Wednesday, April 20, 2011
LAUNGAN AZAN: PERLU KER WAJIBKAN SUARA MERDU???
Setiap hari pasti kite dengar azan berkumandang 5 kali sehari tak kira dimana sahaja kite berade. Timur, Barat, Selatan Utara pasti azan akan berkumandang pada setiap minit dan setiap saat. Macam aku sendiri, kat kolej aku memang akan ada org azan. Tapi satu persoalan aku, perlu tak kite mewajibkan setiap bilal atau muazan mesti mempunyai suara yang sedap barulah mereka boleh azan? Kalau tanya aku, aku akan jawab perlu sgt2!! Sebabnya banyak. Pada pendapat aku memang banyak sebab mengapa seseorang yang hendak melaungkan azan mesti mempunyai suara yang merdu, lunak, sedap dan syahdu untuk didengar...
Pertama, sebab laungan azan selayaknya perlu dilaungkan dengan suara yang merdu. zaman nabi sendiri, Bilal bin Rabah dikatakan mempunyai suara yang merdu. Jadi sapa-sapa yang rasa suara dia tak merdu, dahukukanlah orang yang bersuara merdu. Bukan apa, takdela sakit telinga mendengarnya. Tapi kalau takde langsung, janganlah tunggu ada org yg suara sedap bru nak azan. Sampai kiamat pun tak azan2..huhu...
Kedua, untuk memberi persepsi baik terhadap Islam. Banyak cite yg kite dengar bahawa ada org yang bukan Islam tak suke dengar azan terutama pada waktu pagi sehingga mungkin ada yang mengelarkan sebagai 'bunyi anjing'. Salah satu sebabnya, laungan azan orang yang azan tu tak sedap! Kita sebagai orang Islam seharusnya tak membabi buta marah diorg sebab diorang memang tak tahu apa2. Kite kena tengok diri kita balik. Macam laungan azan tu, aku tak terkejut kalau ada orang Islam sendiri yang cakap bahawa suara org yang azan tu mcm suara anjing. Pengalaman aku sendiri memang banyak kali aku dengar tapi xdla aku kutuk terang2. Cuma pendam dalam hati. Aku tak kutuk@memandang hina azan tapi aku kutuk orang yang suara tak sedap tu laungan azan. Sebab diorangla orang bukan Islam takut dan tak suka kepada Islam. Salah satu puncanya adalah azan. Alangkah indahnya dengan suara yang merdu azan dilaungakan dengan suara yang syahdu. Sebab tu kadang2 ada org bukan Islam yang tertarik dengan Islam sebab dengar azan yang syahdu tu...
Ketiga, nak menarik minat org datang sembahyang di masjid atau surau. Memangla diakui bahawa laungan azan yang sedap bukan menjamin orang ramai akan datang berjemaah di masjid atau surau tapi mungkin juga boleh berlaku. Pengalaman aku sendiri, ada kawan aku ni memang suara dia waktu azan, perghhh....mantappp.. Orang yang tak pernah2 datang surau pun boleh datang sebab nak tengok sapa yang azan. Surau yang buruk tu boleh jadi berseri2. Sebab tu aku cakap bahawa pentingnya suara yang sedap waktu azan. Macam2 kesan baik yang wujud berbanding suara yang tak sedap. Suara yang tak sedap, masjid yang tersergam indah pun tak menarik minat org nak datang kalau suara bilalnya macam.............
EA: Doa2la aku dapat hidayah nak jadi bilal kat masjid...Hehe....
Tuesday, April 19, 2011
KEMBALI!! HARI TERAKHIR EXAM DAN TESIS!
Huhu dah lama tak update blog. Yela. mahu memberi tumpuan kat exam di samping masalah internet yang makin menjadi-jadi!!! Huh!!! Tapi takpela! Marah2 pun tapi kalau stil intenet lembab tak boleh buat apa jgk (mengomel sorang2)..potpet..potpet....
Akhirnya aku habis juga menjawab soalan exam aku yang terakhir di UKM. Bahasa Asing. Bolehlah tahan susahnya. Bukan apa, tak berapa ingat nota yang dibaca. Hehe...
Jadi kali ni bolehlah aku menumpukan tesis aku yang tak siap2 tu. Orang lain dah boleh habis dengan aman sebab dah hantar tesis awal, aku masih merangkak-rangkak nak siapkan tesis. So, aku akan buat PECUTAN TERAKHIR untuk habiskan tesis ni!! Yeahhh!!!!
