Saturday, March 19, 2011

CIRI -CIRI GURLZ YG I LIKE

Hai semua. Apa kabar? Harap semua sakit2 sihat2 dan ceria2 selalu..Hehe..Okla kali ni saya nak bg suprise sikit. Huhu disebabkan semua dah tengok tajuk kat atas tu, suprise tu dah bukan suprise dah la..Kuang3..

Huhu saya sengaja nk buat post ini. Saya memang jarang cakap pasal pempuan ni apatah lagi kalau bab2 kapel ni. Memang diakui saya ada ramai kawan pempuan (scandal pun ada kot..ops! hehe..). Tapi nak kata saya betul2 tertarik tu xdla. Tapi pempuan yang paling saya nak kapel (kalau boleh kawin kot) ialah pempuan yang ada ciri-ciri macam MY MUM. Bagi saya emak saya ialah pempuan yg paling saya sayang+cinta sekali. Luv u mama!!Hehe.. Ok skg saya nak bgtau rahsia pempuan yg saya suka :~

a) 1st sudah tentu pempuan tu mesti ada rupa. Yela sapa tak nak pempuan cantik bro. Saya suke pempuan cantik dan jaga penampilan diri. Memetik drpd kata2 my mama, "kalau blh mesti cantik drpd mak. jangan mak yang menang pulak". Hehe ok mama. Saya akan ingat kata2 tu. So, sapa2 nak jadi bini saya kena kalahkan kecantikan my mama. Tapi tula. Cantik ni universal. Sesetengah org ckp pempuan tu cantik tp ada yg kata tak cantik. Hmm xpela. Janji cantik di mata saya+my mum dh la.Tapi tak nak yang high maintenence sangat. Abih duit aku dia kerjakan nnt buat pegi shoping..Huhu...

b) Kedua, pempuan tu mestilah pendiam+pemalu mcm saya jgk. (pemalu ker aku. pemalu kot..hehe..). Saya suke pempuan yang pendiam+pemalu mcm mama saya. Bagi saya pempuan yang pendiam+pemalu ni pempuan yang ada ciri-ciri kesopanan/ketimuran/kemelayuan yang tinggi. Lgpun senang sikit nak penampar control die..Hihi...

c) Ketiga, mesti bertudung. Hehe saya tak kisah sbnrnya die bertudung ke x tapi kalau nak jd kan bini, die mesti bertudung. Bukan pe, jagala aurat sikit. Tak pasal2 nnt aku kena soal kat NERAKA. "Apasal ko tak suruh bini ko pakai tudung? Tau x sehelai rambut tu berapa ribu tahun kat neraka?" - suara bayangan.. Aiyoo..takut cek.. Baik cari pempuan yang bertudung. Tapi xnk yang tudung labuh a.k.a ala2 islamic. Takut aku kena ngaji tiap2 hari. Boleh terbakar dibuatnya..Haha..

d) Berpelajaran. Ciri keempat ni pun penting jugak. Saya nak pempuan yang berpelajaran. Paling tinggi pun degreela. Paling rendah pun STPM/Matrik @ seumpama dengannya. Bukan tak nak pempuan yang takat SPM tu, tapi demi masa depan jugak. Nnt kalau ada anak2, die blh ajarkan. Pempuan yang berpelajaran+tak berpelajaran mmg ada perbezaannya dari segi pemikiran. Pempuan yang berpelajaran ni kadang2 lebih matang+berfikiran luas drpd yang tak berpelajaran. Rasa kasar sgt ker bhs aku ni??Hehe..Maksud saya pempuan yang tak berpelajaran tu adalah pempuan yang tak dapat peluang sambung belajar peringkat lbh tinggi tapi xbermakna die tak bijak..Sory yer kalau terkasar bahasa..

e) suka pempuan yang tinggi. kalau boleh saya nak pempuan yang tinggi. Tapi xdla smp lebih tinggi drpd aku. Kalau aku 175cm, aku nak pempuan tu paling tinggi 170cm. Tak pun paling rendah 165+cm. Hehe bkn pe. Tak nak dapat anak rendah pulak nnt. Cewahh fikir jauhh aku..Hehe..

f) Pempuan tu mesti satu negeri@bkn org yg kampung2 sgt. Saya asl Perak. So, secara lgsg pempuan tu pun mesti asal Perak juga+bkn duk kampung ceruk2. My mama tak suke pempuan yang ceruk2+kampung2 sgt. Saya pun tak suke. Ish2 tingginya taste aku+my mama ni. Bukan pe, saya tak berapa suka sgt pempuan yang duk kampung2 ni sbb....adala sbbnya..huhu..Kalau pasal negeri, mmg kalau blh nk dalam Perak jer. Senang. duk dekat2. Nnt xdla gaduh nak balik kampung mana kalau raya ker cuti ker. Kalau dalam negeri senang sikit. Dalam sehari tu dua2 rumah leh pegi..Hehe..

