Sunday, April 3, 2011

ISLAM KER MACAM TU??? : PERSOALAN UNTUK PEREMPUAN TUDUNG LABOH.

Ape kabo kome? Kali ni awok nak gune bahase Kuale Kangso la pulak. Tempat asei awok. Awok ni bukan hebat sangat pun kalau nak suroh cakap org kuale tapi bak kata org, boleh ler sikit2. Janji ade ler bunyinyer. Ha, kali ni awok maleh dah nak cakap pasei tesis. Asyik tesis, tesis, tesis.  Buka blog Cik Kelip post pasei tesis, bukak blog cik Nasryn cakap pasei tesis. Jenuh dah awok nak bacenyer. Tak larat. Berpinor2 mate awok membacenyer. Kali ni awok nak cakap sikit pasei satu isu ni. Mungkin bagi sesetengah org isu ni agak sensitif ler sikit. Bese ler kome oi. Isu2 pasei agame ni bukan isu main2. Silap hari bulan tak pasei2 kite kene kecam nanti. Awok takdela nak cakap isu2 yang mengarut sangat ni kat yob dgn yong oi sebab awok ni bukannya alim sangat macam sesetengah org tu. Pe yang awok nak cakap ni bende yang memang berlaku kat sekeliling idop awok. Awok nak tanye sikit kat kome, Islam ni macam maner sebenor2nyer? Maksud awok ada ker sampei satu tahap pempuan memang xboleh langsong bergaul dengan lelaki? Banyak benor situasi awok dah tengok lagi2 kat tempat awok belajo ni. Bende ni takdela jadi kat laki yang pakei kopiah serban tu tapi kat pempuan yang boleh awok kategorikan sebagai pempuan tudung labuh ala2 kelambu tu. Kalo kat tempat awok (utk yg bkn UKM), pempuan2 macam ni banyak ambik Fakulti Pengajian Islam (FPI). Apa yang awok musykilkan ade ker dalam Islam cakap, pempuan2 tak boleh langsung berdekatan dengan lelaki walaupun dalam satu kumpulan asigment. Satu lagi, pempuan2 'Islam' ni tak boleh ker kongsi tempat duduk dengan org bukan Islam walaupun orang bukan Islam tu pempuan jugak.Yela sampei nak dok sebelah2 pun tak boleh. Pening juga awok dok mikior bende ni..

Awok tak tahula yang awok ni memang jahil dalam agama ke x. Tapi awok nak tanya kat kome semua berdasarkan dua situasi yang awok nak cite ni sebab situasi ni memang awok sendiri menyaksikan dan mengalaminye sendiri:

SITUASI 1 - Bende ni sebenornya banyak kali dah berlaku tapi ade sekali awok penah terkene. Sem ni jugek.  Mcm ni, adeler dalam satu kelas untuk satu subjek ni, lectrer awok suruhla buat kumpulan untuk asigment. Pastu adaler sorang pempuan ni. Dia nak satu kumpulan dengan awok. Besela nak cri kumpulan asigment bukan senang lagi2 bukan subjek major. Pastu die ajakla sorang lagi kawan pempuan dia. Pastu kawan pempuan dia yang ala2 FPI tu cakap die tak boleh satu kumpulan dengan laki. Kalau tak silap awok bukan pasei dia malu ke tak tapi bila tanya die kenape, dia cakap tak boleh nak bergaul dengan lelaki. Haram katenyer cakap dengan laki. Bende mcm ni bukan berlaku kat awok jer tapi kat kawan2 awok juga. Yela awok tau ler yang suara pempuan tu aurat. Tapi takkan la tak boleh cakap langsung dengan lelaki? Setakat ilmu agama awok yang cetek ni, takdela pulak awok baca yang Nabi ade melarang isteri2nya sendiri cakap dengan lelaki? Lagipun nak buat asigment ni bukan ler 24jam nak jumpa dan bcakap jer. Mike siapkan keje mike, awok siapkan keje awok. Abis cite. Bincang sikit2 sudah.  Kalau setakat takut sentuh tangan tu awok blh maafkan lagi sebab memang haram pun pempuan sentuh lelaki (lecterer awok cakap pempuan yg sentuh kulit lelaki atau laki sentoh kulit pempuan ibarat meyentoh kulit babi dosanya) tp sape suroh bincang sentuh2 tangan? Pelik benor awok dengan pempuan mcm ni. Yela awok tetap menghormati pendirian pempuan tu tapi bagi awok jangan la sampei tak boleh cakap langsung dengan lelaki. Abis tu, takkan pempuan tu tak pernah kuorkan suara kot bile nak cakap dengan laki.  Laki ada kat mane2 ler yong. Mungkin kalau kat bank ker, cafe ker yg ada org laki entah2 pempuan tudong laboh tu guna bahasa isyarat kot tak pun suruh sapa2 mewakili dia sebab nak jaga sangat AURAT die tu. Pelik awok. Ish2..Islam ker macam tu??? 

