Hari ini aku mahu bercakap tentang POLITIK. Iya POLITIK merupakan satu isu yang panas sehingga kadang2 boleh mendatangkan KEJENGKELAN dan KEMUALAN bagi sesetengah orang. Setiap hari di mana-mana sahaja, surat khabar, TV, Internet dan lain-lain pasti ada isu berkaitan POLITIK. Aku bukanlah seorang yang gemarkan POLITIK malah jauh sekali merupakan AHLI POLITIK. Kemungkinan tu ada tapi bukan sekarang. Aku sengaja menulis tajuk berkaitan POLITIK kerana isu POLITIK merupakan isu yang menarik sebenarnya untuk diperkatakan. Namun tak semua orang suka malah ada yang tak pernah ambil tahu pun pasal POLITIK. Jadi kita kaji kenapa sesetengah daripada kita tak suka POLITIK lagi-lagi apabila berlaku di Malaysia.
1- POLITIK ADALAH UNTUK GOLONGAN YANG TERTENTU SAHAJA - AHLI POLITIK
- ramai yang berpendapat bahawa bidang/lapangan politik ini hanya untuk golongan politik sahaja. Hal ini bermaksud, tak semua orang boleh terjun dalam bidang POLITIK kerana bidang POLITIK merupakan bidang yang tak semua orang mampu lakukan. Dengan kata lain POLITIK ialah bidang yang yang mungkin dianggap sesetengah orang sebagai bidang yang berstatus tinggi kerana melibatkan hal negara. Oleh sebab itu ramai yang tak berani untuk melibatkan diri dalam POLITIK kerana mereka berpendapat segala urusan yang berkaitan pentadbiran negara hanya dilakukan oleh golongan tertentu/terpelajar sahaja.
2. POLITIK ADALAH KEBENCIAN/PERGADUHAN/PERPECAHAN
- mungkin ramai yang bersetuju dengan point kedua ini. Jika kita lihat situasi yang berlaku di negara kita sendiri, bahana POLITIK menyebabkan timbulnya perasaan benci-membenci, pergaduhan di sana sini, maki memaki, fitnah menfitnah sehingga menyebabkan perpecahan. Hal ini bukan sahaja berlaku antara PARTI POLITIK malah turut melibatkan institusi KELUARGA. Ada adik beradik berpecah kerana perbezaan politik, saudara mara tak mengaku saudara kerana perbezaan POLITIK dan seribu satu lagi cerita apabila melibatkan perpecahan dalam POLITIK. Ada juga yang menjadi sahabat baik selama berpuluh-puluh tahun tapi akhirnya menjadi musuh sehingga ada yang berkata, "HARI INI DIA ADALAH KAWAN PALING BAIK TETAPI ESOK DIA ADALAH MUSUH PALING JAHAT". Kerana itulah ramai yang benci pada POLITIK.
3. POLITIK ADALAH PERMAINAN YANG KOTOR
- mungkin ramai yang bersetuju bahawa POLITIK merupakan satu'permainan' yang penuh dengan kekotoran. Apa yang dimaksudkan dengan KOTOR? Kotor disini bermaksud, apabila kamu terlibat dalam politik maka kamu bersedia untuk menjadi sesiapa sahaja dan bersedia untuk melakukan apa sahaja. Sebab itulah wujudnya RASUAH, POLITIK WANG, FITNAH, CERITA-CERITA BUSUK yang mampu menyebabkan hidup seseorang musnah. Nahh betapa 'kotor'nya POLITK.
Benarkah POLITIK ITU SEBENARNYA ISU YANG TIDAK ELOK SEMATA-MATA??
Apabila bercakap politik semua perkara buruk akan wujud. Benarkah??? Siapa yang membangunkan negara kalau bukan orang POLITIK? Siapa yang akan bina sekolah dan bangunan yang tinggi2 kalau bukan orang POLITIK? Bolehkah orag seni (penyanyi) membina berpuluh-puluh sekolah dan jalan raya? Aku bukanlah orang politik (bukan pelajar yang ambil SAINS POLITIK pun) tetapi aku adalah rakyat Malaysia yang peka dengan bidang POLITIK. Kadang-kadang pelik juga kerana ada orang masih tak tahu apa itu UMNO, apa itu PAS dan lain-lain disebabkan pendirian mereka yang tidak mahu langsung berkait dengan POLITIK. Aku bukanlah mahu memaksa semua rakyat Malaysia mendalami POLITIK tetapi sekurang-kurangnya kita tahu apa yang berlaku dalam negara. Tetapi aku tak salahkan mereka yang tidak mahu ambil tahu dunia POLITIK pun kerana POLITIK yang wujud hari ini sebenarnya ialah POLITIK yang semakin POLITIK. Jika kita amalkan POLITIK itu dengan sebaik mungkin, pasti tak wujud perkara-perkara negatif dalam dunia POLITIK. Sebenarnya aku sengaja mencari tiga isi utama berkaitan politik kerana semakin banyak klu semakin POLITIK lah POLITIK.
EA: Tak anggap POLITIK itu kotor semata-mata tapi anggap POLITIK itu adalah satu benda yang menarik. Hehe..
Earell Arell
No comments:
Post a Comment