Sebenarnya banyak lagi nak senaraikan tapi xpela. Buat masa ni, saya senaraikan la yang mana paling utama dulu seperti yang tertera di atas. Tapi bak kata orang kalau jodoh tu memang di tangan Tuhan. Kalau Tuhan nak bagi yang bertentangan dengan semua di atas tu, nak buat mcm mn . Terima jela. Tapi saya berdoa agar Allah beri wanita seperti yang saya nak di atas. Aminn...

Tuesday, March 15, 2011

Takziah Jepun

Salam Takziah buat rakyat Jepun
Kerana menghadapi tiga bencana alam secara serentak
Gempa bumi, Tsunami dan Gunung berapi



Saturday, March 5, 2011

Nikmat Mata Keramat

Mata adalah nikmat yang keramat.
Tanpa mata kita buta.
Tanpa mata kita merana.
Tanpa mata kita terseksa
Aku sering kali berfikir dan membayangkan,
Apa erti hidup tanpa mata.
Alhamdulilah aku lahir sempurna dengan mata.
Alhamdulilah aku memiliki mata yang tiada cacat celanya.
Syukur tak terhingga
Kepada Tuhan yang Maha Esa.
Dengan mata teranglah dunia.
Dengan mata kita mampu melihat segala benda
Dengan mata kita ada segalanya
Lindungilah nikmat mu ini. 
Hingga ke akhirnya...


EA: syukur apabila aku masih lagi tidak rabun atau terpaksa memakai cermin mata...Hehe...


Earell Arel

Politik Yang Semakin Politik

Hai kawan2... salam blog kepada semua...

Hari ini aku mahu bercakap tentang POLITIK. Iya POLITIK merupakan satu isu yang panas sehingga kadang2 boleh mendatangkan KEJENGKELAN dan KEMUALAN bagi sesetengah orang. Setiap hari di mana-mana sahaja, surat khabar, TV, Internet dan lain-lain pasti ada isu berkaitan POLITIK.  Aku bukanlah seorang yang gemarkan POLITIK malah jauh sekali merupakan AHLI POLITIK. Kemungkinan tu ada tapi bukan sekarang. Aku sengaja menulis tajuk berkaitan POLITIK kerana isu POLITIK merupakan isu yang menarik sebenarnya untuk diperkatakan. Namun tak semua orang suka malah ada yang tak pernah ambil tahu pun pasal POLITIK. Jadi kita kaji kenapa sesetengah daripada kita tak suka POLITIK lagi-lagi apabila berlaku di Malaysia.

1- POLITIK ADALAH UNTUK GOLONGAN YANG TERTENTU SAHAJA - AHLI POLITIK
  - ramai yang berpendapat bahawa bidang/lapangan politik ini hanya untuk golongan politik sahaja. Hal ini bermaksud, tak semua orang boleh terjun dalam bidang POLITIK kerana bidang POLITIK merupakan bidang yang tak semua orang mampu lakukan. Dengan kata lain POLITIK ialah bidang yang yang mungkin dianggap sesetengah orang sebagai bidang yang berstatus tinggi kerana melibatkan hal negara. Oleh sebab itu ramai yang tak berani untuk melibatkan diri dalam POLITIK kerana mereka berpendapat segala urusan yang berkaitan pentadbiran negara hanya dilakukan oleh golongan tertentu/terpelajar sahaja.

2. POLITIK ADALAH KEBENCIAN/PERGADUHAN/PERPECAHAN
- mungkin ramai yang bersetuju dengan point kedua ini. Jika kita lihat situasi yang berlaku di negara kita sendiri, bahana POLITIK menyebabkan timbulnya perasaan benci-membenci, pergaduhan di sana sini, maki memaki, fitnah menfitnah sehingga menyebabkan perpecahan. Hal ini bukan sahaja berlaku antara PARTI POLITIK malah turut melibatkan institusi KELUARGA. Ada adik beradik berpecah kerana perbezaan politik, saudara mara tak mengaku saudara kerana perbezaan POLITIK dan seribu satu lagi cerita apabila melibatkan perpecahan dalam POLITIK.  Ada juga yang menjadi sahabat baik selama berpuluh-puluh tahun tapi akhirnya menjadi musuh sehingga ada yang berkata, "HARI INI DIA ADALAH KAWAN PALING BAIK TETAPI ESOK DIA ADALAH MUSUH PALING JAHAT". Kerana itulah ramai yang benci pada POLITIK.