EA: Jeles tengok Cik Zigaki yang dah hantar tesis. Juga cik2 yang lain yang dah siap tesis...isk2...
Akhirnya aku habis juga menjawab soalan exam aku yang terakhir di UKM. Bahasa Asing. Bolehlah tahan susahnya. Bukan apa, tak berapa ingat nota yang dibaca. Hehe...
Jadi kali ni bolehlah aku menumpukan tesis aku yang tak siap2 tu. Orang lain dah boleh habis dengan aman sebab dah hantar tesis awal, aku masih merangkak-rangkak nak siapkan tesis. So, aku akan buat PECUTAN TERAKHIR untuk habiskan tesis ni!! Yeahhh!!!!
EA: Jeles tengok Cik Zigaki yang dah hantar tesis. Juga cik2 yang lain yang dah siap tesis...isk2...
Friday, April 15, 2011
KENYATAAN EA!
Oleh kerana masalah intenet dan juga minggu exam, EA akan menghentikan seketika untuk menulis blog. Blog akan beroperasi semula Isnin ini.. Thanks!
EA: Cewahh mcm ramai nk baca blog aku..huhu..
EA: Cewahh mcm ramai nk baca blog aku..huhu..
Tuesday, April 12, 2011
EA KEMBALI!!!
PENAT! Itulah ungkapan yang mampu aku tuliskan (padahal banyak yg aku tulis). Berjam2 sejak keluar dari rumah sampailah UKM ni. Paling keciwa ialah terlepas tren masa nak otw pergi Ipoh. Nangis tak berlagu la. Terpaksa beli tiket tren lain. Ini semua gara2 naik bas henti2 tula. Patut paling lama sejam tiba2 jadi 1jam setengah lebih. Hambik! Terlepas tren! Nasib baikla ada tren lain. Takde rezeki la tu..Hmm..Kali ni malasla nak post apa2 (padahal memang dah post entri ni dah). PENAT! Esok jela aku berblogging. Nak tengok apa Cik2 Blog kita buat sepanjang aku pergi makan hangin kat kampung.....hehe....
EA: Ada manusia yg duk ngumpat2+tag2 nama encik EA kat FB yerkk!! Jagala org2 yang tag tuu..huhu...
EA: Ada manusia yg duk ngumpat2+tag2 nama encik EA kat FB yerkk!! Jagala org2 yang tag tuu..huhu...
Thursday, April 7, 2011
BLOG DIREHATKAN!
ENCIK EA AKAN BALIK KAMPUNG. JADI BLOG INI AKAN DIREHATKAN. JADI JUMPA LAGI MINGGU DEPAN...HEHE...
Wednesday, April 6, 2011
TERJAH BLOG!
Ok kali ni EN EA malas nak post apa2. Takde mood. En EA nak terjah blog2 kat bawah ni jer ---->
CIK BERRY-BERRY (blog cintan cintun)
CIK KELIP - KELIP (blog diprivatekan. insomnia katanyer.haha..)
CIK NURSHIE (kawan baru dari USM. Oghang Perak jugak. Hehe..)
CIK ZIGAKI (blog utk EN EA tenangkan ati. byk petua2 yg bgus untuk kehidupan. hehe..)
CIK NASRYN KHAN (blog wajib dikomen..haha)
CIK YUMMIE (blog kemunculan semula dari cik yummie)
CIK YUYU (blog yang sangat2 jiwang mcm tuannya)
Eh, nape semua blog pempuan??? Hehe..Saje2 jer sebab nak membuktikan yang en. EA ni tak seksis+diskriminasi plak terhadap kaum wanita seperti sesetengah pihak cakap tu malah en EA memartabatkan wanita. Buktinya en. EA mendahulukan blog2 wanita ni...hehe...
EA: Masih dalam proses menyiapkan penilaian en EA terhadap kosmate2 EA merangkap adik beradik EA yang semuanya wanita tu..Tunggu jela masa dipostkan..hehe...
Monday, April 4, 2011
EA SERBA TAK KENA SEBAB......
Pusing kiri serba tak kena
Pusing kanan serba tak kena
Pusing depan serba tak kena
Pusing belakang serba tak kena
Tidur pun tak lena
Mandi pun tak basah
Makan pun tak kenyang
Hati pun tak tenteram
Nak kata pungguk rindukan bulan...tidak
Nak kata menunggu orang perantauan...tidak
Nak kata menunggu kekasih hati...tidak
Apa lagi yang boleh dikatakan
Bukan kerana tesis
Bukan kerana peperiksaan
Bukan kerana wang
Bukan kerana apa-apa
Cuma satu
Dua
Tiga
Empat
Lima
Enam
Tujuh
Lapan
Sembilan
Sepuluh
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kerana sudah lama mengindamkan
Isk2.....
