Monday, February 28, 2011

Hari terakhir Febuari dan Blog Aku

Hai..sudah beberapa hari tak post kat blog. Bukan aku tak menulis cuma isu yang aku tulis itu masih lagi dalam simpanan draf. Mungkin kepenatan dan kesibukan dalam dua tiga hari ini menyebabkan semua post-post tu masih lagi dikategorikan sebagai draf. Hehe..Tapi tak mengapala. Nanti aku akan cuba keluarkan semua post-post itu secepat yang mungkin. Okla kita kembali kepada tajuk yang asal. Hari ini adalah hari terakhir untuk bulan Februari bagi tahun 2010 iaitu 28/2/2011. Maka esok kita 'melompat' terus ke tarikh 1/3/2011. Jadi siapa-siapa yang lahir 29/2 terpaksa la sambut tahun depan jela. Tapi best juga birthday dua kali setahun. Bak kata orang, lambatla 'tua'nya sbb umur pun bertambah dua tahun sekali jer. Tak mcm orang lain yang bertambah tiap2 tahun. Huhu...

Selain itu juga, bermula esok 1/3/2011 aku akan membuat penjenamaan/reka bentuk semula blog aku tiap-tiap bulan. Nak merasai suasana baru dan lain daripada sebelumnya. Hehe.. Dan dalam perancangan aku juga insya Allah aku akan merajinkan diri untuk berbloging dengan lebih kerap lagi. Mungkin dalam seminggu aku akan cuba menulis sekurang-kurangnya lima isu. Takdela nampak blog aku ni lesu jer. Huhu.. Okla. tu jela apa yang aku nak sampaikan sebelum ini. Jumpa lagi...


EA: Jeles tengok blog-blog yang cantik, banyak isu, dan banyak follower. Huhu aku bila lagi??




Earell Arel

No comments:

Post a Comment