Friday, March 25, 2011

Salahkah Cikgu Garang Demi Kejayaan Anak-Anak Muridnya???

Penat aku mencari duk belek2 intenet ni nak cari isu untuk ditulis dalam blog ni. Dah tak tahu isu apa yang nak ditulis. Last-last aku saje2 buka FB cikgu aku. Cikgu aku ni postla pasal isu-isu semasa mengenai fitnah dan mengaibkan orang lagi-lagi isu yang berkaitan video seks yang memang menjadi isu sekarang. Aku pun bacala komen di bawah tu. Tiba-tiba ada seorang mayat mamat (kawan cikgu aku tu kot )  komen dengan tiba-tiba (tak ada kene mengena pun dengan isu yang cikgu aku post tu) die komen bahawa "huh....cikgu lah yang paling kuat mengaibkan anak2 murid....mcm2 hukuman yang memalukan budak2 sekolah". Selain itu mamut tu pun terus komen dengan komen2 yang langsung bersifat kebudak-budakan dengan memepertikaikan hukuman ketuk ketampi, kena berdiri atas meja dan pasang penyepit baju atas telinga. Bila aku baca komen momot mamat tu jugak ada sedikit geram+sakit hati. Even aku bukan cikgu (cita-cita aku dulu) tapi aku jugak terasa dengan statment memet mamat tu yang menuduh cikgula yang paling kuat mengaibkan anak2 murid! WTH! Aku tak tau sejarah die dulu mcm mn. Myb sebab dia pernah kena denda atau something like that menyebabkan dia sangat sakit ati.

Come on la. Aku rasa bukan dia sorang pun kena macam tu. Aku yakin mesti kebanyakkan orang pernah kena denda jugak. Even aku sendiri pernah kena teruk-teruk dengan cikgu dari sekolah rendah sampai la sekolah menengah. Kena berdiri atas kerusi, kena penampar dengan cikgu dan macam2la aku pernah merasa. Yela dulu aku nakal giler. Pemalas buat kerja sekolah. Tapi aku tak rasa itu mengaibkan aku. Yela aku mengakui bila kena denda tu memangla malu giler. Sapa tak malu wei kena denda depan kawan2 kelas. Lagi2 bila kita dlm kelas yang pandai2. Memangla ada orang gelak, sindir semua tu. Tapi takdela orang2 tu gelak+sindir sampai sekarang. Seteruk2 aku dalam kelas dulu pun at least aku masuk jugak U. Aku teringat lagi waktu aku form 3. Aku dalam kelas kedua terpandaila dalam form 3 tu. Ada sorang cikgu matematik ni namanya Cik Sabariah. Aku pun tak paham apa masalah dia kat aku. Ada jer yang dia tak puas ati kat aku. Dia pernah rotan aku sebab tak siap kerja sekolah. Bukan aku jer, kawan2 aku yang lain pun kena jugak. Malu giler. Dahla kebanyakkan kawan dalam kelas aku tu pandai2. Kiranya aku yang paling terukla dalam kelas tu. Bila masuk form 4, cikgu tu ajar aku lagi. Kali ni ajar Kimia pulak. Aduhh aku pun tak tau nasib malang apa aku asyik2 die jer ajar sampaila aku form 5. Cikgu ni memang diakui antara cikgu yang bebudak sekolah ramai tak suka. Memang kena rotan, hempuk buku kat aku dan macam2la die buat. Last2 aku jadi berjaya juga. Dulu2 memang la sakit ati giler sampai plan nak pancitkan moto diala, nak anta surat layang kat dia la tapi last2 aku tak ambik pusing pun. Aku anggap tu memang perangai die macam tu.

Berbalik cite tadi. Apa yang aku nak sampaikan ialah mesti ada sebab cikgu bagi denda kat anak-anak murid die. Aku pernah terdengar cerita seorang tua (bekas guru agaknya) masa aku nak balik KL tahun ini juga bulan Feb. Dia sembang dengan sorang lagi pemuda ni. Dia cakap murid dia yang paling lembab dalam pelajaran, paling nakal, paling jahat dan paling banyak kena rotan tula yang datang kat dia balik dan ucap terima kasih kat dia daripada murid2 yang pandai dan yang paling tak banyak kena rotan. Murid dia tu dah berkerjaya sekarang. Jadi kat situ kita dah nampak, bahawa cikgu nak 'mengaibkan' kita waktu tu agar kita tak 'diaibkan' kmudia hari. Salah ker cikgu garang, rotan anak-anak muridnya dan bagi denda semata-mata nak tengok anak-anak murid berjaya??

Tapi bagi aku, cikgu sekarang dengan cikgu dulu, cikgu dulu lagi garang. Silap hari bule, senapang gajah pun ada kat tangan cikgu tapi mak bapak anak2 murid dulu tak kisah sebab diorang tahu semua tu demi kejayaan anak-anak diorang jugak. Berbeza dengan sekarang. Jentik tangan sikit dah masuk paper. Pelik dengan mentaliti masyarakat kita ni. Kalau korang tak nak anak-anak korang kena denda+ketuk ketampi semua tu baik anta jer pergi belajar kat hutan. Tak de sapa nak marah. Senang. So, kepada kita-kita ni yang bakal jadi mak bapak, jangan jadi macam memut mamat tu. Kalau aku jadi bapak senang jer. Aku suh jer cikgu tu ajar anak aku cukup2. Jangan kata rotan, buluh, nipah semua tu kalau boleh guna untuk rotan anak aku, rotan la janji anak aku berjaya. Hehe...





Ni la muka memey mamat tu (nama dirahsiakan). Rasa macam nak penampar pun ada kan? Haha...


EA : Tak lupa jasa-jasa guru yang banyak mengajar dulu..Juga lecturer2 aku...

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. teringat zaman sekolah dulu...ada je yg xkena,tp best sbb kena denda ramai2...bising pun kna pdhal org len yg wat satu klas kena...hehe

    ReplyDelete