Monday, March 28, 2011

Pelik Tapi Benar : Kambing Lahirkan Anak Anjing!


ANAK anjing dan induk biri-biri yang melahirkan mamalia itu di wilayah Shaanxi, China.
ATAS: Anak anjing milik Naiying berbulu seperti biri-biri.


XIAN, China - Pakar-pakar veterinar menyatakan ia mustahil, tetapi seorang petani, Liu Naiying menganggap kelahiran anak anjingnya sebagai satu keajaiban, lapor sebuah akhbar semalam.
Naiying mendakwa, anak anjing itu dilahirkan oleh seekor biri-biri betina peliharaannya di ladangnya dekat sini, wilayah Shaanxi, tengah China.
Menurut petani tersebut, badan anak anjing itu dipenuhi bulu seperti seekor biri-biri tetapi mulut, hidung, mata, tapak kaki, dan ekornya menyerupai anjing, malah mamalia itu juga gemar bermain bersama anjing-anjing lain.
"Saya sedang menggembala biri-biri baru-baru ini apabila melihat seekor biri-biri menjilat anaknya yang baru lahir. Saya terkejut melihat anak biri-biri itu menyerupai seekor anjing," kata Naiying.
Kini, ladangnya dikunjungi oleh ramai penduduk setempat dan luar daerah yang mahu melihat sendiri anak anjing pelik itu.
Mengulas mengenai kes itu, seorang saintis di sebuah pusat penyelidikan haiwan tempatan, Yue Guozhang berkata, anjing dan biri-biri merupakan dua spesies berbeza.
"Mustahil biri-biri boleh bunting dengan anak anjing. Namun, ia seekor anak biri-biri yang ganjil," katanya. - Agensi.

Sumber: Kosmo, Ahad, 27 Mac 2011

EA: Macam2. Macam manala mak biri-biri tu mengawan dengan bapak anjing tu. Entah2 mak biri-biri tu dah buat perjanjian. Mana tau kalau2 dulu bapak anjing tu nak makan mak biri-biri tu, So, mak biri-biri sanggup menyerahkan segala2nya demi menyelamatkan nyawanya. Maka terhasillah benih anak anjing tu. Huhu...

4 comments:

  1. ish...ni mesti kes xde aning len nih...ap yg ada dikebasnye huhu...tapi cute gak anak kamjing tuh

    ReplyDelete
  2. ea...tukar la background len...xlink dgn gmbr ko tuh...ce tgkkk...xde sseni lgsung hish

    ReplyDelete
  3. xphm.....link apa? tgh dlm proses pengubahsuaian ni...

    ReplyDelete