Hai hai kepada semua blogger atau pembaca blog saya. Pertama sekali saya nak ucapkan selamat berblog (kalau tak menyalahi hukum ejaan Bahasa Melayu...hehe...) kepada sesiapa sahaja rakyat Malaysia mahupun warganegara asing sama ada yang tua, muda, buruk, cantik, pandai, tinggi, rendah, pendek, panjang dan sebagainyalah. Pendek kata, sesiapa sahaja mahkluk Tuhan saya alu-alukan untuk membaca blog ini (kalau ada yang nak baca). Sebelum saya mengemukakan isu-isu sama ada panas atau sejuk dalam blog ini, saya harap anda menerimanya dengan hati yang terbuka dan fikiran yang matang kerana apa-apa sahaja tulisan saya dalam blog ini adalah cetusan hati saya kerana kadang kala saya tidak meluahkannya secara terbuka. Oleh itu, saya berharap sama-samalah kita berusaha untuk memeriahkan lagi dunia blog ini tanpa ada sebarang perasaan prejudis atau kekecewaan kerana matlamat blog adalah untuk melontarkan idea seseorang. kadang kala saya pelik apabila membaca di dada-dada akhbar mahupun menonton Buletin Utama apabila ada sahaja blogger yang ditangkap kerana menulis isu-isu yang dianggap sensitif. Bagi saya blog adalah tempat untuk seseorang yang berilmu (jika tak berilmu, masakan dia boleh mencipta blog sendiri) untuk meluahkan rasa hatinya atau ideanya. Jika seseorang itu ditangkap kerana blognya, lebih baik kerajaan haramkan blog atau mendaftarkan blog seperti mana kita mendaftar nombor telefon.
Namun, bagi saya ahli blogger juga harus mempunyai kematangan berfikir kerana kita berada di negara yang bagi saya masih lagi tidak mengamalkan keterbukaan secara 100% dan terikat dengan pelbagai akta dan undang-undang. Oleh itu, isu-isu sensitif yang melibatkan perlembagaan Malaysia, kritikan terhadap golongan raja dan seumpamanya perlulah dielakkan. kita bukan berada di Amerika Syarikat ataupun Britain tetapi kita berada di MALAYSIA. Justeru, jadilah rakyat MALAYSIA yang benar-benar MALAYSIA.
Berbalik kepada isu blog saya tadi, saya sebenarnya agak malas untuk menulis di dalam blog ini. Bukan apa, kekangan masa menyebabkan saya sudah lama meninggalkan dunia blog. Kini saya sudah kembali apabila saya seolah-olah mendapat seru untuk kembali menulis blog. Jadi, selepas ini saya akan cuba untuk menulis dan berkongsi idea saya (kalau saya syok sendiri pun tak mengapa...) demi kebaikan kita semua. Sebelum itu, saya mahu tegaskan di sini bahawa sebarang tulisan saya ini, saya tidak akan bertanggungjawab kerana itu hanyalah sekadar untuk mengisi masa lapang saya dan tidak berniat untuk melukakan hati siapa-siapa sama ada yang hidup dunia mahupun di alam barzah.
No comments:
Post a Comment