Tuesday, March 29, 2011

KENYATAAN AKHBAR EARELL AREL!!!

EARELL AREL
PELAJAR UKM TAHUN 3
KENYATAAN AKHBAR

Saya telah dipanggil untuk membuat sedikit kenyataan akhbar berkaitan isu-isu yang melibatkan hal peribadi yang telah dibangkitkan oleh sesetengah pihak sejak akhir-akhir ini.

Isu peribadi yang dimaksudkan bukanlah berkait dengan kontroversi klip video atau sebarang isu yang dianggap panas yang telah menjadi topik yang meluas dalam kalangan media. Isu yang telah dibangkitkan adalah berkaitan dengan tuduhan bahawa saya telah berscandal dengan pihak tertentu sehingga membawa kepada anggapan sesetengah pihak bahawa saya sedang mempunyai hubungan serius dengan pihak-pihak tersebut. Sesungguhnya isu-isu tersebut sedikit sebanyak telah mencemar nama baik saya kerana ia bukan sahaja menjadi bahan umpatan dan bualan malah menyebabkan kredibiliti saya sebagai insan yang bersih dari sebarang kontroversi menjadi tercemar.

Saya ingin menjelaskan sekeras-kerasnya bahawa saya tidak menjalinkan sedikit pun hubungan dengan siapa-siapa sama ada kawan baik, rakan sekelas, rakan dalam FB dan sesiapa sahaja orang yang saya kenali sama ada rapat atau pun tidak. Saya juga dengan tegas ingin mejelaskan bahawa saya masih single available walaupun mungkin kadang kala saya dilihat keluar dengan beberapa rakan wanita yang saya anggap sebagai sahabat baik saya sendiri. Walaupun sebenarnya saya tidak ambil serius isu ini kerana saya sudah lali berhadapan situasi ini sejak sekolah lagi tapi saya tetap ingin membuat kenyataan agar segala perlakuan saya tidak di salah tafsirkan.

Saya juga meminta kepada semua pihak agar tidak membuat ulasan, kesimpulan mahupun tanggapan sendiri terhadap apa sahaja yang saya lakukan tanpa bukti yang sahih lagi benar. Saya ingin mejelaskan lagi bahawa tidak bermakna saya keluar dengan sahabat-sahabat wanita, saya mempunyai hubungan istimewa dengan mereka. Saya hanya mengganggap mereka sebagai kawan karib biasa dan tidak lebih daripada itu. Saya mengakui bahawa memang saya ada keluar pergi menonton wayang, shoping dan sebagainya tetapi bukan atas nama sebagai pasangan KEKASIH tetapi sebagai kawan baik. Ingin saya ulang sekali lagi, KAWAN BAIK.

Sebelum ini juga saya telah keluar bersama ramai lagi rakan wanita sama ada pelajar UKM mahupun tidak malah bukan setakat keluar di sekitar Bangi dan Putrajaya sahaja, Kuala Lumpur dan tempat-tempat lain juga saya pernah keluar dengan pelbagai rakan wanita yang saya kenali secara baik tetapi saya tidaklah menganggap mereka sebagai scandal apatah lagi kekasih. Jika mahu kan bukti, sila berjumpa saya. Saya akan bawa rakan-rakan wanita yang lain yang bukan daripada kursus pengajian yang sama bahawa saya pernah keluar bersama mereka.

Walau bagaimanapun saya tidak menyalahkan mana-mana pihak di atas tanggapan tersebut kerana masing-masing ada pandangan yang tersendiri. Saya mengakui bahawa saya memang sedang mencari dan menunggu wanita pujaan hati saya tetapi buat masa ini saya tidak mempunyai hubungan dengan mana-mana wanita apatah lagi wanita dalam kursus pengajian yang sama. Saya anggap semua wanita dalam kursus pengajian saya adalah adik beradik saya sendiri dan tidak lebih daripada itu. Mungkin sesetengahnya saya anggap seperti nenek dan mak cik sendiri tapi tidaklah sampai ke tahap kekasih. Oleh itu, saya harap kenyataan ini jelas. Saya juga berharap agar sesetengah pihak tidak terguris hati atau berasa tidak selesa sekiranya saya keluar dengan kawan-kawan wanita yang lain kerana saya tidak mampu nak menjaga hati semua pihak. Maka dengan rasa rendah diri saya memohon maaf sekiranya ada pihak yang terguris dan sebagainya. Apa yang penting adalah semoga ikatan ukhwah kita sentiasa kukuh buat selama-lamanya.

Sekian terima kasih.

Wasalam...

10 comments:

  1. motif en sharel??kiteorg gurau jer la..sensitif la pulak..huhu

    ReplyDelete
  2. haha hrp2 ini dpr menjwb segala persoalan yg bmain di minda.kehkehkeh...

    ReplyDelete
  3. hahaha..adik beradik okla..'nenek or makcik' tu bukan aku yer..peace!!

    ReplyDelete
  4. sentap mak nok!!!yayang kita ngamukkkkkk....hahaha..cm mrh jer hehe...

    ReplyDelete
  5. tau xpew..'abe' kalo marah xensem la 'abe' oii..

    ReplyDelete
  6. CIK NASRYN

    tau pun! haha...

    CIK KELIP-KELIP KU SANGKA API

    hehe senyummmmm.....

    ReplyDelete
  7. owh My!jangan la mrh yayang heeee...senyummmmm

    ReplyDelete
  8. bilakah s0klan ini ditanya??? dan kenapakah hamba tdk mengetahuinya??? reLek B... jgn mar0h neh.. kihkihkihhhh

    ReplyDelete
  9. abe, yayang, b,..korg2..madu kite yg sorg lagi tu mane??hahaha

    ReplyDelete
  10. bagaimana dgn keluar dgn lelaki???berscandal dgn lelaki????

    ReplyDelete