Tuesday, August 10, 2010

SAJAK : TERSUNGKUR DI BALIK SENJA

SAJAK INI MERUPAKAN CIPTAAN SAYA DALAM SATU PERTANDINGAN KAMI PRIHATIN YANG DIANJURKAN OLEH KOLEJ PENDETA ZA'BA UKM 2010 HASIL KERJASAMA UTUSAN MALAYSIA. SAJAK INI SAYA CIPTA ATAS NAMA ADIK SAYA, NUR ILANI BINTI SHARI KERANA SAYA HANTAR ENAM PENYERTAAN DALAM PERTANDINGAN ITU. WALAU BAGAIMANAPUN, SAJAK YANG DITULIS ATAS NAMA ADIK SAYA INI BERJAYA MENDAPAT NAIB JOHAN PUISI KAMI PRIHATIN 2010. JADI, SECARA TAK LANGSUNG, DAPATLAH WANG TUNAI RM300 DAN SIJIL. DUIT SAYA AMBIL DAN SIJIL SAYA BAGI ADIK SAYA. HEHE... TAK MENGAPALA. MUNGKIN REZEKI DIA DAPAT SIJIL YANG MAHAL TUU.. YANG PENTING SAYA DAPAT DUIT. HIHI.. APA PUN TERIMA KASIH KOLEJ PENDETA ZABA UKM DAN UTUSAN MALAYSIA KERANA MENGIKTIRAF HASIL KARYA SAYA. ALHAMDULILAH..
SAJAK INI MENGISAHKAN RINTIHAN SEORANG BAYI YANG TELAH DIBUANG OLEH IBU BAPANYA. BAYI INI LAHIR KE DUNIA DENGAN PENUH HARAPAN NAMUN HARAPANNYA HANYA TERHENTI DI TENGAH JALAN TANPA SEMPAT DIA MEREALISASIKAN HARAPAN ITU MALAH DIA BERASA TERSEKSA KERANA TERBIAR DIBUANG BEGITU SAHAJA. MARI KITA LIHAT SAJAK YANG TELAH SAYA TULIS ITU YANG DIBERI TAJUK:
TERSUNGKUR DI BALIK SENJA
Ayah, ibu
Dimanakah kalian?
Begitu aku merindui belai kasihmu
Begitu aku mengingini peluk sayangmu
Sungguh perit dan pedih
Tatkala aku dibiar
Dipalit senja derita
Tanpa sempat melihat hari esok
Menghirup nafas kehidupan.
Ayah, ibu
Dimanakah kalian?
Begitu aku merana dimamah gurun gelita
Gelap tiada cahaya
Hanya aksara mimpi
Melukis segala harapan nan sepi
Harapan tiada erti
Sehingga dibawa bersama dedbu cinta
Terbang hingga di muara alam.
Ayah, ibu
Dimanakah kalian?
Begitu aku ingin mengapai bahagia
Mendaki cita-cita tinggi
Menghirup alam ciptaan Ilahi
Namun apakan daya
Segalanya punah dan musnah
Kerana aku tersungkur di balik senja
Bersama mentari yang kian malap
Ditelan malam persada.

2 comments:

  1. wah....tahniah2...ape la...sepatutnye abg yg amek sijil, adik amek duit..duit raya...ehhe..ko terbalik..(^.^)v

    ReplyDelete
  2. woiii baA, apasal kamu tulis sini, abis la orang tau ngokkk..tu la kamu, org dah cakap dah jangan tipu2, nak jugak buat mcmtu...semua orang ingat lani yang buat sajak tu...huhuhu

    ReplyDelete