Monday, February 8, 2010
KENAPA FACEBOOK??? (8/2/2010)
Hai kawan-kawan. Sekarang saya terus menulis dan menulis dalam blog ini selagi semangat untuk menulis blog ini masih kuat. Isu yang sebelum ini pun belum lagi hilang bahangnya tetapi saya tetap mahu post isu yang baru. Isu yang saya mahu kongsi ini agak menarik iaitu KENAPA FACEBOOK??? Seperti sedia maklum ledakan teknologi yang pesat kini telah menyebabkan banyak laman social telah dibangunkan. Sebagai contoh Friendster, Myspace, Hi5, Tagged dan banyak lagi yang mempunyai matlamat yang satu iaitu mahu mengumpulkan sebarapa banyak ahli dalam satu komuniti siber yang mempunyai matlamat tertentu. Kini yang terbaru dan popular adalah Facebook.
Saya sering tertanya-tanya. Apa kelebihan Facebook berbanding laman sosial yang lain? Sehingga kini berjuta-juta umat manusia sudah mempunyai Facebook. Malah ahli-ahli politik juga mempunyai Facebook untuk berinteraksi dengan rakyat. Contoh yang terdekat adalah Perdana Menteri kita, Dato Seri Najib Tun Razak. Saya sendiri sudah mempunyai Facebook sejak Tingkatan 5 lagi (kalau tidak silap) namun hanya aktif sejak masuk di UKM kerana dulu tiada kemudahan internet yang meluas di sekolah. Isunya sekarang kenapa Facebook menjadi kegilaan ramai? Berdasarkan sejarah, Facebook mula-mula dicipta pada 4 Februari 2004 oleh Mark Zuckerberg sebagai media untuk mengenali para mahasiswa di Universiti Harvard. Oleh kerana popularitinya terus berkembang maka laman ini dibangunkan untuk kegunaan penduduk dunia sebagai alat untuk berkomunikasi secara maya antara satu sama lain.
Mengapa laman sosial yang lain yang telah lama wujud seperti Friendtser tidak dapat menandingi populariti pesat Facebook malah populariti laman web lain terus merudum. Pasti ada sesuatu kelainan yang menyebabkan Facebook menjadi pilihan ramai. Bagi saya sebagai salah seorang daripada berjuta-juta pengguna Facebook, laman ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri berbanding laman yang lain. Antaranya, sistemnya yang agak menarik dan mudah apabila kita berchatting dengan rakan-rakan yang lain pada satu-satu masa. Bukan sekadar hanya memberi dan menerima komen serta mesej seperti laman yang lain. Walaupun kadang kala saya pernah terfikir bahawa kita sebenarnya cuba memberikan keuntungan secara sedar atau pun tidak kepada pihak Barat kerana menggunakan produk buatan mereka ini namun kita tidak boleh mengelakkan perkara ini. Kita perlu mengakui bahawa Barat adalah simbol kemajuan pada alaf ini. Mereka yang menentukkan segala-galanya. Namun sampai bila kita harus menumpang kasih di atas produk mereka ini. Bilakah kita mahu mempunyai Facebook kita sendiri? 10 tahun lagi? 100 tahun lagi? Atau sampai kiamat kita akan tetap begini.
Fikir-fikirkanlah…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam ziarah :)
ReplyDelete