Wednesday, November 16, 2011

KENAPA AKU SUKA HITAM?

Aiyo?? Isu apa yang AM nak buat ni?? Merepek meraban betul! Dah takde isu sangat ker?? EEYY suka hati hakula nak buat isu apa! Blog aku, ko hade?? Haha memain jer. Sebenarnya AM tergerak ati nak wat isu ni sebab banyak pren2 AM , sepupu sepepet sepapat tak kurang juga segala ayam itik kucing lembu yang ada kat kampung tu tanya kat AM. Mari kita tengok beberapa petikan yang seringkala menjadi kegudah gulana sesetengah pihak pasal hubungan AM dengan HITAM ni.


 "Apasal ek bila aku tengok ko pakai baju warna itam. Asal ko jer itam, asal itam jer ko" - Kawan kelas yang selalu ajak tengok wayang.


 "Acik tengok kamu ni gemor benor warne itam? Dah xde warne lain ker? Orang2 tue jer pakei warne itam" - Bini bapak sedara belah mak AM time nak belanja beli baju.


"Dah takde warne lain ker??? Menyampah aku tengok, Asyik itam jer!" - Adik aku yang umur 17 tahun yang selalu curi baju aku.


"Miawww! miaww! miaww! Miawww miaww miaww miawww miaw. Miawww2 miaww miawww miaww miaww miawww miaw. Miaww miaww miawww miaw miaww miaww miawww miaw  miaww!! : Hitam! Hitam! Hitam! Cer pakei warne lain sikit. Malam2 susah dowh aku nk tengok ko. Kot ko pijak ekor aku yang cantek nnt, hilang kecantikkan aku!!" - Bini kucing aku yang bapak aku selalu panggil nama  'Ali'.
Amaran: Ini adalah terjemahan sendiri. Tidak menggunakan Google Translet ok!


Itulah saja yang AM mampu tulis. Kalau nak diikutkan mmg xmuat blog ni sbb banyak sangat yang mengutuk dan memaki AM yang suke pakai warna HITAM.

Sebenarnya AM suke sangat pakai warna itam ni bukan apa. Masing2 ada cita rasa yang tersendiri. Memang warna HITAM dan gelap2 ni kegemaran AM. Antara sebab AM suke warna HITAM ialah:


  • HITAM itu menawan - Haaa msti korang pernah dengar kan kata2 ni. HITAM tu bagi AM mengambarkan sesuatu yang ranggi dan bergaya. Sebab tu AM setuju sangat2 dengan statment ni.
  • HITAM tak mudah kotor - Haha ini juga salah satu sebab utama kenapa AM suke pakai warna itam. Selain tak mudah kotor, pakaian warna itam juga mudah dijaga. Berbanding dengan baju putih, sedikit kotoran even setitik kuah kari atau dakwat pun boleh nampak tapi kalau itam segala celaan memang susah nak nampak lagi2 org mcm AM yang tak reti jaga baju. Dah dua tiga baju helai bju warna putih dah rosak sebab terkena kotoran. Baju itam ni senang je nak jaga. Kdg2 pakai dua tiga kali tak basuh2 pun orang tak perasan..hehe...
  • HITAM itu mengambarkan peribadi seseorang - Ni ada sedikit fakta pasal warna itam yang AM dapat drpd Blog 1001 rahsia diri

"Kamu sangat lincah dalam hal-hal tertentu saja. Jika kamu berada di lingkungan yang tidak disukai, maka kamu akan menjadi murung. Kamu selalu tampil menarik dan rapi. Ramai orang cuba mengejar dan merebut cinta kamu"

 Haha tat's y i'm so in love with black colour!


AM : Ada jer warna lain dalam koleksi pakaian AM tapi majoritinya adalah hitam. Selain itam, Am suke warne kuning dan perang.. huhu

No comments:

Post a Comment