Friday, March 25, 2011

Bicara hantu di UKM

Haha mesti ramai yang tertarik dengan tajuk di atas kan? Lagi-lagi  Cik Kelip-kelip dan Cik Nasrynnadirah. Mesti pembaca kat luar jugak nak tahu kan?? Kalau yang tak nak tahu tu xpela. Tak kisah pun..Huhu..Oraite bila bercakap tentang hantu mesti dalam benak hati kita timbul perasaan takut. Yela sapa tak takut kalau jumpa hantu lagi2 hantu tu berada dekat dengan sekeliling kita. Kalau korang nak tahu cerita tentang hantu di UKM ni bukan lagi asing sebenarnya. Bandar Baru Bangi sendiri dikatakan bandar makhluk halus. Kalau tak percaya tengokla keratan Harian Metro kat bawah ni ---->


sumber: Harian Metro (tarikh tak dapat dipastikan. cer korang google...hehe)


Jadi tak heranla kalau UKM pun kena tempiasnya juga. Berdasarkan pengalaman aku daripada cakap-cakap orang, dulu masa UKM nak buka (tak tahula dah buka atau tak), UKM panggil Haron Din untuk 'buang' hantu-hantu yang wujud kat UKM ni. Hantu2 itu sebenarnya ialah orang bunian yang memang menetap kat hutan2 di UKM ni. Tapi sekarang bukan bunia jer, macam2 hantu ada. Jin, pontianak dll. Seorang lectrer aku yang mengatakan bahawa masa Haron Din nak buang bunian2 tu, dia panggil dua tiga buah bas. Orang yang membawa bas yang diisi oleh hantu-hantu bunian tu sampai demam sebab bawak bas untuk menghantar makhluk-makhluk tersebut ke sungai atau laut tu aku tak pasti. Nak dijadikan cerita, dengan pelbagai wajah yang amat mengerikan, hantu-hantu menegur pemandu bas tu tanya nak bawa pergi kemana. Apalagi memang kecut perutla pemandu bas tu. Kalau kita sendiri tengok bas tu mungkin nampak kosong tapi di dalamnya penuh dengan hantu-hantu bunian tu. Dengar cerita juga Haron Din telah memagar beberapa kawasan agar tidak di masuki oleh hantu-hantu terbabit (dengar cerita lokasinya di Kolej Pendeta Zaba atau lagi tepat Blok Cdan sekitarnya). Tak tahula kesahihan cerita ni tapi tula yang aku dengar daripada cakap2 orang.

Lagi satu sejak kejadian pelajar mati jatuh bangunan di Kolej Pendeta Zaba pada dua tahun lepas, banyak cerita2 yang menakutkan berlaku lagi-lagi di Blok C Kolej Pendeta Zaba. Salah seorang kosmate (seorang India) kepada kawan baik aku sendiri pernah ternampak lembaga perempuan berpakaian serba putih, muka pucat di bilik ampaian baju sebab biliknya bertentengan dengan bilik ampaian baju tu. Kawan India tu cakap, perempuan tu sedang merenung jer kearah satu tempat tapi bila India tu tengok takdela pulak dia pandang seolah2 dia tak perasan. Terus India tu tutup tingkap (nsb baik tak demam).  Kejadian2 histeria yang berlaku menyebabkan suasana menjadi tidak tenteram lagi tetapi disenyapkan oleh pihak atasan agar tidak berlaku kebimbangan dalam kalangan pelajar. Suatu malam, seorang bomoh telah dipanggil untuk 'mengubat' blok C tersebut. Aku dapat tahu yang 'pagar' yang telah dibina oleh Haron Din semakin runtuh dan lemah. Sebab itulah banyak kejadian misteri berlaku. Lagi satu, menurut kawan aku yang tinggal di blok C tersebut, semasa bomoh tu meletakkan garam+lada hitam or watevala, hantu-hantu tersebut marah sebab berasa sakit bila terkena benda tu. Sebab tu hantu2 tu kacau budak2 Zaba. Hmm tapi aku tak tahu apa kesudahanya. Yang aku tahu adalah keadaan kembali terkawal setelah pelbagai usaha seperti panggil bomoh dan majlis bacaan yassin diadakan walaupun mula2 susah. Yela susah kot nak 'berdialog' dengan hantu tu suruh pergi jauh2..

