal tudung. Kenapa tudung? Nape tak songkok ker? Serban ker? Haa... Macam ni, beberapa peristiwa yang membuatkan AM tergerak ati nak post pasal isu tundung ni.

1st - AM temankan kawan mualaf pegi Times Square sebab nak beli tudung. Adala dua tiga helai jugak tudung yang die beli tp die xtau nk beli yg sesuai dipakai sebab tak tau bergaya dengan tudung.
2nd - Masa berjoging dengan sorang kawan AM kat tasik Shah Alam, AM dan kawan AM 'mengumpat' dua orang budak pempuan ni yang memakai tudung tak mengikut syariat Islam seolah2 seperti bonggol unta
3rd - Aktres Rozita Che Wan yang kita tau free hair baru sahaja buka butik tudung.
4th - Sorang kawan post kat FB yang meminta pendapat nak pakai tudung jenis yang mcm mn. Labuh atau biasa2 saja.
5th - Ada kawan kepada roomate AM masa belajar kat UKM dulu cakap yang dia tak boleh nampak pempuan pakai tudung. Die agak bias (pdg serong) kat pempuan bertudung. Die Melayu.

So, apa isunya??? Sebenarnya takde isu pun cuma AM nak memberi gambaran bahawa sometime TUDUNG juga boleh bawa isu baik positif mahupun negatif. Bila kita baca peristiwa2 di atas msti kita ada persepsi kita sendiri..Jadi terserahlah kepada korang nak menilainya...Hehe...



AM : Nsb baik laki tak diwajibkan memakai songkok atau kopiah. Kalau tak mesti AM free hair..haha...=P

Wednesday, November 16, 2011

KENAPA AKU SUKA HITAM?

Aiyo?? Isu apa yang AM nak buat ni?? Merepek meraban betul! Dah takde isu sangat ker?? EEYY suka hati hakula nak buat isu apa! Blog aku, ko hade?? Haha memain jer. Sebenarnya AM tergerak ati nak wat isu ni sebab banyak pren2 AM , sepupu sepepet sepapat tak kurang juga segala ayam itik kucing lembu yang ada kat kampung tu tanya kat AM. Mari kita tengok beberapa petikan yang seringkala menjadi kegudah gulana sesetengah pihak pasal hubungan AM dengan HITAM ni.


 "Apasal ek bila aku tengok ko pakai baju warna itam. Asal ko jer itam, asal itam jer ko" - Kawan kelas yang selalu ajak tengok wayang.


 "Acik tengok kamu ni gemor benor warne itam? Dah xde warne lain ker? Orang2 tue jer pakei warne itam" - Bini bapak sedara belah mak AM time nak belanja beli baju.


"Dah takde warne lain ker??? Menyampah aku tengok, Asyik itam jer!" - Adik aku yang umur 17 tahun yang selalu curi baju aku.


"Miawww! miaww! miaww! Miawww miaww miaww miawww miaw. Miawww2 miaww miawww miaww miaww miawww miaw. Miaww miaww miawww miaw miaww miaww miawww miaw  miaww!! : Hitam! Hitam! Hitam! Cer pakei warne lain sikit. Malam2 susah dowh aku nk tengok ko. Kot ko pijak ekor aku yang cantek nnt, hilang kecantikkan aku!!" - Bini kucing aku yang bapak aku selalu panggil nama  'Ali'.
Amaran: Ini adalah terjemahan sendiri. Tidak menggunakan Google Translet ok!


Itulah saja yang AM mampu tulis. Kalau nak diikutkan mmg xmuat blog ni sbb banyak sangat yang mengutuk dan memaki AM yang suke pakai warna HITAM.

Sebenarnya AM suke sangat pakai warna itam ni bukan apa. Masing2 ada cita rasa yang tersendiri. Memang warna HITAM dan gelap2 ni kegemaran AM. Antara sebab AM suke warna HITAM ialah:


  • HITAM itu menawan - Haaa msti korang pernah dengar kan kata2 ni. HITAM tu bagi AM mengambarkan sesuatu yang ranggi dan bergaya. Sebab tu AM setuju sangat2 dengan statment ni.
  • HITAM tak mudah kotor - Haha ini juga salah satu sebab utama kenapa AM suke pakai warna itam. Selain tak mudah kotor, pakaian warna itam juga mudah dijaga. Berbanding dengan baju putih, sedikit kotoran even setitik kuah kari atau dakwat pun boleh nampak tapi kalau itam segala celaan memang susah nak nampak lagi2 org mcm AM yang tak reti jaga baju. Dah dua tiga baju helai bju warna putih dah rosak sebab terkena kotoran. Baju itam ni senang je nak jaga. Kdg2 pakai dua tiga kali tak basuh2 pun orang tak perasan..hehe...
  • HITAM itu mengambarkan peribadi seseorang - Ni ada sedikit fakta pasal warna itam yang AM dapat drpd Blog 1001 rahsia diri

"Kamu sangat lincah dalam hal-hal tertentu saja. Jika kamu berada di lingkungan yang tidak disukai, maka kamu akan menjadi murung. Kamu selalu tampil menarik dan rapi. Ramai orang cuba mengejar dan merebut cinta kamu"

 Haha tat's y i'm so in love with black colour!


AM : Ada jer warna lain dalam koleksi pakaian AM tapi majoritinya adalah hitam. Selain itam, Am suke warne kuning dan perang.. huhu

Monday, November 14, 2011

Habis Holiday!