SITUASI 2 - Pernah dulu ateh bas. Adaler dua org pempuan India ni duk kat tempat dudok belakang dengan sorang lagi penumpang bas. Mula2 bas tu memang penuh sampei ada yg kene berdiri. Adala jugak sorang pempuan tudung labuh ni yg kene berdiri sebab dah takde tempat duduk. Kemudian bile penumpang bas yg dekat pempuan2 India turun, sit kat situ pun kosong la satu. Peh tu pempuan India tu dengan rasa kesian tgk pempuan tudong laboh tu sebab kene berdiri dengan begnya berat, kat tangan lagi ada fail dengan bukunya, pempuan2 India tu pun suruh la yg pempuan tudung laboh tu duduk kat depe. Dengan muke menyampahnya, pempuan tudong laboh tu langsong tak respon. Banyak kali juga pempuan2 India tu pelawa dudok. Yang awok herannya, pempuan tudong labuh tu jangan kata nak cakap terima kasih ker sebab pelawe tapi buat lagi muka menyampah kat pempuan2 India tu. Peh tu pempuan2 India tu saling berpandangan la sebab diorg pelik tengok pempuan tudong laboh tu peragei mcm tu. Pehtu pempuan2 India tu cakap apatah dalam bahasa Tamil yg awok sendiri tak paham. Awok tak tahu npe pempuan tudong laboh tu perangei mcm tu. Ada ker dlm Islam cakap jgn duduk sebelah dengan org bkn Islam. Yela kalo laki awok bule terime lagi tapi ni pempuan kot. Cume pempuan tu org India jer. Yeler kalau mike taknak pon cakapla elok2 ker. Takdela pempuan India tu pelik. Awok tak tekejut kalau pempuan India tu cakap, macam ni ker orang pempuan Islam? Banyak sangat ker peraturan dalam Islam yg pempuan tak boleh buat tu tak boleh buat ni sampei nak dudok sebelah pempuan bukan Islam pun tak boleh? Awok tak tkejut kalau pempuan India tu menyampah kat pempuan tudong laboh tu sebab awok sendiri pun meyampah giler tengoknyer. Rasa nak bakor jer tudong laboh dia tu. Kite bakor jer kite bakor! Memalukan Islam! Yang peliknyer pempuan India tu pulok yg tunjukkan contoh yang baik. Patutnyer pempuan tudong laboh buat mcm tu. Baruler org tertarik dengan Islam. Ini tak, lagi takut kot org dengan Islam kalau muslimahnya yang dikaterkan kuat agama pun perangei mcm tu. Huh! Pempuan tudong laboh tu ingat Islam sangat ker die buat mcm tu? Tak taula pulak awok kalau memang ada DALIL yg kabor pasei pempuan Islam dilarang bergaul dengan pempuan bukan Islam lagi2 duduk bersebelahan dengan mereka. Kalau ade kome bgtau awok. Awok nak buktikan yang awok ni salah. Bagi awok kalau dh perangei mcm tu, toksah mimpi ler nak berdakwah. Dakwah lagi ler kena hadapi mcm2. Nak duduk sebelah pempuan bukan Islam pun mcm dh jijik inikan nak suroh bagi ceramah dan dakwah kat depe. Jangan mimpila yonggg..