Hmmmmmm........
=((
Oh.................
='(
Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!
EA : Dalam dua tiga minggu kebelakangan ni, aku btuah sbb dapat makan MCD yg percuma.Tapi KFC tetap di hati. Hehe...
Analisis ABP 2010
Haha jangan terkezut kepada sapa2 yang baca entri ni. Disamping menganalisis tesis, aku pun menyempatkan diri nak menganalisis Anugerah Bintang Popular 2010 yang baru berakhir semalam. Kali ni aku akan analisis bukan menggunakan kerangka minimalis atau semantik kognitif tapi analisis ini dikenalis sebagai Analisis Earell Arel (Wahh boleh buat untuk tajuk blog ni. hehe..) Seperti yang dijangka dan tidak dijangka, beberapa keputusan memperlihatkan 'keputusan sudah diduga' dan juga 'keputusan kejutan'. Sebelum tu mari kita lihat keputusan penuh ABP 2010 terebut:
Keputusan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010
Berdasarkan keputusan di atas,artis lelaki mendominasi anugerah dengan memenangi 11 anugerah termasuk anugerah bintang paling popular dan artis mobile popular berbanding artis wanita yang hanya memenangi sebanyak 7 anugerah tidak termasuk anugerah khas iaitu Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat. Bagi anugerah Penyampai Radio Popular, Faizal Ismail dalam Fara Fauzana meneruskan penguasaan mereka dalam kedua-dua kategori tersebut. Mungkin disebabkan mereka lebih menonjol berbanding calon lain kerana, mereka bukan sahaja merupakan penyampai radio tetapi pengacara juga. Selain itu, calon-calon lain dilihat agak 'lemah' kerana tidak mempunyai aura yang kuat bagi menandingi FBI dan Fafau.
Untuk Pengacara TV pula, seperti yang telah dijangka, Aznil meneruskan kecemerlangannya sebagai pengacara no. 1 negara apabila mengondol Pengacara Lelaki TV Popular apabila memenanginya buat kali kesembilan berturut-turut. Fara Fauzana juga mempunyai sebab untuk 'tidur lena' semalam kerana memenangi Pengacara TV Wanita Popular seterusnya meletakkan artis ini sebagai antara tiga artis yang mengondol dua anugerah semalam. Namun satu persoalan yang bermain di benak, apakah Fara Fauzana mampu mengekalkan kejuaraan untuk tahun depan apabila beliau tidak lagi menjadi pengacara 'Melodi' kerana Melodilah yang meletakkan namanya sebagai 'Pengacara No. 1 Wanita' buat masa ini. Sama-sama kita tunggu untuk tahun depan. Anugerah Artis Lelaki Komedi pula dimenangi Zizan yang juga pengacara pada malam itu yang bergandingan bersama-sama Sharifah Shahira dan juga Raja Azura. Manakala Norkhiriah mengondol Anugerah Artis Komedi Wanita Popular.
Kategori Artis Baru pula telah memilih Shahir AF8 dan Ana Raffali, Juara Lagu 2010 sebagai pemenangnya. Tak banyak yang boleh diperkatakan kerana kedua-dua artis ini sememangnya layak kerana telah dipilih sebagai juara sebelum ini dalam Akademi Fantasia (Shahir AF8) dan Anugerah Juara Lagu 2010 (Ana Raffali). Sixth Sense juga boleh dianggap bertuah kerana mereka bukan sahaja memenangi Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular malah turut memenangi Artis Mobile Popular hasil daripada lagu mereka yang telah dimuat turun paling tertinggi oleh peminat. Namun agak mengejutkan bagi Kategori Pelakon TV Wanita Popular yang telah dimenangi oleh artis yang dianggap paling kontroversi iaitu Fasha Sandha. Kemenangan Fasha Sandha boleh dikatakan sebagai 'come back' setelah diulit pelbagai kontroversi sebelum ini. Adakah kemenangan beliau membuktikan bahawa beliau telah diterima kembali oleh peminat? Selain itu, kemenangan aktor Remy Ishak juga 'sedikit' mengejutkan kerana beliau berjaya menewaskan aktor lain seperti Aaron Aziz dan Shaheizy Sam. Walaupun begitu, peminat pasti tidak mempertikaikan keputusan ini kerana Remy Ishak sememangnya aktor yang berbakat dan hebat lagi-lagi lakonannya yang mantap dalam drama 'Nurkasih' sebelum ini.
