Wednesday, April 20, 2011

LAUNGAN AZAN: PERLU KER WAJIBKAN SUARA MERDU???



Setiap hari pasti kite dengar azan berkumandang 5 kali sehari tak kira dimana sahaja kite berade. Timur, Barat, Selatan Utara pasti azan akan berkumandang pada setiap minit dan setiap saat. Macam aku sendiri, kat kolej aku memang akan ada org azan. Tapi satu persoalan aku, perlu tak kite mewajibkan setiap bilal atau muazan mesti mempunyai suara yang sedap barulah mereka boleh azan? Kalau tanya aku, aku akan jawab perlu sgt2!! Sebabnya banyak. Pada pendapat aku memang banyak sebab mengapa seseorang yang hendak melaungkan azan mesti mempunyai suara yang merdu, lunak, sedap dan syahdu untuk didengar...

Pertama, sebab laungan azan selayaknya perlu dilaungkan dengan suara yang merdu. zaman nabi sendiri, Bilal bin Rabah dikatakan mempunyai suara yang merdu. Jadi sapa-sapa yang rasa suara dia tak merdu, dahukukanlah orang yang bersuara merdu. Bukan apa, takdela sakit telinga mendengarnya. Tapi kalau takde langsung, janganlah tunggu ada org yg suara sedap bru nak azan. Sampai kiamat pun tak azan2..huhu...

Kedua, untuk memberi persepsi baik terhadap Islam. Banyak cite yg kite dengar bahawa ada org yang bukan Islam tak suke dengar azan terutama pada waktu pagi sehingga mungkin ada yang mengelarkan sebagai 'bunyi anjing'. Salah satu sebabnya, laungan azan orang yang azan tu tak sedap! Kita sebagai orang Islam seharusnya tak membabi buta marah diorg sebab diorang memang tak tahu apa2. Kite kena tengok diri kita balik. Macam laungan azan tu, aku tak terkejut kalau ada orang Islam sendiri yang cakap bahawa suara org yang azan tu mcm suara anjing. Pengalaman aku sendiri memang banyak kali aku dengar tapi xdla aku kutuk terang2. Cuma pendam dalam hati. Aku tak kutuk@memandang hina azan tapi aku kutuk orang yang suara tak sedap tu laungan azan. Sebab diorangla orang bukan Islam takut dan tak suka kepada Islam. Salah satu puncanya adalah azan. Alangkah indahnya dengan suara yang merdu azan dilaungakan dengan suara yang syahdu. Sebab tu kadang2 ada org bukan Islam yang tertarik dengan Islam sebab dengar azan yang syahdu tu...

Ketiga, nak menarik minat org datang sembahyang di masjid atau surau. Memangla diakui bahawa laungan azan yang sedap bukan menjamin orang ramai akan datang berjemaah di masjid atau surau tapi mungkin juga boleh berlaku. Pengalaman aku sendiri, ada kawan aku ni memang suara dia waktu azan, perghhh....mantappp.. Orang yang tak pernah2 datang surau pun boleh datang sebab nak tengok sapa yang azan. Surau yang buruk tu boleh jadi berseri2. Sebab tu aku cakap bahawa pentingnya suara yang sedap waktu azan. Macam2 kesan baik yang wujud berbanding suara yang tak sedap. Suara yang tak sedap, masjid yang tersergam indah pun tak menarik minat org nak datang kalau suara bilalnya macam.............


EA: Doa2la aku dapat hidayah nak jadi bilal kat masjid...Hehe....

5 comments:

  1. org yg suara dia xsedapt mmg la xbest bile kite dengar die azan..tp..skrg ni susah la plak nk cari yg sore sedap azan..yg sedap2 sibuk masuk audition menyanyi..huhu..

    amin..b4 abes sem ni try la azan skali kat surau tu...hehe..cabaran nie..

    ReplyDelete
  2. hahaha.
    my fren fall in luv wif suara bilal mse kat mtrik dlu... after that she started looking for him. wakakaka

    ReplyDelete
  3. xperlu tp kalau sedap lg bagus. dulu zaman bilal b rabbah, ada seorg ni suka banggakan suara dia yg merdu, malaikat turun ckp azam tak kedengaran smpi ke langit

    Rizal _ igossiprizal.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Perlu. I just heard Azan from a nearby mosque,the guy was practically killing the cats outside with his voice. TAK SEDAP LANGSUNG, ANNOYING. The voice. No disrespect to Azan itself.

    ReplyDelete
  5. Yang acah suara sedap xyh sembang suara org x merdu la itu la ini la ,dimana kamu dikala masuknya waktu solat ? Sibuk dengan urusan dunia ?

    ReplyDelete