p/s: Kesedihan aku agak terubat kerana arwah dikebumikan pada hari Jumaat...
Saturday, October 23, 2010
Salam Takziah
Pada 21/10/2010 (Khamis) yang lalu, aku terima berita yang menyedihkan. Ibu saudara sebelah ibuku iaitu kakak sulung ibuku (nama panggilan keluarga: BAKYU) telah kembali ke rahmatullah kerana sakit darah tinggi. Walaupun aku tidak rapat dengan arwah, namun arwah merupakan antara ibu saudaraku yang baik. Ibuku selalu bercerita mengenai arwah sejak ibuku kecil lagi ibuku rapat dengan arwah. Malah dek kerana masakan ibuku yang sedap juga disebabkan ibuku belajar memasak daripada arwah atau nama sebenarnya Zabedah Hussain. Memang banyak dugaan yang arwah sudah tempuhi dari dulu hinggala arwah menghembuskan nafas terakhir. Aku berasa sangat terkilan kerana tidak dapat melihat arwah buat kali terakhir malah tidak sempat meminta maaf kepadanya. Hanya doa sahaja yang menjadi pengganti buat arwah. Sangat sedih bila mengenangkan kembali hidup arwah. Tapi aku tak boleh berbuat apa2 melainkan titipan al-Fatihah dan doa. Semoga arwah ditempatkan bersama-sama golongan yang beriman...Aminn..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment