Antara wang dengan cinta apa yang anda akan pilih??? Mungkin sesetengah daripada anda akan memilih wang dan mungkin juga ada yang memilih cinta. Soalan ini boleh menjadi terlalu mudah untuk dijawab dan mungkin juga menjadi terlalu sukar. Bagi saya, saya sendiri tidak pasti untuk memilih apa. Jika saya memilih cinta, adakah saya benar-benar jujur untuk memilih cinta dan tidak mementingkan wang. Jika saya memilih wang, adakah wang boleh membeli cinta dan saya mendapat kedua-duanya? Adakah cinta yang saya dapat dan miliki itu, cinta yang benar-benar tulus dan jujur seandainya wang menjadi petaruhan apabila mencintai seseorang. Banyak persoalan yang boleh memeningkan kepala apabila membicarakan soal ini. Yang pasti anda yang menentukan apa yang ada akan pilih. saya akann membincang isu ini secara berasingan pada tajuk yang akan datang iaitu CINTA dan WANG. Sekarang dibawah tajuk CINTA VS WANG: Apa pilihan anda??? Saya beri anda satu situasi seperti di bawah:
“Jika ada RM1 juta yang memang mahu diberi kepada anda di hadapan anda dan kekasih anda (bukan anak orang kaya yer…) yang amat sayangkan anda, anda dikehendaki memilih satu sahaja. Satu lagi akan HILANG BUAT SELAMA-LAMANYA DALAM HIDUP ANDA. Apa yang anda akan pilih? WANG atau KEKASIH anda??? Apa sebab anda memilih itu???”
Adakah anda akan memilih wang bernilai RM1 juta dan meninggalkan kekasih yang anda cintai buat selama-lamanya???
ATAU
Adakah anda seorang yang amat mementingkan cinta sehingga sanggup melepaskan RM1 juta???
Andalah yang menentukkan siapa anda ~ MATA DUITAN atau MATA CINTA (hehe)….
Anda mahu tahu jawapan saya??? Jawapan saya adalah saya mahu memilih …………………………………………… (akan diberitau pada isu yang akan datang…tunggu…hehe…)
No comments:
Post a Comment