Selain itu, bukan sahaja warga UKM sahaja yang berasa takut dengan hantu-hantu ni. Orang luar terutama pemandu teksi juga takut nak masuk dalam UKM lagi-lagi waktu pagi. Pernah dahulu aku temankan kawan aku ambik adiknya di Hentian Kajang sebab adik kwn aku ni baru sampai dari Kelantan. Perempuan. Adik kawan aku ni sampai dalam pukul 4 pagi. Kawan aku ni tepon la pemandu teksi ni suruh ambik aku dan kawan aku ni kat UKM untuk pergi ke Hentian Kajang tu sebab kami tak nak pemandu teksi ni bawak adik kawan aku ni masuk UKM tengah2 pagi. Bukan apa, nnt kena tahan pulak dengan pakcik guard lagi kantoi. Pemandu teksi tu berkeras nak bawak adik kawan aku ni masuk UKM. Tapi kami tetap berkeras tak benarkan pemandu teksi tu bawak adik kwn aku ni masuk UKM. Yela takut kena tahan pak cuk guard. Last2 pemandu tu bawakla kawan dia ambik kami kat kolej. Dia cakap dia nak berteman sebab nak pastikan kami betul2 ada dan bukannya panggilan palsu semata2. Kemudian dalam perjalanan dia ceritala yang banyak pemandu teksi terima panggilan dari kolej Zaba tetapi bila sampai takde orang. Nak kata budak2 UKM buat panggilan palsu agak tak lojikla. Yela pukul 3, 4 pagi nak buat panggilan palsu pulak. Baik tido. Dia cerita lagi yang blok C tu memang blok paling bahaya. Aku tanya apa yang bahaya nya tapi dia tak nak cerita. Myb dia tak nak kami takut kot. Lagi satu dia cite lagi pemandu teksi pernah terserempak dengan pocongla (berguling2 atas jalan nak naik Zaba tu), jumpa keluarga bunian kat bus stop (menuju FUU kat FTSM) dan macam2 lagi. Memang banyak cerita2 hantu ni kalau nak diceritakan lagi. Bukan pe tak larat tangan naik menaip denn. Huhu..

Lagi satu bukan kat kolej aku jer, kat kolej lain pun banyak jugak. Kolej Keris Mas, Kajai, Amin, kat fakulti kat DECTAR banyak cerita-cerita hantu yang aku dengar. Boleh kata satu UKM nila ada cerita hantu masing-masing. Kawan aku sendiri kat Kolej Rahim Kajai pernah kena tindih dengan jin warna hitam. Budak-budak kat Keris Mas selalu juga aku dengar kena kacau (dah byk kali aku dengar. Kwn aku siap nak kena langgar lagi masa nak masuk Keris Mas). Kat Fakulti Undang-Undang (FUU), pemandu bas jenuh terserempak dengan hantu-hantu perempuan yang kacau (olok2 kena langgar) sampai ada yang tak nak bawak bas pergi FUU tu. FSSK pulak lectrer2 memang tak bagi duk lama2+sorang2. Pernah dulu dengar cerita komputer terbuka sendiri kat makmal komputer. Tapi lectrer yang mmg sudah lama mengajar kat FSSK tahula ceritanya. Yela diorang kerja sampai lewat malam. Mestila benda2 tu kacau. Kat DECTAR (Dewan Tun Abdul Razak) pulak yang aku dengar, ada orang yang main alat muzik sendiri la (terutama piano) dan macam2 bunyi kat atas tu. Guard2 kat situ memang tak bagi budak2 masuk kalau dah tengah2 malam wlpn ada aktiviti dalam tu. Aku pun rasa semacam jer bila masuk DECTAR tu. Sebenarnya banyak lagi kisah hantu-hantu di UKM ni cuma cerita itu diceritakan atau ditutupkan.



Mungkin keadaannya macam ini kot di DECTAR. Tangga pun lebih kurang sama kan?


EA: Kat mana-mana pun ada hantu sebenarnya. Even dalam masjid pun, kat Makkah or kat mana-mana hantu mesti ada. Cuma kita kena berhati-hati sebab hantu ni adalah permainan dan sihir SYAITAN LAKNATULLAH. Aku mengakui memang aku takut tapi alhamdulilah setakat ni aku tak pernah lagi jumpa+nampak hantu depan2 sebab... Ada sebabnya yang aku tak perlu ceritakan krn berkaitan sejarah keluarga aku jugak. Cuma bayangan jer yang selalu kacau aku. Jadi jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri..Hehe..

24 comments:

  1. owh mennnn!gerun aku baca entry ko kali nih taw...huhu blok C??owh men!biar betul huhu,mintak simpang la..Ya Allah lindungilah hambaMu dari sebarang niat jahat,gangguan,perbuatan sihir dari makhluk ciptaanMu Ya Allah..
    ea akhirnya ko bongkar jugak rahsia nih..huhu seram weh!

    ReplyDelete
  2. adeh, nape la ak bace.. da la ak duk sorg2.. >.<"

    ReplyDelete
  3. Aku tak percaya hantu tp ntah...takot...

    ReplyDelete
  4. sengetla ko sharel...siap tag2 lg..semalamn xleh tdo sebb dh 'tertengok' pic post ko ni.,nk post citer seram xyahla letak pic..hukhuk..dh la rumate aku xde..kne topup tdo ni..

