Sunday, January 16, 2011
Nantikan!!!
Disebabkan kemalasan dan kebizian yang melanda, menyebabkan blog saya terumbang-ambing. Bak kata kebanyakkan blogger, dah bersawang, berhabuk dsbgnya. Oleh itu, dalam masa terdekat, blog ini akan tampil dengan WAJAH BARU (fuyoo..hehe..). Harap2 lepas ni rajin la aku nak luangkan masa tulis kat blog ni..huhu..k, c u guyzz!!
Friday, December 31, 2010
2010 DALAM KENANGAN
TAHUN 2010 AKHIRNYA MELABUHKAN TARIKHNYA HARI INI. BANYAK SUKA DUKA YG DAH BERLAKU DALAM TAHUN NI. SEBENARNYA NAK TULIS APA KENANGAN BAIK DAN PAHIT DALAM TAHUN NI TAPI MALAS PULAK NAK TULIS PANJANG2. HEHE..TAK PELA. NANTI SAYA AKAN BUAT SATU POST BARU KHAS UNTUK ISU TU.. APA2 SELAMAT TINGGAL 2010....
Tuesday, November 2, 2010
Nafas Syukur....
Setiap nafas yang aku hembus dan hirup setiap hari adalah tanda syukur aku kepada Tuhan kerana memberi aku peluang untuk meneruskan hidup seperti biasa. Aku bersyukur kerana Tuhan mencipta aku sebegini rupa. Walaupun aku tak sehensem mcm orang lain tapi bila aku tengok cermin, aku bersyukur sebab aku ada mata, hidung, mulut, rambut, tangan dan semua anggota badan mcm manusia normal yang lain. Terima kasih atas segala pemberian-NYA..p/s: Insya Allah akan aku cipta sebuah puisi utk tajuk blog ni..hehe...
Sunday, October 24, 2010
Musim EXAM bermula!!!
HUH! Exam datang lagi!! Kali ini bukan sebarang exam. Exam kali ini datang tanpa ada minggu belajar atau stdy week. Tapi tak mengapa. tak beri kesan pun sebab aku ada masa 10 hari sebelum hari exam untuk stdy. Apa pun aku sangat2 berharap dengan exam kali ini. Nak merasa dapat DEKAN. Tapi tak taula. Macam banyak susah paper kali ini. Aku kena push giler2 la. Oleh itu, kepada sesiapa yang exam juga, diucapkan SELAMAT MAJU JAYA dan SEMOGA BEROLEH KEJAYAAN CEMERLANG. Doakan saya juga...hehe..
Saturday, October 23, 2010
Salam Takziah
Pada 21/10/2010 (Khamis) yang lalu, aku terima berita yang menyedihkan. Ibu saudara sebelah ibuku iaitu kakak sulung ibuku (nama panggilan keluarga: BAKYU) telah kembali ke rahmatullah kerana sakit darah tinggi. Walaupun aku tidak rapat dengan arwah, namun arwah merupakan antara ibu saudaraku yang baik. Ibuku selalu bercerita mengenai arwah sejak ibuku kecil lagi ibuku rapat dengan arwah. Malah dek kerana masakan ibuku yang sedap juga disebabkan ibuku belajar memasak daripada arwah atau nama sebenarnya Zabedah Hussain. Memang banyak dugaan yang arwah sudah tempuhi dari dulu hinggala arwah menghembuskan nafas terakhir. Aku berasa sangat terkilan kerana tidak dapat melihat arwah buat kali terakhir malah tidak sempat meminta maaf kepadanya. Hanya doa sahaja yang menjadi pengganti buat arwah. Sangat sedih bila mengenangkan kembali hidup arwah. Tapi aku tak boleh berbuat apa2 melainkan titipan al-Fatihah dan doa. Semoga arwah ditempatkan bersama-sama golongan yang beriman...Aminn..p/s: Kesedihan aku agak terubat kerana arwah dikebumikan pada hari Jumaat...
Subscribe to:
Posts (Atom)