Bagi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular, Shaheizy Sam berjaya menambah koleksi trofi dalam simpanannya setelah memenangi anugerah dalam Anugerah Skrin baru-baru ini. Lihat sahaja di pawagam ketika ini, muka aktor ini pasti menjadi pilihan apatah lagi filem Adnan Sempit yang telah memecahkan 'box office' telah menaikkan nama aktor ini di persada tanah air. Lisa Surihani juga tidak pulang dengan tangan kosong apabila membawa pulang Pelakon Filem Wanita Popular seterusnya meletakkan namanya sebaris dengan pelakon wanita popular yang lain. Kategori Penyanyi Lelaki Popular tidak memperlihatkan kontroversi apabila Faizal Tahir memenanginya pada kali ini. Berbanding Kategori Penyanyi Wanita Popular, keputusan Datuk Siti Nurhaliza untuk menarik diri telah menjadikan kategori ini sebagai yang ditunggu-tunggu kerana peminat ingin melihat siapakah artis yang bakal mengambil alih tempat Datuk Siti. Namun kemenangan Yuna sedikit menjadi pertikaian lebih-lebih lagi terdapat calon lain yang lebih layak seperti Stacy. Pun begitu peminat seharusnya menerima keputusan ini kerana mereka yang mengundi.
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat telah memilih Datuk Rosnani Jamil sebagai penerimanya kerana sumbangannya yang besar dalam dunia perfileman tanah air. Walaupun dilihat agak uzur ketika menerima anugerah tersebut namun beliau tetap bersemangat semasa menyampaikan ucapan. Namun apa yang menjadi perhatian adalah, gimik penutup yang sememangnya amat menjadi dan amat menghiburkan. Sudah tentu pelakon Hantu Kak Limah yang terkenal dengan tagline 'kita bakor jer, kita bakor!" iaitu Usop Wilchan membuatkan seluruh audies di Arena Genting Highland tak kering gusi dengan lawak jenakanya yang selamba dan mencuit hati. Andai kata anugerah semalam merupakan anugrah paling hambar, peminat pastinya mengganggap anugerah tersebut antara paling meriah disebabkan gimik penutupan yang tidak disangka-sangka itu. Namun apa yang lebih penting adalah kemenangan Shaheizy Sam menjadikan aktor tersebut sebagai aktor no. 1 negara ketika ini apabila diumumkan sebagai Bintang Paling Popular 2010.
EA: Bila la pulak giliran aku naik pentas terima anugerah tu..Hehe...
Sunday, April 3, 2011
PEREMPUAN MEMANG SUKE GADUH???
AMARAN: ENTERI INI TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN MANA2 PIHAK!
Hi Hi hi..Kali ni aku malas nk guna dialek apa2 dah. Guna bahasa rojakbuah + pasar malam jela. Ada orang kata, aku ni agak bias (dlm BM: prasangka) dan suke post enteri enteri yang meroyan2 terhadap kaum wanita. Yela kebanyakkan enteri2 aku pun dikatakan banyak mengutuk dan mempersoalkan sikap wanita. Tajuk kat atas ni memang terang2 aku sekali lagi dengan sengaja dan dengan rela hati bercakap mengenai wanita. Sebenar sapa2 tak lahayak mempersoalkan kenapa ak suuke bercakap pasal wanita. Suka hati aku ler nk tulis apa pun. Huhu.. Jika dikaji, blog2 wanita juga lebih banyak menulis berkaitan lelaki malah byk mengutuk lelaki. Lelaki adalah itu, lelaki adalah ini. Aku bukan nak membalas atau nak balance kan sebab kalau kata nak balance confim aku kalah sebab majoriti penulis blog adalah wanita. Tak mampoo nak melawannya. Sebab itu, aku memekakkan telinga untuk mendengar suara2 sumbang yg menuduh aku ni bias terhadap wanita. Takkan kerana sebilangan kecil blogger lelaki yg bercakap pasal wanita, korang yg wanita tu dah nak melenting. Cakap, kenapa encik EA ni asyik2 cakap wanita xelok, wanita mcm tu la dan mcm2. Nampak sangat wanita2 tu takut dengan tulisan2 blogger lelaki. Haha...
