Monday, April 4, 2011

Analisis ABP 2010





Haha jangan terkezut kepada sapa2 yang baca entri ni. Disamping menganalisis tesis, aku pun menyempatkan diri nak menganalisis Anugerah Bintang Popular 2010 yang baru berakhir semalam. Kali ni aku akan analisis bukan menggunakan kerangka minimalis atau semantik kognitif tapi analisis ini dikenalis sebagai Analisis Earell Arel (Wahh boleh buat untuk tajuk blog ni. hehe..) Seperti yang dijangka dan tidak dijangka, beberapa keputusan memperlihatkan 'keputusan sudah diduga' dan juga 'keputusan kejutan'. Sebelum tu mari kita lihat keputusan penuh ABP 2010 terebut:


Keputusan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010



  • Bintang Paling Popular – Shaheizy Sam


  • Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Datuk Rosnani Jamil 


  • Penyanyi Lelaki Popular – Faizal Tahir 


  • Penyanyi Wanita Popular – Yuna


  • Pelakon Filem Lelaki Popular – Shaheizy Sam 


  • Pelakon Filem Wanita Popular – Lisa Surihani 


  • Pelakon TV Lelaki Popular – Remy Ishak


  • Pelakon TV Wanita Popular – Fasha Sandha


  • Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular – Sixth Sense


  • Artis Nasyid Popular – Rabbani


  • Artis Komedi Lelaki Popular – Zizan


  • Artis Komedi Wanita Popular – Norkhiriah


  • Artis Baru Lelaki Popular – Shahir 


  • Artis Baru Wanita Popular – Ana Raffali


  • Pengacara TV Lelaki Popular – Aznil Nawawi


  • Pengacara TV Wanita Popular – Fara Fauzana


  • Penyampai Radio Lelaki Popular – Faizal Ismail


  • Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana 


  • Artis Mobile Popular - Sixth Sense



  • Berdasarkan keputusan di atas,artis lelaki mendominasi anugerah dengan memenangi 11 anugerah termasuk anugerah bintang paling popular dan artis mobile popular berbanding artis wanita yang hanya memenangi sebanyak 7 anugerah tidak termasuk anugerah khas iaitu Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat. Bagi anugerah Penyampai Radio Popular, Faizal Ismail dalam Fara Fauzana meneruskan penguasaan mereka dalam kedua-dua kategori tersebut. Mungkin disebabkan mereka lebih menonjol berbanding calon lain kerana, mereka bukan sahaja merupakan penyampai radio tetapi pengacara juga. Selain itu, calon-calon lain dilihat agak 'lemah' kerana tidak mempunyai aura yang kuat bagi menandingi FBI dan Fafau.


    Untuk Pengacara TV pula, seperti yang telah dijangka, Aznil meneruskan kecemerlangannya sebagai pengacara no. 1 negara apabila mengondol Pengacara Lelaki TV Popular apabila memenanginya buat kali kesembilan berturut-turut. Fara Fauzana juga mempunyai sebab untuk 'tidur lena' semalam kerana memenangi Pengacara TV Wanita Popular seterusnya meletakkan artis ini sebagai antara tiga artis yang mengondol dua anugerah semalam. Namun satu persoalan yang bermain di benak, apakah Fara Fauzana mampu mengekalkan kejuaraan untuk tahun depan apabila beliau tidak lagi menjadi pengacara 'Melodi' kerana Melodilah yang meletakkan namanya sebagai 'Pengacara No. 1 Wanita' buat masa ini. Sama-sama kita tunggu untuk tahun depan. Anugerah Artis Lelaki Komedi pula dimenangi Zizan yang juga pengacara pada malam itu yang bergandingan bersama-sama Sharifah Shahira dan juga Raja Azura. Manakala Norkhiriah mengondol Anugerah Artis Komedi Wanita Popular.


