Saturday, August 28, 2010

AKU DAN DUIT

NAK DUIT! NAK DUIT! NAK DUIT!
Begitulah perasaan aku tentang duit. Sangat excited bila dengar sahaja perkataan duit atau melihat duit. Bak kata orang mata duitan. Tapi ada pembetulan di sini: Aku bukan mata duitan atau hidung duitan atau mulut duitan atau apa sahaja yang berkaitan tubuh manusia dengan duitan. Tapi kegilaan aku dengan duit memang tak boleh disangkal. Kadang-kadang ada orang cakap: Ko jangan sampai duit tu jadi Tuhan ko!
OH MY GOD!!! Adakah Tuhan aku sekarang duit!!! ----->D.U.I.T<-----
BUKAN!!! Tuhan aku bukan duit! Aku tak pernah iktiraf duit itu adalah Tuhan aku. Tuhan aku hanya satu ::: ALLAH:::
Jadi apa tanggapan aku dengan DUIT.
Yer kawan-kawan...
Aku dan DUIT hanyalah sekadar kawan biasa. Lupakanlah gosip2 liar antara aku dengan dia. Kami hanya kawan bese jer. Kami takde apa-apa hubungan istimewa pun.. Bla..Bla..Bla..
(Tapi aku sangat memerlukan dia. Kalau dia takde aku tak boleh hidup. Aku sanggup buat apa sahaja asalkan aku dan dia dapat hidup bersama. Aku benar-benar cintakan dia. Dialah jantung hatiku)
Itulah ayat2 artis yang selalu aku dengar. Di mulut lain di hati lain. Tapi apabila difikir2 balik, aku cuba mengaplikasikan fenomena dialog tersebut dalam kehidupan aku bersama duit. Hahhh??? Tak sangka!!! Memang benar. Aku sangat memerlukan dia. Oh duit aku memang memerlukanmu. Aku sanggup buat apa sahaja asalkan kau hidup bersama aku... Haha... Ayat tak boleh BLAHH!!!
Kesimpulannya: AKU SANGAT MEMERLUKAN DUIT. OH DUITT...........

Sunday, August 22, 2010

HIPOKRIT!!!

Salam blog. Salam ramadhan dan assalamualaikum. Syukur kerana aku masih lagi ber'nafsu' untuk menulis blog. Kali ini aku nak wat isu 'HIPOKRIT' plak. Yela disebabkan semakin ramai orang yang hipokrit kat dunia ni jadi aku rasa terpanggil untuk mengulas isu ini.

Hmm.. aku ada sorang kawan (tak perlu kot sebut nama dia). Dia ni memang ANTI HIPOKRIT. Apa sahaja yang berkitan dgn hipokrit dia memang cukup anti sampaikan dia tak boleh terima kalau kawan baik dia sendiri hipokrit. Yela aku tau kenapa die cukup tak suka orang hipokrit. Kalau bahasa mudahnyer hipokrit ini adalah orang yang berpura-pura baik. Atau dalam Islam maksudnya munafik.

Tapi bagi aku, setiap orang di atas dunia ini pasti ada sifat hipokrit. Mungkin tak sampai tahap munafik tapi kita ambil yang asas – berpura-pura baik. Aku sendiri mengakui yg kadang2 aku ni hipokrit. Sebabnya bagi aku hipokrit ni penting dalam kehidupan. Senang cite kita fikir positifla. Contohnya, kalau kita nak musnahkan sesuatu kejahatan, hipokrit tu memang penting. Jadi, bagi aku janganlah kita 100% benci dgn hipokrit sebab sedar tak sedar aku pasti korang mesti pernah menjadi hipokrit.

Tapi ingat hipokrit pon kenala ada batasnya. Janganlah smp mengenakan orang lain yg tak bersalah. Nanti kalau dah terkena kat btg hidung sendiri sapa nak jawab??

Friday, August 20, 2010

FAJAR RAMADHAN

Cahaya menyinar seluruh ufuk fatamorgana

Hembusan angin firdausi bertiup ke dasar duniawi

Menyambut lambaian Ramadhan

Di bawah langit Ya-Rahman

Suatu perjalanan hakiki bermula

Langkah demi langkah digagahi

Mendaki ganang dugaan

Menyelami samudera godaan

Membakar paksi-paksi kegelapan

Pada jurang keimanan

Lantas mengangkat tinggi amal darjat

Mengapai pintu abadi

Menuju kaki Ar-Rafi.