Ok, kita abaikan sekejap bende kat atas.Berbalik kpd tajuk, aku lihat sekeliling hari ni, kaum perempuan mesti dikatakan kaum yang suke gaduh. Aku takdela pulak bukti saintifik yg mengatakan bahawa majoriti kaum perempuan suka gaduh berbanding kaum lelaki. Tapi apa yg berlaku kat sekeliling aku sudah cukup untuk membuktikannya. Tak kiralah gaduh itu, gaduh serius, suke2, benci2 atau sebagainya, yg penting apa yg aku persoalkan perempuan memang suke gaduh ker lagi2 sesama perempuan? Enteri ini bukan ditujukan kepada sapa2 yer. Baik CikApi Kelip2, Cik Berry2, Cik Nasryn, Cik Zigaki atau sapa2 la yg rasa2 die tu pempuan. Cuma pengalaman aku sendiri yg melihatnya. Kalau bab2 gaduh ni mesti perempuan. Dia kutuk orang tu. Orang tu kutuk dia. Isunya pulak kadang2 sangat mengelikan hati. Yela sebab rebut buku, sebab baju kwn dia lagi cantik, sebab dia rapat dengan kawan sorang lagi dan macam2 sebab laGILA lagi la. Ada kawan aku tu gaduh sebab rebut ayam goreng. Padahal isu2 tu bukannya serius mana pun . Lain la kalau rebut EA boyfren ker, curik duit ker bolehla aku terima lagi sebab ada ler lojiknyer. Ini majoriti pmpuan2 yg gaduh ni aku tengok isunya sagat kebudak2kan. Aku kadang2 pening juga sebab benda tu selalu juga terjadi kat kawan2 rapat aku. Diorang gaduh aku pulak macam tersepit2 kat tengah. Bak kata pepatah anjing sama anjing bergaduh, kucing mati di tengah2 gajah sama gajah bergaduh, pelanduk mati ditengah2. Yela kalau org tu, kawan baik sendiri aku pulak yg jadi serba salah. Pegi kat orang sini, orang sana cakap apa pulak. Pegi kat orang sana, orang sini cakap apa pulak. Bila aku tak pegi kat dua2 pun, dua2 pun pahit masam muka jugak. Poning aku weihh...
Aku akui bukan pempuan jer yg suka gaduh. Laki pun ada jugak gaduh. Aku tak cakap laki tak pernah gaduh cuma majoritinya sikit. Mungkin sebab pempuan sifatnya yang banyak syak wasangka atau terlalu sennsitif dan sebagainya menyebab mereka jadi macam tu. Salah sikit mulalah nak melenting. Lagi kalau berlaku pada 'bulan' yang tertentu. Kesensitifan memang akan naik secara mendadak. Huhu.. Satu lagi pempuan ni dikatakan sukar mengawal emosi. Mungkin ini juga salah satu faktor mengapa pempuan dicop sebagai kaum yang suke bergaduh. Berbanding sifat lelaki yang kurang sensitif, mempunyai sikap yang tak ambil peduli sangat terhadap isu2 menyebabkan diorang jarang bergaduh. Tapi kalau sekali bergaduh teruk juga lagi2 kalau kes rebut awek. Aku sendiri pernah juga bergaduh teruk tapi aku tak ambik pusing pun sebab aku anggap bende tu sebagai remeh temeh jer. Diorg pulak yg lebih2. Hehe...Tapi bukan itu persoalannya sama ada teruk atau tak pergaduhan tu sebab persoalan sebenarnya, kekerapan pergaduhan itu. Dan selalunya kalau bergaduh tu, mesti cakap2 belakang. Mengapa korang tak bincang elok2 ker atau anggapla ia sebagai takde bende ker sebab masalah pempuan ni diorg terlalu ambik pot sangat. Lagi satu cuba kawal emosi tu. Setan ni banyak jer kat sekeliling. Lagi suke la setan2 tu tengok korang gaduh tarik2 rambut. Huhu..So, kurangkan gaduh, jgn saling menuduh dan mari berteduh (bwh lembayung kaabah.hehe..)