Pakaian dah ikut sunnah tapi perangai/sikap ada ker kome ikut sunnah? (gambar sekadar hiasan)


EA: Sebab tu kadang2 awok tak suke pempuan2 tudong laboh ni. Bukan tak suke sebab depe tudong laboh tapi awok rase depe terlalu sempit dengan hukum2 agame. Suke kawan dengan pempuan tudong laboh yang berfikiran terbuka dan sporting tapi masih mengekalkan ciri2 muslimahnya Bagi awok tu ler pempuan muslimah sejati..Huhu..

9 comments:

  1. ble bc post ni, musykil lak..
    ble mse 1 kumpulan ngan lelaki jd haram?
    n ble mse lak xleh duk dkat ngan non-muslim?
    stahu ambe la...xde pn...

    ReplyDelete
  2. itulah realitinya. zaman dah moden tapi masih ada lg org yg bersikap mcm tu. kalau sekadar cerita, awok blh ckp xcaya lagi tpi bile awok sendiri dah tekene dan tgok dgn mate kepale awok sediri, tak tahula pe yg awok nk ckp dh. tak sangka bende2 camni berlaku lagi. hehe...

    ReplyDelete
  3. erm...nk like jer bleh kan?hihi..realitinya ade yg mcm tu n xsemua mcm tu..terpulang pd diri mereka..tp betol gak pendapat hang tu sharel..aku pon meluat gak tgok dorg yg aching2 baik tp hakikatnya ntah ape2..so..natijahnya..kalo nk cri pasangan cri yg betol2 tudung labuh+pribadi elok..jgn cri yg macm ko jumpe atas bus tu yer..hehe..adios~

    ReplyDelete
  4. CIK KELIP

    -like je..hehe..yela bg awok, cth terbaik mcm jawahir+cik zigaki tu. depe takdeler nak berhukum hakam sgt smp nk buat tu xblh nk buat ni xblh. selalunya, sebab niler setitik abeh susu sebelange. memang sebilangan kecik jer yg mcm tu tp takut2 yg sebilgn kecik tula yg blh sebabkan org memandang serong kat Islam..Cewahh..Hehe...

    ReplyDelete
  5. tapi kalau xpakai tudung pun dosa juga masuk neraka kalau tiap2 hari xtutp lagi lah..nak bandingkan sikap orng tudung labuh xsuka kwn org xtutp aurat mesti ada sebabnya..lau g tu kenalah org tu tutp aurat..rasa2 dosa mereka sama je..lau g tu pakai lah tudung dan buat perangai baik..ramai pmpuan masuk neraka dari lelaki..

    ReplyDelete
  6. Sejak akhir-akhir ini, saya seringkali mendapat pertanyaan yang sama mengenai isu-isu aurat. Bagaimana hendak menjawab alasan mereka yang tak nak menutup aurat? Bagaimana hendak menarik mereka memakai tudung? Bagaimana nak memberi kefahaman kepada mereka tentang aurat? Dan lain-lain lagi. Di sini saya berusaha mengumpul alasan-alasan dan hujah-hujah balas buat si pelaku dedah aurat. Terima kasih kepada sumber berkenaan, boleh rujuk untuk jawapan penuh. Dan artikel ini bukan sahaja tertumpu pada isu bertudung, malah juga buat muslimah yang bertudung pendek, memakai sendat serta kaum muslimin sendiri yang mendedah aurat. Insyaallah semoga bermanfaat buat mereka yang tercari-cari jawapan mengenai isu ini.

    ---------------------------------------------

    1. Walaupun dedah aurat, diri masih menjaga maruah dan tidak melakukan perkara tak senonoh?

    ”Janganlah nilai orang dari luarannya. Don’t judge a book by its cover!”