Thursday, August 19, 2010

TESIS OH TESIS........

Kepeningan dan ketidak tahuan nak buat apa membelenggu diri aku. Semua ini gara-gara tesis (latihan ilmiah) yang 'terpaksa' aku buat. Ada beberapa sebab aku begitu malas sekali nak buat tesis. Pertama, aku terpaksa buat tajuk yang aku tak nak. Ditambah lagi aku terpaksa buat dalam bidang yang paling aku lemah sekali dalam kursus pengajian aku - SINTAKSIS. Kedua, aku frust sebab diletakkan di bawah penyelia yang aku tak berapa baik sangat (tak payah kot beritahu nama). Tapi tak pelah. Nak tak nak, suka tak suka, gemar tak gemar, hingin tak hingin, terima tak terima terpaksa aku terima juga dalam ketidakrelaan.
Apa pun hidup tetap diteruskan. Aku akan sedaya upaya menyiapkan tesis aku. Cumanya mungkin tak seexcited seperti sebelum ini. Yela aku dah rancang macam-macam nak buat tajuk pilihan aku sendiri namun akhirnya musnah dek kepentingan pihak tertentu yang meletakkan aku di bawah penyeliaan pensyarah tersebut. Bukan aku tak suka atau benci pensyarah tu cuma aku tak berapa nak ngam. Jadi aku terpaksalah meneruskan penulisan tesis aku dalam keadaan aku tak hepi. Entahla buat sesuatu dalam keadaan tak hepi. Harap hasilnya bukanlah hasil yang tak hepi. Jadi aku muhasabah diri - FIKIR POSITIF BUANG NEGATIF - Ok Sharel, u can do it. Ok i can do it (kalau nak bagi DU IT pon boleh jugak sebagai pengubat hati yang duka dan lara...hehe...)
Oleh itu, jangan nak mengada-ngada tak nak buat tesis. Tajuk pun dah ada (terpaksalah terima walau tak rela...huhu) - PERBANDINGAN KATA GANTI NAMA DIRI DIALEK KAMUNTING DAN DIALEK KUALA KANGSAR: SATU ANALISIS MINIMALIS - sebelum anda diminimaliskan lebih baik minimalis tesis anda (mood: pujuk diri sendiri). Ok moral of the setori: Terimalah apa sahaja yang telah ditentukan/ditakdirkan kepada anda walaupun pahit untuk ditelan. Mungkin itu yang terbaik (Terbaikla sangat!!!). Ishh setan ni suka sangat nak fikir negatif. Bulan2 pose tu janganla menghasut aku. Duk kat neraka tu diam2. So, doakan saya berjaya buat tesis ini ok..hehe...TESIS OH TESIS....

Friday, August 13, 2010

HUJAN

HUJAN.....
Saat ini aku menaip post ini bersama deraian air hujan yang turun membasahi bumi di luar jendelaku. Hmmm...indahnya keadaan hujan yang turun. Sejuk dan kadang, damai, tenang apatah lagi apabila melihat pohon-pohon di pinggir hutan di bangunan kolej ku melambai-lambai seolah-olah turut merasai apa yang aku rasa - jiwang jap..hehe...
Namun, kadang kala hujan menyebabkan aku 'benci' kepadanya. Hujan kadang kala membuatkan aku tak jadi membuat aktiviti yang dirancang dan kadang kala menyebabkan aku demam. Begitulah sifat hujan. Mengembirakan dan menyedihkan.
Orang sering kali berkata bahawa hujan adalah rahmat. Hmmm aku setuju dengan pernyataan ini tapi bukanlah 100%. kita lihat sajalah di negara luar seperti di China atau India, hujan telah memusnahkan tempat tinggal dan kehidupan manusia yang tinggal di kawasan tersebut. Adakah ini yang dikatakan 'RAHMAT'??? Ya, mungkin kita boleh berfikir secara positif -----> hujan yang menyebabkan bencana tersebut akan membuatkan manusia sedar akan kesusahan dan kemusnahan tapi bagi aku hujan juga boleh dikatakan sebagai HUJAN AZAB. Kita juga perlu sedar, kehidupan di dunia ini juga terbahagi kepada dua: POSITIF dan NEGATIF. Oleh itu, setiap yang baik pasti ada yang buruk dan setiap yang kuat pasti ada yang lemah.
Namun, saat ini aku menghargai titik-titik hujan yang turun dengan hati yang tenang kerana aku yakin hujan yang turun kali ini bukan hujan AZAB tapi adalah HUJAN RAHMAT RAMADHAN....

