Sunday, March 27, 2011

Virus Serang Laptop : Earell Arel Terima Tekanan Hebat Siapkan Tesis

Bangi: Earell Arel telah menghadapi tekanan yang hebat disebabkan segerombolan virus yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti Trojan, Trackware, Spyware dan lain-lain telah menyerang kubu pangkalan data dan pelbagai program dalam laptop peribadi milik pelajar Linguistik Tahun 3 UKM itu dekat sini. Beliau berkata, pada mulanya beliau mengalami kesukaran untuk membuka fail-fail yang disimpan dalam Local D dan tidak menjangkakan bahawa virus-virus tersebut menyerang pangkalan simpanan data tersebut.


" Mula-mula semasa saya hendak membuka fail tesis dan movie tiba-tiba berlaku gangguan yang mana fail-fail tersebut terus ditutup tanpa sempat saya membukanya".

Kehadiran bangsa-bangsa virus itu hanya disedari selepas beliau menggunakan perisian anti virus untuk mengenal pasti punca sebenar kesukaran untuk membuka data-data fail yang sememangnya begitu penting apatah lagi dalam saat-saat kesibukan beliau untuk menyiapkan tesis untuk dihantar pada bulan April ini telah menambahkan lagi tekanan yang dihadapi oleh beliau.

" Saya sedar bahawa saya terpaksa memerlukkan pertolongan pihak-pihak tertentu agar virus-virus ini dapat ditumpaskan namun dengan keadaan masa yang semakin suntuk ditambah lagi pelbagai asigment yang perlu dihantar dengan segera menyebabkan saya terpaksa menangguhkan hasrat untuk menghantar laptop saya untuk diformatkan."

Tambah beliau, kehadiran virus-virus itu adalah pertama kali sepanjang beliau menggunakan laptop berkenaan. Menurut beliau, sebelum ini memang terdapat sebilangan kecil virus tapi virus-virus itu dapat ditumpaskan walaupun dengan perisisan anti virus percuma yang dimuat turun daripada internet. Namun kali ini, virus-virus tersebut telah bertindak dengan lebih ganas dengan menyerang secara besar-besaran di saat Earell gigih menyiapkan tesisnya.

"Saya harap saya dapat menghantar tesis walaupun laptop saya mempunyai lebih tiga puluh virus yang mungkin akan menyebabkan kemusnahan yang besar ke atas seluruh pangkalan data saya" - AGENSI

3 comments:

  1. der bila masuk lam berita nih?aku xnah jumpa pun...budget famous sangat la tuh..perasaaaan ja lebih hang nih..urghh cek xtaw lah nak wat cmna kat org perasan ni...huhu

    ReplyDelete
  2. huhu hang jeles la tu hang xdpt masuk berita. hang ni suka jeles kat cek no..huhu...

    ReplyDelete
  3. ..................................

    ReplyDelete