EA: Pernah tengok pempuan sama pempuan gaduh sebab sorang lelaki ni. Lelaki yang jd bahan pergaduhan tu, siap ketawa lagi tengok diorg gaduh..Apa daa... =))
Hi Hi hi..Kali ni aku malas nk guna dialek apa2 dah. Guna bahasa rojak
Ok, kita abaikan sekejap bende kat atas.Berbalik kpd tajuk, aku lihat sekeliling hari ni, kaum perempuan mesti dikatakan kaum yang suke gaduh. Aku takdela pulak bukti saintifik yg mengatakan bahawa majoriti kaum perempuan suka gaduh berbanding kaum lelaki. Tapi apa yg berlaku kat sekeliling aku sudah cukup untuk membuktikannya. Tak kiralah gaduh itu, gaduh serius, suke2, benci2 atau sebagainya, yg penting apa yg aku persoalkan perempuan memang suke gaduh ker lagi2 sesama perempuan? Enteri ini bukan ditujukan kepada sapa2 yer. Baik Cik
Aku akui bukan pempuan jer yg suka gaduh. Laki pun ada jugak gaduh. Aku tak cakap laki tak pernah gaduh cuma majoritinya sikit. Mungkin sebab pempuan sifatnya yang banyak syak wasangka atau terlalu sennsitif dan sebagainya menyebab mereka jadi macam tu. Salah sikit mulalah nak melenting. Lagi kalau berlaku pada 'bulan' yang tertentu. Kesensitifan memang akan naik secara mendadak. Huhu.. Satu lagi pempuan ni dikatakan sukar mengawal emosi. Mungkin ini juga salah satu faktor mengapa pempuan dicop sebagai kaum yang suke bergaduh. Berbanding sifat lelaki yang kurang sensitif, mempunyai sikap yang tak ambil peduli sangat terhadap isu2 menyebabkan diorang jarang bergaduh. Tapi kalau sekali bergaduh teruk juga lagi2 kalau kes rebut awek. Aku sendiri pernah juga bergaduh teruk tapi aku tak ambik pusing pun sebab aku anggap bende tu sebagai remeh temeh jer. Diorg pulak yg lebih2. Hehe...Tapi bukan itu persoalannya sama ada teruk atau tak pergaduhan tu sebab persoalan sebenarnya, kekerapan pergaduhan itu. Dan selalunya kalau bergaduh tu, mesti cakap2 belakang. Mengapa korang tak bincang elok2 ker atau anggapla ia sebagai takde bende ker sebab masalah pempuan ni diorg terlalu ambik pot sangat. Lagi satu cuba kawal emosi tu. Setan ni banyak jer kat sekeliling. Lagi suke la setan2 tu tengok korang gaduh tarik2 rambut. Huhu..So, kurangkan gaduh, jgn saling menuduh dan mari berteduh (bwh lembayung kaabah.hehe..)
Mampu gaduh macam ni? Haha...
ISLAM KER MACAM TU??? : PERSOALAN UNTUK PEREMPUAN TUDUNG LABOH.
Ape kabo kome? Kali ni awok nak gune bahase Kuale Kangso la pulak. Tempat asei awok. Awok ni bukan hebat sangat pun kalau nak suroh cakap org kuale tapi bak kata org, boleh ler sikit2. Janji ade ler bunyinyer. Ha, kali ni awok maleh dah nak cakap pasei tesis. Asyik tesis, tesis, tesis. Buka blog Cik Kelip post pasei tesis, bukak blog cik Nasryn cakap pasei tesis. Jenuh dah awok nak bacenyer. Tak larat. Berpinor2 mate awok membacenyer. Kali ni awok nak cakap sikit pasei satu isu ni. Mungkin bagi sesetengah org isu ni agak sensitif ler sikit. Bese ler kome oi. Isu2 pasei agame ni bukan isu main2. Silap hari bulan tak pasei2 kite kene kecam nanti. Awok takdela nak cakap isu2 yang mengarut sangat ni kat yob dgn yong oi sebab awok ni bukannya alim sangat macam sesetengah org tu. Pe yang awok nak cakap ni bende yang memang berlaku kat sekeliling idop awok. Awok nak tanye sikit kat kome, Islam ni macam maner sebenor2nyer? Maksud awok ada ker sampei satu tahap pempuan memang xboleh langsong bergaul dengan lelaki? Banyak benor situasi awok dah tengok lagi2 kat tempat awok belajo ni. Bende ni takdela jadi kat laki yang pakei kopiah serban tu tapi kat pempuan yang boleh awok kategorikan sebagai pempuan tudung labuh ala2 kelambu tu. Kalo kat tempat awok (utk yg bkn UKM), pempuan2 macam ni banyak ambik Fakulti Pengajian Islam (FPI). Apa yang awok musykilkan ade ker dalam Islam cakap, pempuan2 tak boleh langsung berdekatan dengan lelaki walaupun dalam satu kumpulan asigment. Satu lagi, pempuan2 'Islam' ni tak boleh ker kongsi tempat duduk dengan org bukan Islam walaupun orang bukan Islam tu pempuan jugak.Yela sampei nak dok sebelah2 pun tak boleh. Pening juga awok dok mikior bende ni..