Tuesday, August 10, 2010

SAJAK : TERSUNGKUR DI BALIK SENJA

SAJAK INI MERUPAKAN CIPTAAN SAYA DALAM SATU PERTANDINGAN KAMI PRIHATIN YANG DIANJURKAN OLEH KOLEJ PENDETA ZA'BA UKM 2010 HASIL KERJASAMA UTUSAN MALAYSIA. SAJAK INI SAYA CIPTA ATAS NAMA ADIK SAYA, NUR ILANI BINTI SHARI KERANA SAYA HANTAR ENAM PENYERTAAN DALAM PERTANDINGAN ITU. WALAU BAGAIMANAPUN, SAJAK YANG DITULIS ATAS NAMA ADIK SAYA INI BERJAYA MENDAPAT NAIB JOHAN PUISI KAMI PRIHATIN 2010. JADI, SECARA TAK LANGSUNG, DAPATLAH WANG TUNAI RM300 DAN SIJIL. DUIT SAYA AMBIL DAN SIJIL SAYA BAGI ADIK SAYA. HEHE... TAK MENGAPALA. MUNGKIN REZEKI DIA DAPAT SIJIL YANG MAHAL TUU.. YANG PENTING SAYA DAPAT DUIT. HIHI.. APA PUN TERIMA KASIH KOLEJ PENDETA ZABA UKM DAN UTUSAN MALAYSIA KERANA MENGIKTIRAF HASIL KARYA SAYA. ALHAMDULILAH..
SAJAK INI MENGISAHKAN RINTIHAN SEORANG BAYI YANG TELAH DIBUANG OLEH IBU BAPANYA. BAYI INI LAHIR KE DUNIA DENGAN PENUH HARAPAN NAMUN HARAPANNYA HANYA TERHENTI DI TENGAH JALAN TANPA SEMPAT DIA MEREALISASIKAN HARAPAN ITU MALAH DIA BERASA TERSEKSA KERANA TERBIAR DIBUANG BEGITU SAHAJA. MARI KITA LIHAT SAJAK YANG TELAH SAYA TULIS ITU YANG DIBERI TAJUK:
TERSUNGKUR DI BALIK SENJA
Ayah, ibu
Dimanakah kalian?
Begitu aku merindui belai kasihmu
Begitu aku mengingini peluk sayangmu
Sungguh perit dan pedih
Tatkala aku dibiar
Dipalit senja derita
Tanpa sempat melihat hari esok
Menghirup nafas kehidupan.
Ayah, ibu
Dimanakah kalian?
Begitu aku merana dimamah gurun gelita
Gelap tiada cahaya
Hanya aksara mimpi
Melukis segala harapan nan sepi
Harapan tiada erti
Sehingga dibawa bersama dedbu cinta
Terbang hingga di muara alam.
Ayah, ibu
Dimanakah kalian?
Begitu aku ingin mengapai bahagia
Mendaki cita-cita tinggi
Menghirup alam ciptaan Ilahi
Namun apakan daya
Segalanya punah dan musnah
Kerana aku tersungkur di balik senja
Bersama mentari yang kian malap
Ditelan malam persada.

SALAM DUNIA SIBER : DARI BLOG SAYA

SUDAH TERLALU LAMA RASANYA TIDAK UPDATE BLOG INI. SAMA ADA ADA ORANG BACA ATAU SEKADAR SYOK SENDIRI SAYA TIDAK KISAH KERANA YANG PENTING BLOG INI TERUS WUJUD DI ALAM SIBER INI...HEHE...
OKLAH..
UNTUK KEMUNCULAN SEMULA ATAU LEBIH TEPAT POST YANG AKAN SAYA UPDATE NANTI, SAYA AKAN CUBA BERKONGSI PERASAAN DAN SUKA DUKA HIDUP SAYA DALAM BLOG INI. SEKALI LAGI DIULANGI SAMA ADA ADA ORANG BACA ATAU SAYA SEKADAR SYOK SENDIRI, SAYA TIDAK KISAH. YANG PENTING BLOG INI TERUS WUJUD AGAR APA YANG SAYA RASA DAPAT DITERJEMAHKAN MELALUI BLOG INI. OK...JUMPA LAGI~~*