    ReplyDelete
  5. senget la ko cik kelip...

    ReplyDelete
  6. cik KAMII - haha i. Allah xd apa2 akan berlaku.. Buat tak tahu jer...hehe...

    Mr NJ - oo yeker? blok laki xd apa2 kot. tapi blok H2 tingkat 4 ada cite/sejarah die. nak aku cite x? huhu..

    Mr Rizal - hantu mmg ada. dalam quran sendiri pun ckp ada. zaman nabi pun ada jugak. percaya tu blh tp jgn taksud sgt..

    cik Kelip - oo.yeker?? sory2...hehe.. (mmg nk menakutkn pun)

    ReplyDelete
  7. waaauu risau dengar..
    dah la pas raya ni nak sambung master at ukm :(

    ReplyDelete
  8. Aku penah nmpk org pkai jubah itam kt parking dpn blok mane x ingt. Dhla sorg2 mlm2 nek moto expai je rase mcm nk pulas throttle 2 kali. Seremmm..

    ReplyDelete
  9. Kisah bawak bas untuk angkut hantu tu, Ust Haron Din cakap tak benar..baca kt laman web darulsyifa.

    http://www.darussyifa.org/modules.php?name=News&file=article&sid=9

    ReplyDelete
  10. erm..sy penduudk blok c kolej zaaba..alhmdulillah masih aman..smga dijauhi perkara tidak baek..amin..

    ReplyDelete
  11. sy bekas staff di pusat kebudayaan.alhdulillah setakat ini tiada apa2 gangguan melampau di dectar semenjak bekerja dari tahun 2008-2012.banyak cerita2 seram yg diceritakan pengawal...tapi tidak alaminya sendiri.janji jangan buat2 berani nk cabar bnda tu keluar sudah ler...

    ReplyDelete
  12. Spjg sy duk Kolej Pendeta Za'ba tu xdela pulak benda pelik2, tapi kalau student yg berperangai pelik ramai laaa huhu. Apapun, tawakal je pd Allah. Kena la kuat semangat. Jgn terpengaruh dgn ckp2 org, sana ada hantu la, situ ada hantu la, mana2 tempat pun berhantu je sbnrnya, tinggal nasib kita la nak kena kacau ke tak hehe. Apa yg penting, iman mst kuat, amalkan baca ayat2 pendinding supaya hantu tu x ganggu. Dah tu je nak komen.. =D

    ReplyDelete
  13. aku dok blok C kt zaba dri tahun 2007 smpai 2011, tahun 1-4... dok kajai 2011 masa masuk sem 8. kat zaba dok blok C1 plak tu, blok siti farihan tu jatuh. kat kajai dok flatlet tp banyak lepak kt blok sebab member berpusat kt blok. tak de mende la. lepas kes budak terjun bangunan tu, bukak sem baru memang ade org dari darul syifa dtg utk pagar bangunan blok C1 tu.. aku dok ground floor, bilik single kt hujung ngadap FTSM. xde la jadi ape2 benda weird.

    Masa first year, kol 2-3 pagi meronda kt area foyer dengan blok.. sibuk ngan aktiviti kolej. Kalau niat x baik atau jaga diri memangla benda dtg kacau.

    ReplyDelete
  14. admin: sebenarnya saya sudah lama tak aktif blog ni. apa yang ditulis di atas berdasarkan dua sumber iaitu 1) cerita yang diceritakan sendiri oleh pensyarah yg saya kurang pasti mana sumber yang mereka ambil (pengalaman sendiri atau lain-lain sumber). 2) pengalaman sebenar rakan saya/coursemate sy sendiri yang mereka ceritakan kembali kpd saya sehingga saya terpaksa membantu dlm pelbagai cara. maaf kalau mengenai haron din itu berunsur fitnah@rekaan namun buat pengetahuan ramai anak didik ustaz haron din ada di Bangi (DarusSyifa) yang banyak membantu pelajar ukm berkaitan alam ghaib ini. jadi mungkin secara tak langsung nama Dr. Haron Din dikaitkan walaupun bukan beliau yang sendiri mengubat dan beliau sendiri tidak tahu mengenai hal ini.

    satu lagi tujuan saya menulis entri ini hanyalah sekadar mengisi masa lapang saya di samping berkongsi pengalaman yang saya ada. jadi jika ada yang ambil serius teruskan dan jika ada yang tidak percaya atau menganggap tulisan ini karut saya tidak menghalang kerana tujuan saya bukan untuk menakut-nakutkan akan tetapi sebagai mengisi masa lapang di kala stress semasa belajar. hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kes bwk antu naik bas rmai2 tu dn dubati oleh tg haron din cm cite dr pembukaan klia je