    "Walaupun tidak pakai tudung, saya tetap masih jaga solat dan menjaga tingkah laku"

    Jawapan:

    Adakah anda mendakwa diri anda mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri tanpa perlu menutup aurat? Tetapi adakah anda berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat aurat anda mempunyai hati sesuci dan iman setinggi anda juga? Langsungkah mereka tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan anda? Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat. Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling. [1]

    ReplyDelete
  7. http://salafus-sholih.blogspot.com/2010/12/alasan-kebiasaan-si-pelaku-dedah-aurat.html

    harap saudara tarik balik kenyataan dia atas..sape2 yang like ke harap insaf lah takutlah bagi pandagn sesat..memang kita ditakdirkan semua kehendak Allah baik buruk semua..tapi nak tnya adakah allah reda keburukan kita buat contoh org xpakai tudung adakah itu baik disisi islam ...macam ni lah harap suadara tarik balik lah takut dosa besar ni..lau nak cakap bab agama pun rujuklah yang ahlinya atau ustaz atau ulama..xg tu kawan..malunya kat UKM je..hai ..nasihat saya ni sebagai shabat dan juga sesama islam..jangn ada sikap islam liberal dalam diri saudara..ambil lah islam yang syumul

    ReplyDelete
  8. “Dan hendaklah mereka menutupkan tudung ke dada mereka…” (QS. An Nur : 31)

    Kebanyakan tudung yang dijual hari ini tidak cukup untuk menutup aurat secara sempurna melainkan meninggalkan celah-celah yang memperlihatkan aurat. Menurut jumhur ulama, aurat wanita adalah seluruh tubuh kecuali muka dan telapak tangan. Sebagaimana ulama ahli tafsir Imam Al-Qurthubi berkata, pengecualian itu adalah pada wajah dan telapak tangan. Yang menunjukkan hal itu adalah apa yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Aisyah:

    Asma binti Abu Bakar menemui Rasulullah sedangkan ia memakai pakaian tipis. Maka Rasulullah berpaling darinya dan berkata kepadanya : “Wahai Asma ! Sesungguhnya jika seorang wanita itu telah mencapai masa haid, tidak baik jika ada bagian tubuhnya yang terlihat, kecuali ini.” Kemudian beliau menunjuk wajah dan telapak tangannya. Allah Pemberi Taufik dan tidak ada Rabb selain-Nya”. Maka, selain muka dan telapak tangan, tidak boleh terlihat walaupun sedikit.

    Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam melarang para wanita muslimah berpakaian ketat. Dan batasan ketat adalah tergambarnya bentuk salah satu anggota tubuh yang termasuk aurat. Usamah bin Zaid pernah berkata

    Rasulullah pernah memberiku baju Quthbiyah yang tebal yang merupakan baju yang dihadiahkan oleh Dihyah Al-Kalbi kepada beliau. Baju itu pun aku pakaikan pada isteriku. Nabi bertanya kepadaku : “Mengapa kamu tidak mengenakan baju Quthbiyah ?” Aku menjawab : Aku pakaikan baju itu pada istriku. Nabi lalu bersabda : “Perintahkan ia agar mengenakan baju dalam di balik Quthbiyah itu, karena saya khawatir baju itu masih bisa menggambarkan bentuk tulangnya.” (Ad-Dhiya Al-Maqdisi dalam Al-Hadits Al-Mukhtarah I/441; Ahmad dan Al-Baihaqi dengan sanad Hasan).

    ReplyDelete
  9. saudara penulis...

    sy sgt tidak bersetuju dgn peryataan "tudung kelambu"...
    mrk memakai tudung mengikut syariat iaitu memakai tudung dgn menutup dada..

    utk pengetahuan saudara, perempuan2 yg pakai tudung tp xmenutup dada, jarang, pendek dsb sama saja dosanya dengan org yg xpakai tudung..sbb ajaran islam suh labuhkan tudung hingga menutup dada.

    sy sgt kesal dgn istilah tdung kelambu..masyaAllah..harap saudara tambahkan ilmu didada sebelum berkata sesuatu ttg agama..

    ReplyDelete