Huhu dah lama giler ek, EA tak bukak blog ni. Bukan pe, pergi bercuti ke Eropah katanyerrr...Hehe..Tiba2 nak aktif balik blog ni. Ok. Sebenarnya nak cari isu2 yang segar lagi malar dalam blog memang susah. Oleh itu, kalau blog ni mcm tak menarik atau membuatkan korang mcm nak muntah mengandung, maafkanlah saya ek. Hehe... Sbnrnya EA mmg kesangapan ketandusan idea nak buat isu2 dalam blog walaupun banyak isu yang boleh diketengahkan. Isu agama, politik, seks, sukan, hiburan macam2la tapi ada saje kekangan yang berlaku. Pening nak cari tajuk yang betul2 buat orang gila tak muntah nak baca. Huh! Kalau nak tau cabaran dan liku2 EA nak cari isu2 atau tajuk2 yang menarik dalam blog, korang tgkla rupa2 kat bawah ni --- >


mula-mula fikir dengan rupa yang macho..hehe...


kemudian mula menjadi tak keruann...isk2....


punyalah susah nak cari isu sampai satu tahap sedang memikirkan masalah negara..aiyoo...

last2 jadi mcm ni lagi bagus
.
.
.
.
.

zzzz.....


p/s: moral of the stori - makan ubat tahan tido sebelum berblogging...hehe....
p/s II: selepas ini EA akan menggunakan nama panggilan AM (Arel Mustafa) atas sebab2 tertentu..hehe.. =P

Wednesday, April 20, 2011

LAUNGAN AZAN: PERLU KER WAJIBKAN SUARA MERDU???



Setiap hari pasti kite dengar azan berkumandang 5 kali sehari tak kira dimana sahaja kite berade. Timur, Barat, Selatan Utara pasti azan akan berkumandang pada setiap minit dan setiap saat. Macam aku sendiri, kat kolej aku memang akan ada org azan. Tapi satu persoalan aku, perlu tak kite mewajibkan setiap bilal atau muazan mesti mempunyai suara yang sedap barulah mereka boleh azan? Kalau tanya aku, aku akan jawab perlu sgt2!! Sebabnya banyak. Pada pendapat aku memang banyak sebab mengapa seseorang yang hendak melaungkan azan mesti mempunyai suara yang merdu, lunak, sedap dan syahdu untuk didengar...

Pertama, sebab laungan azan selayaknya perlu dilaungkan dengan suara yang merdu. zaman nabi sendiri, Bilal bin Rabah dikatakan mempunyai suara yang merdu. Jadi sapa-sapa yang rasa suara dia tak merdu, dahukukanlah orang yang bersuara merdu. Bukan apa, takdela sakit telinga mendengarnya. Tapi kalau takde langsung, janganlah tunggu ada org yg suara sedap bru nak azan. Sampai kiamat pun tak azan2..huhu...

Kedua, untuk memberi persepsi baik terhadap Islam. Banyak cite yg kite dengar bahawa ada org yang bukan Islam tak suke dengar azan terutama pada waktu pagi sehingga mungkin ada yang mengelarkan sebagai 'bunyi anjing'. Salah satu sebabnya, laungan azan orang yang azan tu tak sedap! Kita sebagai orang Islam seharusnya tak membabi buta marah diorg sebab diorang memang tak tahu apa2. Kite kena tengok diri kita balik. Macam laungan azan tu, aku tak terkejut kalau ada orang Islam sendiri yang cakap bahawa suara org yang azan tu mcm suara anjing. Pengalaman aku sendiri memang banyak kali aku dengar tapi xdla aku kutuk terang2. Cuma pendam dalam hati. Aku tak kutuk@memandang hina azan tapi aku kutuk orang yang suara tak sedap tu laungan azan. Sebab diorangla orang bukan Islam takut dan tak suka kepada Islam. Salah satu puncanya adalah azan. Alangkah indahnya dengan suara yang merdu azan dilaungakan dengan suara yang syahdu. Sebab tu kadang2 ada org bukan Islam yang tertarik dengan Islam sebab dengar azan yang syahdu tu...

Ketiga, nak menarik minat org datang sembahyang di masjid atau surau. Memangla diakui bahawa laungan azan yang sedap bukan menjamin orang ramai akan datang berjemaah di masjid atau surau tapi mungkin juga boleh berlaku. Pengalaman aku sendiri, ada kawan aku ni memang suara dia waktu azan, perghhh....mantappp.. Orang yang tak pernah2 datang surau pun boleh datang sebab nak tengok sapa yang azan. Surau yang buruk tu boleh jadi berseri2. Sebab tu aku cakap bahawa pentingnya suara yang sedap waktu azan. Macam2 kesan baik yang wujud berbanding suara yang tak sedap. Suara yang tak sedap, masjid yang tersergam indah pun tak menarik minat org nak datang kalau suara bilalnya macam.............


EA: Doa2la aku dapat hidayah nak jadi bilal kat masjid...Hehe....

Tuesday, April 19, 2011

KEMBALI!! HARI TERAKHIR EXAM DAN TESIS!

Huhu dah lama tak update blog. Yela. mahu memberi tumpuan kat exam di samping masalah internet yang makin menjadi-jadi!!! Huh!!! Tapi takpela! Marah2 pun tapi kalau stil intenet lembab tak boleh buat apa jgk (mengomel sorang2)..potpet..potpet....

Akhirnya aku habis juga menjawab soalan exam aku yang terakhir di UKM. Bahasa Asing. Bolehlah tahan susahnya. Bukan apa, tak berapa ingat nota yang dibaca. Hehe...

Jadi kali ni bolehlah aku menumpukan tesis aku yang tak siap2 tu. Orang lain dah boleh habis dengan aman sebab dah hantar  tesis awal, aku masih merangkak-rangkak nak siapkan tesis. So, aku akan buat PECUTAN TERAKHIR untuk habiskan tesis ni!! Yeahhh!!!!




EA: Jeles tengok Cik Zigaki yang dah hantar tesis. Juga cik2 yang lain yang dah siap tesis...isk2...