Awok tak tahula yang awok ni memang jahil dalam agama ke x. Tapi awok nak tanya kat kome semua berdasarkan dua situasi yang awok nak cite ni sebab situasi ni memang awok sendiri menyaksikan dan mengalaminye sendiri:
SITUASI 1 - Bende ni sebenornya banyak kali dah berlaku tapi ade sekali awok penah terkene. Sem ni jugek. Mcm ni, adeler dalam satu kelas untuk satu subjek ni, lectrer awok suruhla buat kumpulan untuk asigment. Pastu adaler sorang pempuan ni. Dia nak satu kumpulan dengan awok. Besela nak cri kumpulan asigment bukan senang lagi2 bukan subjek major. Pastu die ajakla sorang lagi kawan pempuan dia. Pastu kawan pempuan dia yang ala2 FPI tu cakap die tak boleh satu kumpulan dengan laki. Kalau tak silap awok bukan pasei dia malu ke tak tapi bila tanya die kenape, dia cakap tak boleh nak bergaul dengan lelaki. Haram katenyer cakap dengan laki. Bende mcm ni bukan berlaku kat awok jer tapi kat kawan2 awok juga. Yela awok tau ler yang suara pempuan tu aurat. Tapi takkan la tak boleh cakap langsung dengan lelaki? Setakat ilmu agama awok yang cetek ni, takdela pulak awok baca yang Nabi ade melarang isteri2nya sendiri cakap dengan lelaki? Lagipun nak buat asigment ni bukan ler 24jam nak jumpa dan bcakap jer. Mike siapkan keje mike, awok siapkan keje awok. Abis cite. Bincang sikit2 sudah. Kalau setakat takut sentuh tangan tu awok blh maafkan lagi sebab memang haram pun pempuan sentuh lelaki (lecterer awok cakap pempuan yg sentuh kulit lelaki atau laki sentoh kulit pempuan ibarat meyentoh kulit babi dosanya) tp sape suroh bincang sentuh2 tangan? Pelik benor awok dengan pempuan mcm ni. Yela awok tetap menghormati pendirian pempuan tu tapi bagi awok jangan la sampei tak boleh cakap langsung dengan lelaki. Abis tu, takkan pempuan tu tak pernah kuorkan suara kot bile nak cakap dengan laki. Laki ada kat mane2 ler yong. Mungkin kalau kat bank ker, cafe ker yg ada org laki entah2 pempuan tudong laboh tu guna bahasa isyarat kot tak pun suruh sapa2 mewakili dia sebab nak jaga sangat AURAT die tu. Pelik awok. Ish2..Islam ker macam tu???
SITUASI 2 - Pernah dulu ateh bas. Adaler dua org pempuan India ni duk kat tempat dudok belakang dengan sorang lagi penumpang bas. Mula2 bas tu memang penuh sampei ada yg kene berdiri. Adala jugak sorang pempuan tudung labuh ni yg kene berdiri sebab dah takde tempat duduk. Kemudian bile penumpang bas yg dekat pempuan2 India turun, sit kat situ pun kosong la satu. Peh tu pempuan India tu dengan rasa kesian tgk pempuan tudong laboh tu sebab kene berdiri dengan begnya berat, kat tangan lagi ada fail dengan bukunya, pempuan2 India tu pun suruh la yg pempuan tudung laboh tu duduk kat depe. Dengan muke menyampahnya, pempuan tudong laboh tu langsong tak respon. Banyak kali juga pempuan2 India tu pelawa dudok. Yang awok herannya, pempuan tudong labuh tu jangan kata nak cakap terima kasih ker sebab pelawe tapi buat lagi muka menyampah kat pempuan2 India tu. Peh tu pempuan2 India tu saling berpandangan la sebab diorg pelik tengok pempuan tudong laboh tu peragei mcm tu. Pehtu pempuan2 India tu cakap apatah dalam bahasa Tamil yg awok sendiri tak paham. Awok tak tahu npe pempuan tudong laboh tu perangei mcm tu. Ada ker dlm Islam cakap jgn duduk sebelah dengan org bkn Islam. Yela kalo laki awok bule terime lagi tapi ni pempuan kot. Cume pempuan tu org India jer. Yeler kalau mike taknak pon cakapla elok2 ker. Takdela pempuan India tu pelik. Awok tak tekejut kalau pempuan India tu cakap, macam ni ker