3. POLITIK ADALAH PERMAINAN YANG KOTOR
- mungkin ramai yang bersetuju bahawa POLITIK merupakan satu'permainan' yang penuh dengan kekotoran. Apa yang dimaksudkan dengan KOTOR? Kotor disini bermaksud, apabila kamu terlibat dalam politik maka kamu bersedia untuk menjadi sesiapa sahaja dan bersedia untuk melakukan apa sahaja. Sebab itulah wujudnya RASUAH, POLITIK WANG, FITNAH, CERITA-CERITA BUSUK yang mampu menyebabkan hidup seseorang musnah. Nahh betapa 'kotor'nya POLITK.

Benarkah POLITIK ITU SEBENARNYA ISU YANG TIDAK ELOK SEMATA-MATA??


Apabila bercakap politik semua perkara buruk akan wujud. Benarkah??? Siapa yang membangunkan negara kalau bukan orang POLITIK? Siapa yang akan bina sekolah dan bangunan yang tinggi2 kalau bukan orang POLITIK? Bolehkah orag seni (penyanyi) membina berpuluh-puluh sekolah dan jalan raya? Aku bukanlah orang politik (bukan pelajar yang ambil SAINS POLITIK pun) tetapi aku adalah rakyat Malaysia yang peka dengan bidang POLITIK. Kadang-kadang pelik juga kerana ada orang masih tak tahu apa itu UMNO, apa itu PAS dan lain-lain disebabkan pendirian mereka yang tidak mahu langsung berkait dengan POLITIK. Aku bukanlah mahu memaksa semua rakyat Malaysia mendalami POLITIK tetapi sekurang-kurangnya kita tahu apa yang berlaku dalam negara. Tetapi aku tak salahkan mereka yang tidak mahu ambil tahu dunia POLITIK pun kerana POLITIK yang wujud hari ini sebenarnya ialah POLITIK yang semakin POLITIK. Jika kita amalkan POLITIK itu dengan sebaik mungkin, pasti tak wujud perkara-perkara negatif dalam dunia POLITIK. Sebenarnya aku sengaja mencari tiga isi utama berkaitan politik kerana semakin banyak klu semakin POLITIK lah POLITIK.


EA: Tak anggap POLITIK itu kotor semata-mata tapi anggap POLITIK itu adalah satu benda yang menarik. Hehe..


Earell Arell

Thursday, March 3, 2011

10 SOALAN TENTANG CINTA (1)




1. Kamu pernah bercinta?
  
    Pernah kot...hehe...


2. Sekarang kamu tengah bercinta?


    No komen..


3. Apa pendapat kamu tentang cinta?


    Cinta ialah suatu perasaan apabila kamu suka kepada seseorang melalui hati dan orang itu juga cinta kepada kamu melalui hatinya tanpa nafsu semata-mata. (Tidak termasuk cinta kepada Allah, cinta kepada ilmu dll..)


4. Wujudkah istilah cinta monyet?


    Wujud jer. Apabila dua ekor monyet yang sedang bercinta, itulah dinamakan cinta monyet. Bukan monyet jer, saya juga percaya ada cinta lembu, cinta tenuk, cinta beruk dll..Hehe..


5. Apakah kata-kata cinta yang kamu suka?


   I love u sayangg..Cewahhh..hehe...(Geli kot..huhu)


6. Apa definisi cinta sejati menurut pandangan kamu?


 Cinta kepada Tuhan (tiada tolok bandingnya), cinta kepada Rasul, cinta kepada ibu bapa dan cinta kepada keluarga.


7. Cinta yang anda inginkan?



 Cinta yang membuatkan saya takkan mencintai orang lain selain dia..Huhu..


8. Apa beza cinta, suka, dan minat?



   Cinta tahap paling atas - Apabila kamu dah memberi sepenuh hati kepada seseorang barulah dinamakan cinta. Suka - apabila kamu melihat seseorang dan timbul satu yang kamu sukakan kat diri dia barulah dinamakan suka dan kadang-kadang kamu tak perlu pun beri sepenuh hati kamu kat dia. Yela kamu kan sekadar suka-suka jer..Hoho..Minat - apabila kamu meminati seseorang itu kerana sesuatu yang istimewa ada padanya walaupun kamu tak pernah kenal@jumpa pun dia. Kadang kala minat boleh melangkaui perasaan suka. Contohnya kamu minat seseorang artis or siapa-siapa jela. Itu dinamakan minat.


9. Apa yang anda lihat dulu dalam percintaan?


i-Rupa (sudah tentu saya nak orang yang cantik)
ii- Sifat (sudah tentu nak orang yang baik)
iii- dan lain-lain..Hehe..


10. Anda mahukan yang mana - Cinta datang kepada anda ATAU anda datang kepada cinta?


Sudah tentu cinta datang kepada saya. Senang sikit kerja aku. Hehe.. 




EA: Saje post soalan-soalan ni disebabkan ramai sangat cakap pasal cinta skg..Hehe..




Earell Arel