    Kategori Artis Baru pula telah memilih Shahir AF8 dan Ana Raffali, Juara Lagu 2010 sebagai pemenangnya. Tak banyak yang boleh diperkatakan kerana kedua-dua artis ini sememangnya layak kerana telah dipilih sebagai juara sebelum ini dalam Akademi Fantasia (Shahir AF8) dan Anugerah Juara Lagu 2010 (Ana Raffali). Sixth Sense juga boleh dianggap bertuah kerana mereka bukan sahaja memenangi Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular malah turut memenangi Artis Mobile Popular hasil daripada lagu mereka yang telah dimuat turun paling tertinggi oleh peminat. Namun agak mengejutkan bagi Kategori Pelakon TV Wanita Popular yang telah dimenangi oleh artis yang dianggap paling kontroversi iaitu Fasha Sandha. Kemenangan Fasha Sandha boleh dikatakan sebagai 'come back' setelah diulit pelbagai kontroversi sebelum ini. Adakah kemenangan beliau membuktikan bahawa beliau telah diterima kembali oleh peminat? Selain itu, kemenangan aktor Remy Ishak juga 'sedikit' mengejutkan kerana beliau berjaya menewaskan aktor lain seperti Aaron Aziz dan Shaheizy Sam. Walaupun begitu, peminat pasti tidak mempertikaikan keputusan ini kerana Remy Ishak sememangnya aktor yang berbakat dan hebat lagi-lagi lakonannya yang mantap dalam drama 'Nurkasih' sebelum ini.


    Bagi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular, Shaheizy Sam berjaya menambah koleksi trofi dalam simpanannya setelah memenangi anugerah dalam Anugerah Skrin baru-baru ini. Lihat sahaja di pawagam ketika ini, muka aktor ini pasti menjadi pilihan apatah lagi filem Adnan Sempit yang telah memecahkan 'box office' telah menaikkan nama aktor ini di persada tanah air. Lisa Surihani juga tidak pulang dengan tangan kosong apabila membawa pulang Pelakon Filem Wanita Popular seterusnya meletakkan namanya sebaris dengan pelakon wanita popular yang lain. Kategori Penyanyi Lelaki Popular tidak memperlihatkan kontroversi apabila Faizal Tahir memenanginya pada kali ini. Berbanding Kategori Penyanyi Wanita Popular, keputusan Datuk Siti Nurhaliza untuk menarik diri telah menjadikan kategori ini sebagai yang ditunggu-tunggu kerana peminat ingin melihat siapakah artis yang bakal mengambil alih tempat Datuk Siti. Namun kemenangan Yuna sedikit menjadi pertikaian lebih-lebih lagi terdapat calon lain yang lebih layak seperti Stacy. Pun begitu peminat seharusnya menerima keputusan ini kerana mereka yang mengundi. 




    Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat telah memilih  Datuk Rosnani Jamil sebagai penerimanya kerana sumbangannya yang besar dalam dunia perfileman tanah air. Walaupun dilihat agak uzur ketika menerima anugerah tersebut namun beliau tetap bersemangat semasa menyampaikan ucapan. Namun apa yang menjadi perhatian adalah, gimik penutup yang sememangnya amat menjadi dan amat menghiburkan. Sudah tentu pelakon Hantu Kak Limah yang terkenal dengan tagline 'kita bakor jer, kita bakor!" iaitu Usop Wilchan membuatkan seluruh audies di Arena Genting Highland tak kering gusi dengan lawak jenakanya yang selamba dan mencuit hati. Andai kata anugerah semalam merupakan anugrah paling hambar, peminat pastinya mengganggap anugerah tersebut antara paling meriah disebabkan gimik penutupan yang tidak disangka-sangka itu. Namun apa yang lebih penting adalah kemenangan Shaheizy Sam menjadikan aktor tersebut sebagai aktor no. 1 negara ketika ini apabila diumumkan sebagai Bintang Paling Popular 2010. 






    EA: Bila la pulak giliran aku naik pentas terima anugerah tu..Hehe...

    4 comments:

    1. oh ada hati rupenye... sblum encik arell naik pentas terime anugerah tu, biar saya sapu dulu award tu.. next 5 years bru your turn..huhu

      ReplyDelete
    2. i like diz post sbb ade pic my peveret..saheizy sam!haha..!!terbaekkk!

      ReplyDelete
    3. CIK NUSHIE

      haha xpe. cik nushie sapu la dulu puas2. t cik nushie dh jadi artis veteran, en EA la plak yg amb..huhu...

      CIK KELIP

      eleh. dah menang brula my peveret la, my idol la. cer klw xmenang, xdnyer istilah2 peveret tu..huhu..

      ReplyDelete
    4. The best casinos to play poker online in 2021 - DRMCD
      1. 여주 출장샵 Unibet, America's #1 poker site. Our platform 제이티엠허브출장안마 features more than 2,000 김해 출장샵 games a month across all the 서산 출장안마 major US poker 오산 출장샵 sites. It has

      ReplyDelete