orang pempuan Islam? Banyak sangat ker peraturan dalam Islam yg pempuan tak boleh buat tu tak boleh buat ni sampei nak dudok sebelah pempuan bukan Islam pun tak boleh? Awok tak tkejut kalau pempuan India tu menyampah kat pempuan tudong laboh tu sebab awok sendiri pun meyampah giler tengoknyer. Rasa nak bakor jer tudong laboh dia tu. Kite bakor jer kite bakor! Memalukan Islam! Yang peliknyer pempuan India tu pulok yg tunjukkan contoh yang baik. Patutnyer pempuan tudong laboh buat mcm tu. Baruler org tertarik dengan Islam. Ini tak, lagi takut kot org dengan Islam kalau muslimahnya yang dikaterkan kuat agama pun perangei mcm tu. Huh! Pempuan tudong laboh tu ingat Islam sangat ker die buat mcm tu? Tak taula pulak awok kalau memang ada DALIL yg kabor pasei pempuan Islam dilarang bergaul dengan pempuan bukan Islam lagi2 duduk bersebelahan dengan mereka. Kalau ade kome bgtau awok. Awok nak buktikan yang awok ni salah. Bagi awok kalau dh perangei mcm tu, toksah mimpi ler nak berdakwah. Dakwah lagi ler kena hadapi mcm2. Nak duduk sebelah pempuan bukan Islam pun mcm dh jijik inikan nak suroh bagi ceramah dan dakwah kat depe. Jangan mimpila yonggg..
Pakaian dah ikut sunnah tapi perangai/sikap ada ker kome ikut sunnah? (gambar sekadar hiasan)
EA: Sebab tu kadang2 awok tak suke pempuan2 tudong laboh ni. Bukan tak suke sebab depe tudong laboh tapi awok rase depe terlalu sempit dengan hukum2 agame. Suke kawan dengan pempuan tudong laboh yang berfikiran terbuka dan sporting tapi masih mengekalkan ciri2 muslimahnya Bagi awok tu ler pempuan muslimah sejati..Huhu..
Friday, April 1, 2011
OBJEKTIF BULAN APRIL DAN TARIKH2 PENTING!
Hari ni bermulalah satu lagi tarikh baru. Sebenarnya takde beza pun tarikh ni dengan tarikh2 lain. Yela mungkin berbeza daripada segi angka. 1/4 ke, 1/3 ke, 1/10 ke, bagi aku semuanya sama. Tapi mungkin bagi aku 1/4 ni ada signifikannya. Yela bulan April ni, bulan terakhir untuk aku berjimba2 sambil belajar kat UKM sebelum aku menyambung praktikal kat umah aku (maksud aku kat sekolah lama aku...huhu...). Now dalam bulan April ni aku dh letak macam2 harapan. Kalau dalam istilah saintifiknya dipanggil objektif. Mungkin istilah objektif tu lebih sesuai digunakan sebab ia mengandungi matlamat yang perlu kita buat. Kalau dikatakan harapan mungkin ia akan berlaku atau dicapai atau mungkin jugak tinggal harapan. Tapi tak kisahlah. Mana2 pun boleh. Janji aku dapat buat. So, apa harapan dan objektif aku untuk bulan April ni? Kita lihat bulatan warna hitam tu dan itulah objektif aku..hehe....
- Siapakan semua asgment sebelum 6/4/2011 sebab nak balik rumah. Hehe...
- Siapkan tesis sepenuhnya sebelum 15/4/2011. Orang lain dah siap dh..huhu...
- Jilid tesis sebelum 20/4/2011. Insya Allah kalau xd apa2 berlaku nak jilid pada tarikh ini juga sebab busy nak buat benda lain.
- Nak settlekan borang master sebelum 25/4/2011.
- Nak balik rumah pada 26/4/2011
Tak banyak pun objektif aku. Permasalahannya memang banyak tapi letak la lima objektif tu jer..Haha...Harap2 objektif2 ni dapat dicapai...
Selain tu, dalam bulatan warna biru pulak ialah tarikh2 peperiksaan yang bakal aku hadapi:
14/4/2011 - Laras Bahasa
15/4/2011 - Bentuk-Bentuk Penulisan
18/4/2011- Bahasa Asing
Dan bulatan warna kuning adalah hari jadi adik2 aku...Hehe..
10/4 - Muhammad Najmi bin Shari
13/4 - Nur Amalina Bt Shari
EA: Pening dan runsing. Terpaksa tukar objektif kajian untuk tesis setelah tajuk tesis aku ditukar..Huhu..
Subscribe to:
Posts (Atom)