Sunday, March 27, 2011

Kenapa manusia suka membodek???

"Muka kau cantikla" (padahal mcm muka hantu)
"Smart r baju ko" (padahal baju kat bundle jer)
"Ko punya jam tu nice giler" (padahal dah berkarat jam tu)

Semua dialog2 di atas adalah secebis kata-kata dusta yang aku perhatikan kat mana-mana lagi2 FB. Tujuannya adalah satu NAK MEMBODEK! Mungkin diorang ada motif tertentu. Sebab tu kadang2 aku naik meluat. Even aku sendiri pun nak meluat kalau ada orang nak membodek aku. Aku memang tak suka kaki bodek ni. Aku tau mesti sesetengahnya ada tujuan. Nak tackle ker atau nak dapat sesuatu drpd orang yang dibodek tu tapi bodekla cara orang yang berpelajaran sikit. Apa yang aku tengok sesetengah orang bodek memang tak kena tempat. Macam dialog kat atas tu. Aku paling menyampah tahap gaban kalau ada orang bodek macam tu. Lagi satu kalau muka orang tu macam muka tak mandi setahun tapi diorang puji muka diala paling cantik. Sebabnya nak membodek orang tu supaya orang tu suka kat diorang (orang yang membodek). Kalau aku senang jer. Takde masa nak bodek2 ni. Kalau muka tak mandi setahun, aku cakap jer, apesal muka ko macam tak mandi sepuluh tahun? Yela kalau setakat nak main2 suke2 tu aku boleh terima lagi tapi kalau dah menyimpang sangat nampak sangat diorang ada motif tertentu. Oleh itu orang yang dibodek tu berjaga2la..Hoho...



Macam makan coklat. Punyala nak bodek..Haha...


Yang kat atas tu bodek tahap pertama. Bodek tahap kedua ni pun aku tak suka. Bodek2 jenis macam ni banyak dalam dunia politik. Bodek macam ni memang terang-terangan. Contohnya buat2 cium tangan, cium kaki, cium kasut semuala semata2 nak memBODEK. Oh! Inilah dunia. Benda2 macam ni la paling aku jijik skali. Lagi2 kalau orang2 politik ni. Memang nampak sangat diorang ada tujuan tertentu. Yela nak jadi calon untuk pilhan raya ker, nak pangkat ker, wang ker dan mcm2 lagila. Orang macam ni bagi aku, even ada taik kat kasut pun dia sanggup cium. Please r. Jangan nak merendahkan maruah semata2 harta duniawi yang sikit ni (cewahh). Bagi aku, boleh jer kalau nak bodek tapi janganla menampakkan dan meletakkan maruah kita tu kat bawah. Bak kata orang sedalam teras bumi bawahnyer. Huhu.. Setakat bersalaman tu bagi aku no hal la. Kalau salam tu kasi lembut sikit ker tak pun mesrakan sikit. Baru tak nampak sangat yang kita ni membodek. Tanya khabar pun xsalah kalau nak membodek cara org berpelajaran. Tak pun tiru macam binatang kat bawah ni.  


Kucing : Binatang paling kuat bodek tapi aku boleh terima lagi kebodekan kucing daripada manusia. Huhu..


Tahap paling aku tak suke ialah bodek tahap tiga iaitu bodek menggunakan WANG! Benda macam ni juga aku paling2 tak suke sebab aku sendiri pernah mengalaminya. Tapi aku takkan cerita sebab benda ni ada sangkut paut pasal hal peribadi aku pulak. Cuma apa yg aku nak sampaikan ialah orang yang guna duit semata2 nak memBODEK tu bagi aku lagi teruk daripada dua tahap tadi tu. Sebab tu kadang2 boleh sampai ke tahap menjadi RASUAH. Tapi kalau macam situasi aku (yela aku cite sikit2), orang tu belanja aku, bawak pergi jalan2 dan macam2la lagi. Dia bodek aku dengan kekayaan dia. Dengan menggunakan duit dia, dia ingat aku boleh terpengaruh untuk menyukai dia. Aku pun tak paham perangai perempuan tu. Aku senang jer, ko nak bodek aku guna duit ko, aku ambik tapi aku kalau tak suka, tak sukaler. Jangan paksa2 aku. Bodek la aku macam mana sekali pun tapi kalau aku tak nak, aku tetap kata tak nak! Ko nak kata aku laki paling hensem ker (ehem2..hehe), nak kata baju aku paling mahal ker, nak cium tapak kasut aku ker itu korang punya pasal. Yang pasti aku tetap aku. Hehe...


Tapi kalau bagi aku duit, aku terima jer. Anggapla sedekah kat aku. Kuang3...


EA: Nak bodek rumet aku ler belanja KFC. Haha...

7 comments:

  1. ko hensemla..smart..tinggi..bergaya jer aku tgok...gugugu~(aku ngah membodek ko ni..agk2 bleh dpt mkn kfc jugak free x??)..hakhak..

    ReplyDelete
  2. hahaha...baru gaya nak membodek ea cik kelip dah membodek laju nyer...

    ReplyDelete
  3. CIK KELIP - u cantik, sopan santun, budi bahasa, lemah lembut, bersifat keibuan dan mcm2 lagi la. sapa yg jadi semua ko, diala lelaki plg bertuah kat dunia ni. hehe (belanja aku MCD cpt)

    CIK NASRYN - xpe. bodek jer. bkn selalu korang puji2 aku..hehe...

    ReplyDelete
  4. hahahahaa..lucu la korg..ayuh!!!mari kite 'membodek'!!
    kurang la sharel..blom berjaya nk bodek aku..tambah lg ape2 yg patut..t aku pertimbangkan..gugugu~

    ReplyDelete
  5. CIK KELIP - ada text eror. bukan semua tpi suami. hehe.. haha xpe t jumpa aku bodek ko cukup2..huhu..

    ReplyDelete
  6. der..ko bodek la rosmaida..cheku ke..mesti dapt punyer..upppsss..hahaah..yg mane satu scandal ko pown aku xtaw..gagagaga~
    gosip2!!cik kelip like this!!

    ReplyDelete
  7. aicheh xde masa nyer nak puji ko ea

    ReplyDelete