      Delete
  15. aku belajar 4 tahun di sana. tak jumpa hantu pun. Hantu manusia lelaki betina ada la buat maksiat

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniah dan bersyukurlah Allah tidak membuka hijab anda untuk melihat makhluk2 ghaib ni. =)

      Delete
  16. Seram sangat ke ukm ni.. Saya selalu buat uber kt sini mlm2.. Insyaallah hantu xbrani kaco saya sebab saya selalu tanamkan dlm diri yg hantu ni sebenarnya penakut. Saya bertawakal kepada Allah setiap kali masuk sekitar ukm .. Saya mulakan dengan bismillahittawakkaltu alallahi lahaulawala kuwwata illa billah. sana pun kalau mlm xda lampu..gelap selalu.

    ReplyDelete
  17. hahaha. aku penah tido kt KPZ tu. blok mana tah aku tak ingt. tp tingkat atas sekali. bilik kongsi dua org. masa tu ada kursus sukan sea. mlm tu kami kuar. saje jalan2. malas last kan kt bangi tu. pastu kul 1 ke 2 pagi cm tu. baru le naik bilik. siap2 mandi pe smua. mmg rasa seram sikit lah sbb kmi dua je tktido kt tingkat tu. dah siap mandi apa semua. masuk bilik. masing2 main fon. then kawan aku nk tidur da. bateri fon dia da low. pastu dia cas lah sebelah aku. masa tu dua2 da baring. tp aku still main fon. dia da tutup mata da. suddenly, aku trdgr le bunyi lagu. mula2 lagu tu rancak tau. aku pun pelik le. sape tah tgh2 malam pasang lagu smpi bilik kami dgr nye. tp bila dgr betul2, mcm kau pasang lagu kuat2 tp ada earfon sampai boleh terdgr even kau tak pakai earfon tu. aku pun tnye lah mmbe aku yg da tutup mata nk tido tu. dia da lena da. aku pulak kacau. aku tanya dia" hg punya fon lupa tutup lagu ke?" pastu dia kata mana ada, fon aku tgh cas tu. pastu dia kata "aku ngntuk ni, nk tidur". aku pun okay lah. pastu lagu tu tukar pulak. bunyinya sloww. mcm piano ke ape tah. tp seram lahh. slowww je lagu nye. aku pun main je la fon aku. aku chat bf aku masa tu aku ckp le kt dia, "sape tah pasang lagu tgh2 mlm ni". then... tibaaaa tibaaaaaaa. hm. malang tak berbau. dgr bunyi perempuan menangis. hmm. penah dgr kn dlm citer hantu bunyi hantu nangis cm ne ? cm tu lah. 1st skali, bunyi dia panjangg. slow je. aku kejut kawan aku. kawan aku ni, dia kata tidor lahhh. dia taknak layan aku ke hahahahaha. pastu bende tu bunyi lagi. kali ni kejap je. haihh. mau tak geletar aku masa tu. dah la dgn takde selimut nye. aku p tarik bantal membe aku tu. terkup muka aku dhm dia bawah satu bantal sbb takut punya pasal. dia kata "buat taktau je". pastu meremang gile ah time tu. aku amik baju yg panjang2. tutup kaki aku. takut. then esok nye, da bgn pagi. kawan aku ckp "ssbenarnya aku pun dgr bende tu. tapi aku malas layan. yg kau p tegur tu buat apa." hahaha. aku pun silap gak. p tegur bunyi tu. yelah. sbb da takut kn, mana boleh fikir apaa da. pastu dia kata "masa aku tido td, lepas dgr bunyi tu. aku mmpi ade bende depan bilik kita. dia tunggu je. pocong. muka dia seram. mata dia merah. pastu, dlm mimpi aku tu, aku rasa badan aku kena tindih. berat je. takut weh". hahaha. aku pun . ape lagi. nasib lah last. nk balik da. nk g tandas pun takut. takut ade lagi bende tu even pagi kan. hahahaha. alhamdulillah la bende tu tak tnjuk diri. kalau tnjuk.hm

    ReplyDelete
  18. Aku jumpa blog ni lepas duk search pasal kisah seram di UKM. Tu pun sebab bos aku (perempuan) umor dalam 50an yang cerita pasal kisah seram yang berlaku pada zaman dia belajar di UKM. Dan dalam kisah dia pun ada sebut pasal Allahyarham Ust Haron Din.

    ReplyDelete
  19. UKM menang ada hantu. Jangan masuk hutan dekat bukit kolej Aminudin Baki walaupun waktu siang. Malam mesti ada yang datang ziarah balik. 🤣🤣🤣

    ReplyDelete
  20. Cool and that i have a nifty give: How To Renovate House Exterior house renovation software

    ReplyDelete