Monday, February 21, 2011

PILIHAN RAYA KAMPUS UKM 2011

Hari ini (Isnin/21.2.2011) adalah hari yang penting bagi UKM. Hari ini juga dikenali sebagai pilihan raya kampus (PRK) bagi menentukan siapakah calon-calon yang bakal mengisi tempat sebagai wakil pelajar seterusnya menduduki Majlis Perwakilan Pelajar (MMP). Walaupun keadaan agak tenang tapi tenang jangan disangka tidak bertegang. Pergaduhan, provokasi dan semacam lagi kontroversi mewarnai pilihan raya kampus yang sentiasa berlaku setiap tahun. Namun tahun ini ada PRK aku yang terakhir sebelum aku tamat pengajian di UKM. Kalau anda nak tahu bagi sapa2 yang tak tahu, kat UKM ni ada dua 'parti politik' terbesar. Pertama, Parti Aspirasi yang bersifat Pro-Kerajaan manakala satu lagi Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) yang bersifat Pro-Pembangkang. Sejak hari penamaan calon lagi dah macam2 kekecohan berlaku. Pihak sini kutuk pihak sana, pihak sana maki pihak sini sampai aku pun naik menyampah. Bukan apa, dua2 pun ada kekurangan masing2. Nak aku jadi calon sudah sah2 tak layak. Haha..jadi biar aku jadi pengundi yang setia saja. Huhu..
Macam pilihan raya umum atau pilihan raya kecil peringat negara, pilihan raya kampus juga tak terlepas dari pelbagai isu yang membelenggu mahasiswa macam aku ni. Isu2 ini pula terbahagi kepada dua; isu tempatan dan isu nasional. Macam pilihan raya negara juga. Isu tempatan ni lebih kepada isu2 di peringkat kolej/asrama manakala isu nasional pula lebih kepada isu2 di peringkat universiti. Jadi isu-isu inilah yang menentukan kemenangan seseorang calon itu kerana sapa yang pandai menggunakan sepenuhnya isu ini, dialah yang menang(walaupun kadang2 ada kemenangan yang diperolehi melalui paksaan dan sistem yang tidak adil; keji!
Apa2 pun aku sudah tahu siapa yang aku akan undi. Aspirasi@GMUKM. Nak tahu?? Tak payah la tahu. Bak kata orang undi adalah rahsia. Nanti aku bagi tahu kat sini nanti ada jer yang boikot aku nanti. Dahla aku ramai kawan dari kedua2 parti sampai serba salah nak undi yang mana. Yang pasti aku akan undi orang yang aku kenal@kawan aku tak kira dari parti mana. Senanglah aku nak bersuara nanti. Hehe..
Jadi kita lihat apa isu2 yang aku lihat, dengar dan rasa yang aku dapat bayangkan hasil dari post2 yang ditulis di FB, cakap2 orang dsbgnya...
1. Isu air - isu ni paling hangat sekarang. Boleh dikatakan semua kolej/satu UKM menghadapi krisis air lagi2 kolej aku, Kolej Pendeta Zaba. Kadang2 ada kolej yang berhari2 takde air jadi isu ni adalah isu yang memang panas! Mungkin ada undi protes disebabkan masalah air yang sangat meruncing sekarang ni.
2. Isu wifi UKM/Jaring UKM - isu ini juga isu yang amat penting (bagi aku ni paling penting). Akhir2 ni internet kat UKM memang lembab tahap siput BABI. siput BABI pun tak lembab mcm ni. Aku la orang yang paling naik angin bila bab2 internet ni. Pantang bagi aku kalau internet lembab apatah lagi tak dapat nak on9! Aku rela undi sapa2 yang boleh perjuangkan agar signal dan kemudahan internet dipertingkatkan. Sapa yang menang nanti please k. Bawa2la isu ini ke pihak atasan dengan segera sebelum aku grad.
3. Isu lampu jalan - UKM ni memang terkenal dengan lampu2 jalan yang 'romantik'. Sangat 'romantik' yer pada waktu malam. Dengan cahayanya yang samar2 memang sesuai sangat nak berdating. Huh! 'Romantik' la sangat sampai aku hampir terlanggar anjing semasa nak pulang balik kolej pada satu malam tu. Dengan jalannya gelap nasib baikla aku sempat elak. Susah wei lampu jalan yang malap+samar. Kalau budak2 perempuan lagi takut tambah2 UKM ni memang terkenal dengan kisah2 hantunya.
4. Isu yuran - isu yuran juga menjadi topik perbualan yang hangat oleh pelajar2 UKM. Bukan apa, kalau aku tengok dalam senarai yuran tertera YURAN KHAS KOLEJ. Apa yuran2 khas ni?? Aku pun tak paham yuran ini yuran untuk apa. Untuk pendidikan khas ker? Apa yang khas sangat ni entah?? Dahla rm100.00 pulak tu. Ingat sikit. Katakanlah dalam kolej aku ada 2000 pelajar. 2000 X 100 = 200 000. RM200 000 tu kolej nak buat apa? Padahal memang sudah ada yuran kolej. Itu baru kolej aku tak tahu la pulak kalau kolej lain pun macam tu jugak. ISHH..Diorg kalau nak makan duit student, senang2 jer ambil macam tu tanpa penjelasan untuk apa yuran tu. Memang macam sial.
5. Isu-isu lain/Isu tempatan - Isu makanan di Kolej Pendeta Zaba tak sedap sebab pengurusan kolej nak monopoli perniagaan di cafe. Kalau monolopoli tapi makanan sedap+banyak takpe. Ni dahla makanan pun macam hampeh, budak2 Zaba ni bukan sikit. Aku tengok dah macam orang kebuluran dah. Please la. Panggil la balik org luar bisnes balik kat cafe tu! Isu jalan berlubang juga jadi topik. dan macam2 lagi. Penat nak menulis. Jadi itulah yang aku dapat tulis. Jadi siapakah yang dapat selesaikan semua isu2 di atas?? Harap yang menang nanti, dengarlah suara2 mahasiswa macam aku ni dan buat kerja. Jangan duk kat bilik PMUKM 2 lepak2 pastu dapat elaun MMP berjoli sakan. Memang kena sumpah jugak dengan aku nanti.
EA : Aku sudah boleh mengundi untuk pilihan raya umum yang akan datang. Lepas habis belajar baru boleh fikir nak undi BN@PR. sekarang tak boleh, takut kena AUKU. Kukuku....
Earell Arel

No comments:

Post a Comment