Semalam (21/2/2011) tamatlah sudah Pilihan Raya Kampus 2011 bagi memilih Majlis Perwakilan Pelajar di UKM. Seperti yang aku jangka sebelum ini, pasti akan berlaku UNDI PROTES yang dilakukan oleh PENGUNDI SENYAP yang menyebabkan 'kerajaan' tumbang di tangan 'pembangkang'. Seperti yang telah aku
post sebelum ini, isu-isu seperti AIR, INTERNET, YURAN dsbgnya berjaya digunakan sepenuhnya oleh GMUKM (Gabungan Mahasiswa UKM) selaku pembangkang yang berjaya mempengaruhi pengundi/pelajar di UKM. Mereka juga berjaya memecahkan dominasi ASPIRASI selama tujuh tahun bertapak di UKM iaitu berjaya menguasai 22 kerusi daripada 37 berbanding ASPIRASI sebanyak 15 kerusi.
Selain isu-isu tadi, aku juga lihat, kelalaian dan rasa selesa ASPIRASI kerana dibantu oleh pihak atasan UKM selain JAKSA2 di kolej-kolej juga menyebabkan mereka termakan diri sendiri. Mereka tidak banyak berusaha keras sebagaimana GMUKM yang banyak membuat
piket, demonstrasi dan sebagainya. Isu-isu dan kebajikan pelajar yang dibangkitkan hanya dipandang sebelah mata juga menyebabkan pelajar muak dan putus asa lalu memangkah GMUKM. Bak kata DR MAHATHIR,
mereka mengundi pembangkang bukan kerana mereka suka pembangkang tetapi benci kepada kerajaan. Jadi TSUNAMI berlaku di UKM seperti mana juga berlaku di UM, UPSI dan universiti lain juga.
Jadi semua pihak haruslah ambil iktibar. Jangan sesekali abaikan kebajikan pelajar. Tapi aku juga ragu-ragu dengan kemenangan GMUKM. Bukan apa, mereka hanya menang untuk mengisi tempat sebagai MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR atau bahasa mudahnya sebagai
suara pelajar dan bukannya pengurusan atau pentadbiran UNIVERSITI. Mereka juga tidak boleh menentukan sebarang tindakan atau keputusan. PRK bukan seperti Pilihan Raya Umum (PRU) yang mana siapa menang dia akan jadi kerajaan dan ada semua kuasa pemutus dan pelaksana. Jadi, diharapkan GMUKM betul2 jadi suara yang mendesak pihak atasan agar mendengar hati nurani pelajar. Jadi tahniah kepada GMUKM dan teruskan usaha untuk merampas kembali MMP buat ASPIRASI. Apa-apa pun yang penting kebajikan pelajar tak diabaikan. Walaupun aku hanya ada beberapa bulan lagi di UKM (sedihnya...) tapi aku harap keperluan asas seperti AIR dan INTERNET cepat2 diselesaikan. Yang lain-lain tu anda buatlah perlahan2 dulu. Bagi orang yang macam aku nak habis belajar ni merasa apa yang anda buat tu ada hasilnya. Huhu..
EA: Selesa menjadi pengundi senyap, pengkritik senyap dan orang yang senyap. Biar senyap tapi mampu mengegar dunia. Hehe...