Thursday, March 24, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa : Satu Analisis Peribadi

Huhh...Penat. Semalam aku bru saje tengok filem Hikayat Mereng Merong Mahawangsa kat Alamanda, Putrajaya dengan course mate aku - Che Ku dan Rosmaida. Aku sebenarnya tak berapa minat filem Melayu (kan aku dah cakap sebelum ni). Tapi tengokla jugak. Dah kwn2 nak tgk nak buat mcm mn. Jadi kami pun tengokla cite tu. Bagi aku okla cite ni. Tapi masih belum mencapai tahap kepuasan. Aku memang susah nak mecapai kepuasan klimaks maksimum kalau bab filem ni lagi-lagi filem Melayu. Entah la. setiap orang ada pandangan masing-masing. Bagi aku filem ini okla. Kata orang kalau 5 bintang tu aku boleh bagi 3.7 bintangla. Okla mari kita lihat apa analisis yang aku buat mengenai filem ni.

1- Tahap dan kesan bunyi sangat perfect. Mengingatkan aku kat cite Prince of Persia. So, bab2 bunyi ni aku bagi 5 bintang.

2. Pelakon-pelakon juga best. Tapi aku xberapa suka sangat Ummi Nazirah tu. Nampak dia macam tak sesuai untuk melakonkan watak dalam filem bergenre epik. Bak kata orang wajah dia tak berapa nak epik. Yang lain ok. Paling aku kagum putera Rom tu yang nama Marcus dan Lycius, Laksamana Rom antara mat salleh yang berlakon dalam filem ni. So, nampak la sikit kekualitian cite ni. So, dari segi pelakon aku bagi 4 bintang.

3. Bahasa 'rasmi' dalam filem ini adalah bahasa Inggeris sebab hampr 80% dialog dalam bahasa Inggeris. Tiba2 aku rasa yang bahasa Melayu pulak yang asing dalam filem ni walaupun filem ini filem Melayu. Tapi bagi aku tak penting pun. Ada juga bahasa Cina digunakan. Bagi aku Malaysia mula keluar dari kepompong. Bukan apa, Malaysia kalau bab2 mencampur aduk kan bahasa ni sensitif sikit. Lagu-lagu yang ada campuran bahasa pun nak digam. Memangla kita nak memartabatkan bahasa Melayu tapi takkan kita nak masih di takuk lama. Semua ni terpulang kat individu jugak. Kalau dia rasa sayang dengan bahasa Melayu dia gunalah bahasa Melayu dengan betul. Ini tidak asyik2 nak memartabatkan bahasa Melayu tapi bila dalam sms, FB+blog guna ayat berterabur+rojak+pasar malam. Takde pulak nak memartabat bahasa Melayu. Hehe mengomel pulak aku. Jadi dari segi bahasa aku bagi 3.8 bintang.

4. Kesan visual pulak bagi aku okla. Tak nampak murah.Tak banyak yang aku nak komen. Jadi aku bagi 4 bintang.

5. Jalan cerita bagi aku 'agak' ok. Tapi yang aku tak suka terlalu banyak dialog/percakapan terutama pada di awal ke pertengahan cerita. Orang pun bosan juga kalau banyak sangat dialog. Lagi-lagi cerita epik yang guna bahasa yang sangat epik. Jadi aku rasa kelemahan terbesar filem ini adalah penggunaan dialog yang terlalu banyak sehingga boleh menjejas keterujaan penonton. Bagi aku untuk filem epik perlu dilebihkan aksi sebab kebanyakkan cerita epik yang aku baca banyak menceritakan aksi2. Kerana aksi-aksi itulah menjadikan cerita itu sebagai epik. Lebih baik memperbanyakkan aksi daripada dialog. Jadi aku bagi 2.9 bintang.


Begitulah sedikit analisis yang aku buat. Untuk filem Melayu bagi aku hebatla. Boleh dipertingkatkan lagi. Sebenarnya aku ni memang pengkritik filem Melayu. Tapi aku bukan kritik saje2 macam orang lain sebab aku ada juga bagi cadangan yang boleh digunakan untuk mempertingkatkan filem2 Melayu ni. Okla kalau korang nak tengok tengokla. Kalau aku, tak rugi kot kalau korang tengok..Hehe..



EA : bangga sekejap dapat tahu yang manuskrip lengkap Hikayat Merong Mahawangsa ada kat UKM..hehe...

3 comments:

  1. ooooo..kitaorg ajak xnak kuar,sedihnya...kita org nih bukan kwn ko lah ni..hurmmm mogok lpar lah dgn ko ea,tapi moto tetap nak pinjam huhu T_T

    p/s:kitaorg lawak jer taw paggilan manja2 tuh,t der mak we ko amik hati plak mampus kitaorg...lawak jer taw

    ReplyDelete
  2. wuek! korang ajak watu aku tgh bz2 sapa suh..haha..sian..pasni dh xd peluang kan. sedey2...

    p/s: tak ambik ati pun. lg suke adala..kihkihkih...

    ReplyDelete
  3. jang...xyah lah ajk 'abe' sharel lg pas ni..die sibuk ngn gurlprend dia la ni..kita ni bukn sape2 pown..xyah sedih2 la der..

    ReplyDelete